Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

Spaghetti

Imej
Pagi-pagi tadi suami tanya "nak makan apa pagi ni?".  Selalunya begitulah, suami bertanya apa yang nak dimakan dan dia akan keluar beli.Teringat spaghetti dan sosnya yang dah lama bertapa dalam kabinet dapur saya. Daging pun ada, suami beli kelmarin di nat Tok Jalai.Pagi nilah peluang untuk saya masak benda-benda tu.Selalunya hujung minggu  kat kampung. "Tak payah beli apa-apa lah abang, kin masak spaghetti pagi ni ...". Suami pun mengangguk lantas bersiap untuk kesekolah.ada kursus untuk guru-guru disekolahnya. Sementara saya didapur mengeluarkan bahan-bahan yang ada. Spaghetti, daging, sos,tomato bawang2. Maka proses memasak pun bermula... Spaghetti...duk dalam plastik lagi Ini jenama spaghetti yang saya guna, dari Iran menurut penjualnya kalau tak silap saya.Tapi yang paling penting halalan toyyiba... Saya buat spaghetti yang simple aja. Pakai sos segera dalam tin tu dan saya campurkan dengan sedikit cili kisar dan juga daging cincan

Nikmat Tom Yam

Imej
Kemarin, saya dengan Ta (rakan sekereta sekerja) stayback kat kolej. Sebenarnya kami bertugas untuk memantau aktiviti jawatankuasa kerohanian sempena MPPB 2011/2012. Lepas isya' baru kami pulang kerumah. Ok, saya tak nak cerita tentang tugas malam semalam sebab n3 tentang tu boleh dibaca kat sini. Yang saya nak cerita adalah kesempatan saya dan Ta makan-makan petang kelmarin di Kedai Nikmat Tomyam, Changlun. Kedai makan ni terletak ditepi jalan lama Changlun-Sintok.Bersebelahan dengan kedai Bang Li yang kami selalu makan waktu tengahari. Ekceli, dah lama dengar tentang Nikmat Tom Yam ni. Tu pun setelah promosi besar-besaran dibuat oleh U.Azlan. Cuma tak sempat nak pegi reramai sebab kedai ni mula beroperasi sebelah petang.  Jadi kesempatan yang ada petang kelmarin saya dan Ta gunakan sepenuhnya untuk mencupa pelbagai masakan yang ada disini. Konsep kedai ni lebih kepada masakan Thai. hok oghe pattani weih....  Boleh dikatakan semua menu yang ada resepi masakan Thai lah... Ok, i

Kek Batik

Imej
Kek batik ni saya buat sempena acara makan-makan kat cubic esok. Memandangkan bahan-bahan dah ada, tinggal nak godek-godek aje so mudahla keje saya. sebenarnya biskut Marie ni dah berbulan saya beli kat C-Mart Changlun. Skrg baru jadi kek batiknya... Yang ni sebekas untuk dibawa ke tempat keje besok Yang ni untuk dimakan oleh anak-anak Hm...mabeles... Letak jugakla star flake tu...request daripada anak-anak. Yummy...memang ralit je boleh makan kek ni. Tak sedar org sekeliling... Sekejap je tinggal separuh bekas Sebenarnya resepi kek ni saya dapat daripada bekas rakan sekerja saya di SEMEKAR Kudat dulu iaitu Kak Sarimah. Kak Sarimah ni memng anak jati Kudat tapi sekarang dah berpindah ke Johor mengikut suaminya (dah lama lost contact ngan kak sarimah sejak dia berpindah ke Johor. Kalau beliau terbaca coretan saya ni hubungi saya ye kak) Kek ni memang sedap dan menjadi kesukaan anak-anak saya. (Saya pasti kawan-kawan kat ofis saya pun suka

Keropok Lekor Dan kerabu Ikan Bilis

Imej
Salam Semua... Hari ni dah start keje setelah bercuti lebih dua minggu. memang kalut sikit, nak tune balik kehidupan sebagai ummi yang berkerjaya. Kadang2 terasa huru hara. Hu hu... Petang ni saya cuma sempat sediakan masakan yang ringkas untuk suami dan anak-anak. Cukup mudah... Nak tau apa bendanya... he he... tara... Kepok Losong dari Terengganu..... Keropok ni diimport khas dari Terengganu. Ingat tak saya ada maklumkan dalam entry sebelum ni bahawa kami sekeluarga akan ke pantai timur. Ini antara hasil yang dibawa balik. Cerita percutian kami di Pantai Timur boleh dibaca disini . Saya buatkan juga kerabu ikan bilis simple. Tak der resepi, aci redah bahan-bahan yang ada kat dapur aje. Inilah hasilnya... Kerabu Ikan Bilis Simple Cukuplah menu yang seadanya ini,  untuk mengalas perut tika  menginjak ke malam hari....

Berhenti Seketika....

Salam semua.... Dapur Ummi akan berhenti bersiaran seketika sebab kami akan bercuti ke pantai timur... InsyaAllah akan kembali bersiaran 3,4 hari lagi...

Kek Coklat Kukus Mudah

Imej
Salam semua... Hari ni saya nak kongsi satu resepi kek yang sangat mudah. Dan saya jamin kek ini merupakan kegemaran kebanyakan isi rumah. He he...rugila sape2 yang tak suka kek ni. Ok,kek yang saya maksudkan adalah kek coklat. Dah banyak kali saya buat, dan sambutannya sangat menggalakkan. (dirumah sayala...budak2 tu memang pantang jumpa bendalah yang ada coklat ni) Nak buat kek ni pun mudah sesangat, tak perlu mixer, oven bagai. Just godek2 aje, dengan senduk nasik pun ok jugak.Janji adunan sebati. Masak pula, cuma guna pengukus. Ha...kan senang tu.. Apa2 hal kita layan gambar dulu ekkk... Saya kukus dalam loyang saiz 7x7. Bila masukkan dalam tupperware tu muat2 aje... Ni yang versi dah di topping dan didecorate caca merba.. Yang ni pula yang dah dipotong2 dan diisi dalam pinggan . Tinggal nak suap masuk dalam mulut je..(ekceli dah masukpun 2,3potong he..he..memang mabeles...moist sesangat) Ok, untuk resepinya pula Bahan A 1 cawan gula 1 cawan sebuk koko

Udang Goreng Masam Manis

Imej
Ekceli,udang ni saya masak beberapa hari lepas.Tapi tak sempat nak upload sebab hujung minggu baru2 ni saya balik kampung. Bila kat kg tu paham2 je la, mana nak on9 nye... no network coverage. So...jadilah ianya n3 yang tertunda.  Udang ni en.hasben beli kat kerpan. Memang fresh dan rasanya manis gitu sebab belum kena ais. Meratah macam tu aje pun sodap. Anak2 pulak kalau dengan udang memang suka sangatla diorang. Hurm...licin pinggan...