Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Sambal Sotong

Imej
Sambal sotong ni memang kegemaran anak-anak, tambah-tambah anak sulung saya Aiman. Aiman ni memang suka segala jenis sambal. Kalau ada sambal laju je dia makan. Siap tambah lagi tu... Sambal Sotong by Shikin Bahan-Bahannya 300gm sotong - bersihkan dan potong ikut suka (kalau sotong kecik tak yah potong ) 15 tangkai cili kering* 1 biji bawang besar* (*blend bersama) 1 biji bawang besar - potong bulat air asam jawa garam dan gula secukupnya sedikit minyak untuk menumis Cara-Cara Membuatnya Campurkan sotong, bahan-bahan blend, garam dan gula dalam satu bekas. Gaul sebati Masukkan juga air asam jawa. Perap bahan tersebut lebih kuran 30 - 45 minit. Panaskan minyak. Tumis bawang besar yang di potong bulat sehingga layu. Masukkan bahan-bahan yang telah di perap. Masak dengan api yang perlahan sehingga masakan garing dan pecah minyak. Rasa masam, masin dan manisnya. Kalau tak cukup boleh ejas sendiri. Padamkan api. Hidangkan.

Bengkang Roti

Imej
Kalau beli roti kat rumah ni, selalunya tak habis di makan. Jadi terpaksalah umminya modified jadi benda-benda lain pulak.  Kali ni saya modified jadi bengkang roti ...  Resepi daripada emak saya. Biasalah resepi orang lama ni mana ada sukatan sangat, main agak-agak jer. Tapi saya dah cuba sukat bahan-bahan yang saya gunakan untuk membuat bengkang roti tersebut. Hasilnya seperti dibawah : Bengkang Roti by Shikin Bahan-Bahannya 1 buku roti - saya guna roti benggali 2 cawan santan 1 cawan susu cair 1 cawan air 1 cawan tepung gandum 1 cawan gula secubit garam Cara-Cara Membuatnya Carik-carikkan roti dan rendam lebih kurang 20 minit. Kemudian toskan roti dan letak ke dalam mangkuk. Masukkan santan, susu cair, gula, tepung gandum dan garam ke dalam mangkuk roti. Kacau sehingga adunan sebati dan tidak berketul-ketul. Sekiranya adunan agak pekat, tambah sedikit air ( tak perlu habiskan secawan air) Tuang ke dalam loyang. Bakar didalam oven dengan suhu 220c (atau ikut suhu kepana

Jeruk Buah-Buahan

Imej
Sesekali menjeruk perasaan buah, best jugak. Tambah-tambah pulak buah yang dijeruk tu hasil tanaman sendiri yang di petik dari halaman rumah. Memang seronok... Jeruk Buah-Buahan by Shikin Buah Apa saja jenis buah yang sesuai dijeruk - Kupas, potong dan celur dalam air panas selama 10 - 15 minit. -Tos, rendam dalam air sejuk Air Jeruk 3 cawan gula 41/2 cawan air 11/2 cawan cuka Sedikit garam -Masukkan kesemua bahan di dalam periuk, masak sehingga mendidih. -Biarkan sejuk -Tuang ke dalam bekas yang berisi buah-buahan - Rendam buah selama 2-3 hari -Apabila buah jeruk dah menjadi bolehlah dimakan...

Roti Telur

Imej
Edisi makan malam yang sangat ringkas. Sebab abah, ummi dan anak-anak dah makan banyak siang tadi, so malam ni cuma makan roti telur aje yer... Apapun hidangan yang disediakan habis licin sekelip mata. He he... Roti Telur by Shikin Bahan-Bahan 4 - 6 keping roti ( potong empat dan disapu mentega kedua-dua bahagian) 2 biji telur sedikit lada hitam sedikit garam Cara-Caranya Pukul telur bersama-sama garam dan lada hitam. Celup roti kedalam bancuhan telur.  Goreng di atas kuali / pan sehingga masak Angkat dan hidangkan dengan sos.

Parpu Telur

Imej
Makan dengan nasi putih dan sambal ikan bilis . Fuhh!! Terangkat...  Parpu Telur by Shikin Bahan-Bahannya 5 biji telur ( boleh guna telur itik atau telur ayam ) Segenggam kacang dhal atau kacang parpu ( rendam 1 - 2 jam. kalau tak rendam pun tak per) 2 ulas bawang putih 4 cawan santan  (daripada 1/2 biji kelapa) Garam secukup rasa 1 sudu teh serbuk kunyit Sedikit minyak ( lebih kurang 1 sudu makan) Cara Membuatnya Basuh kacang parpu. Toskan. Isi air dalam periuk. Masukkan kacang parpu, hirisan bawang putih, serbuk kunyit dan minyak masak . Rebus sampai kacang kembang. Masukkan santan. Perlahankan api. Biar kuahnya mendidih. Pecahkan telur satu persatu dan masukkan ke dalam periuk. (Pastikan api perlahan). Biarkan telur masak. Perasakan dengan garam. Padamkan api. Curahkan dengan bahan-bahan tumis darat. Tutup periuk serta merta. (supaya bau tumisan tidak hilang) Bahan-bahan tumis darat. 4-5 ulas bawang merah - dimayang halus 3 tangkai cili kering - potong lebih kurang 1 i

Sambal Bilis Dengan Kentang

Imej
Sambal bilis dengan kentang ni sedap dimakan bersama nasi putih dan juga roti.  Kalau kat rumah ni pulak sambal ikan bilis ni selalunya gu  dengan Parpu Telur. Memang sedap lah... Sambal Bilis Dengan Kentang by Shikin Bahan-Bahannya 2 - 3 genggam ikan bilis - bersihkan 2 biji kentang - potong baji 2 senduk cili kisar - (10 -15 tangkai cili kering diblend bersama 1 biji bawang besar ) 1 keping asam gelugur Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menggoreng dan menumis Cara Membuatnya Panaskan minyak. Goreng kentang sehingga kekuningan dan masak. Ketepikan. Goreng pula ikan bilis sehingga garing. Ketepikan. Alihkan sedikit minyak gorengan, tinggal secukupnya untuk menumis cili. Tumis cili sehingga garing dan pecah minyak. Masukkan asam keping. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tuangkan sedikit air. Teruskan mengacau sambal sehingga masak. Padamkan api. Sejukkan sambal seketika sebelum memasukkan bilis dan juga kentang. (untuk mengekalkan kerangupan bilis)

Puding Jagung Raspberi

Imej
Dah lama ambik resepi ni daripada dapur k.am flora jb.  So, cuti baru-baru ni saya berkesempatan untuk mencuba. Bahan-bahan dan cara  yang simple dan mudah. Rasanya pun sedap. Puding Jagung Raspberi by Shikin Sumber : K.Am Flora Bahan-Bahan Puding 1 cawan susu cair 1 cawan jagung krim 1 cawan gula 1 cawan tepung kastard 1 cawan tepung jagung 4 cawan air Bahan Agar-Agar 1 kotak agar-agar Jelly Lady's Choice Raspberi / Strawberi Buah-buahan koktel dalam tin - saya tak letak pun Cara-Cara Membuatnya Masukkan semua bahan puding dan kacau dalam kuali sehingga masak Masukkan dalam cawan berkaki @ kaca Masakkan adunan agar-agar dan tuang ke atas puding Masukkan buah-buahan koktel Sejukkan.  Now u see it... Now U dont!