Sudi-Sudi Ikut Saya...

Sabtu, 28 Mei 2011

Spaghetti



Pagi-pagi tadi suami tanya "nak makan apa pagi ni?".  Selalunya begitulah, suami bertanya apa yang nak dimakan dan dia akan keluar beli.Teringat spaghetti dan sosnya yang dah lama bertapa dalam kabinet dapur saya. Daging pun ada, suami beli kelmarin di nat Tok Jalai.Pagi nilah peluang untuk saya masak benda-benda tu.Selalunya hujung minggu  kat kampung.

"Tak payah beli apa-apa lah abang, kin masak spaghetti pagi ni ...". Suami pun mengangguk lantas bersiap untuk kesekolah.ada kursus untuk guru-guru disekolahnya. Sementara saya didapur mengeluarkan bahan-bahan yang ada. Spaghetti, daging, sos,tomato bawang2. Maka proses memasak pun bermula...

Spaghetti...duk dalam plastik lagi
Ini jenama spaghetti yang saya guna, dari Iran menurut penjualnya kalau tak silap saya.Tapi yang paling penting halalan toyyiba...
Saya buat spaghetti yang simple aja. Pakai sos segera dalam tin tu dan saya campurkan dengan sedikit cili kisar dan juga daging cincang. Maka hasilnya adalah seperti dibawah ...


Hurmmm....menyelerakan
Dah lama tak masak spaghetti kat rumah.Bila dah siap masak, anak-anak pun apalagi berebut-rebut nak makan. Feveret diorang gak,cuma umminya yang tak berapa sempat nak buat. Sesekali masak benda ni memang menambah-nambah la diorang makan. Saya pula buat tak berapa pedas supaya diorang boleh makan tanpa minum air bergelen-gelen.

Hurmm...wallah...memang sedap dan seperti biasa kedengaran "terima kasih ummi sebab masak spaghetti untuk Aiman", terima kasih ummi sebab masak spaghetti untuk Deena. Senyum saya lebar ke telinga dan mulut juga menjawab sama-sama kasih. Ummi masak semua ni untuk anak-anak ummi. Makan kenyang-kenyang ya...

1 ulasan:

  1. Salam kunjungan... sedap resepi tu.. thanks kongsi.. senang2 singgah la ke blog saya ;)

    http://www.zuwairiaiman.com

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini