Pembuka Bicara

Salam ukhuwwah sebagai pembuka bicara...

Terlebih dahulu perkenalkan diri saya, shikin, seorang isteri yang berkerjaya juga seorang isteri yang mempunyai 3 orang cahaya mata.

Sebenarnya, blog ini saya wujudkan sebagai wadah untuk saya menitipkan resepi-resepi masakan yang telah @ akan saya cuba sebagai ingatan masa hadapan.

Saya akui bahawa resepi-resepi yang akan saya masukkan disini adalah resepi-resepi keluarga, kawan-kawan dan mungkin juga resepi-resepi yang saya perolehi hasil daripada 'blogwalking' saya di alam maya ini.

InsyaAllah, saya akan cuba menjelaskan sumber resepi tersebut sedaya mungkin. Namun jika berlaku kekhilafan atau terlepas pandang, saya mohon maaf.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Suci Dalam Debu