Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

Ikan Pekasam Goreng

Imej
Hmmm...malam ni goreng ikan pekasam aja. Tambah dengan hirisan bawang besar dan cili kering (kalau dapat cili padi lagi best nih, tapi tak der stok la pulak) . Lauk macam nilah pembuka selera sebenarnya. Tak perlu kari bagai. Yang ni pun jalaaannn... He he  Makan pulak dengan nasik panas-panas, fuh! Shedapnyerrr... Mak mentua lalu belakang pun tak toleh dah. (untuk yang masih ada mak  mentua la...) Terima kasih kepada orang yang bagi pekasam tu. I liiiiiiiiiiiike it....

KUIH LOPES

Imej
Kuih ni bukan saya buat sendiri yerr...Al-kisahnya kuih ni diberi oleh mak kiah (pengasuh) Nuha, masa saya ambik dia petang kelmarin. Basic kuih ni daripada pulut yang dibalut dalam daun pisang kemudian dikukus sampai masak. Lepas tu dipotong dan digaul dalam kelapa parut. Kira kuih tradisional ni.. Sebelum makan, tuangkan air gula merah ke atasnya. Dengan rasa lemak pulut dan kelapa, campur rasa manis dari gula merah, memang sedap sangat rasanya. Dari seketul bertambah ke dua, tiga. Ralit makan. Tak pernah buat lagi ni. Nantilah kalau berkesempatan saya nak cuba buat...

Bengkang Ubi

Imej
Buat bengkang ubi ni petang kelmarin. Pertama kali mencuba. Hasilnya...not bad, walaupun cuma dibakar di atas dapur gas aja.  Ubi kayu ni hasil tanaman encik suami. Siap je masak, dia yang mula-mula mencuba. Ok katanya,cuma sedikit manis.  Saya buat bengkang ni menggunakan resepi daripada emak saya. BENGKANG UBI Bahan-bahan 2kg Ubi Kayu - disagat/diperah air 550ml santan (drpd sebiji kelapa) 1/2cawan tepung gandum 300gm gula (agak manis, bolehlah dikirangkan) sedikit garam pewarna kuning (optional) Cara campur kesemua bahan,gaul sebati tuang adunan kedalam loyang masukkan ke dalam oven bakar selama 30-45 minit (sehingga masak)

Sambal Tempe Dengan Ikan Bilis

Imej
Tempe ni beli kat pasar malam hari tu. Saya suka beli yang ni sebab dia balut dengan daun pisang. Selalu beli yang dalam plastik tu rasa dia lain sikit. Yang ni kalau kita goreng, dia akan jadi garing. Makan macam tu saja pun sedap. Macam biasa lah, kalau buat sambal tempe mesti campur dengan ikan bilis goreng. Baru 'kick' rasa dia. Aiman cukup suka kalau saya buat sambal macam ni. Makan bertambah-tambah. Tak kira pedas dah. Abah dia lagi la suka. Memang feveret kami anak-beranak. He he... licin. Tak sempat simpan untuk esok pun.

Murtabak Maggie

Imej
Salam pagi Jumaat yang mulia. Lepas subuh tadi suami bergegas pulang ke kampung menemui anak-anak getahnya yang terchenta. Tinggal saya dengan anak-anak je kat rumah. Big boss tak dak, jadi hari ni mem besar yang berkuasa ya.  Masak-masak hari ni pun simple-mimple. Sekadar nak memenuhi selera anak-anak bukan susah. Pagi ni saya buat murtabak maggie aja. Mudah dan anak-anak pun suka. Selesai satu menu untuk breakfast. Resepi boleh ambik kat bawah ni. MURTABAK MAGGIE by Shikin @ Dari Dapur Ummi Bahan:- 1 bungkus Maggie kari 1 biji telur 1 ulas bawang besar - potong dadu 1 tangkai cili merah - cincang Daun sup, daun bawang Nugget - potong dadu Sedikit minyak Cara :- Celur Maggie sampai kembang - toskan Pecahkan telur dalam bekas, masukkan perencah maggie, kacau sebati Masukkan bawang, daun sup dan daun bawang,cili merah serta nugget, kacau rata Bakar di atas kuali leper (letak sedikit minyak) sehingga masak Hidangkan bersama sos

Mee Sanggul Goreng

Imej
Alhamdulillah, petang ni sempatla masak juadah untuk berbuka dan untuk makan malam. Dari tempat kerja lagi dah berhasrat nak masak mee sanggul goreng. Dah pesan suami suruh dia beli udang untuk dimasukkan kedalam mee tu.  Balik kerja barang-barang dah ada, so tinggal nak proses aja lah. Masak pun simple sangat, aci bubuh apa yang ada. Inilah hasilnya :) Menu untuk berbuka...Mee Sanggul Goreng Saya guna mee sanggul Desa Azman, keluaran bumiputera. Beli masa ceramah Ustz. Shamsuri kat masjid al-Muttaqin Bandar Darulaman. Kiranya tak pernah miss lah beli setiap bulan. Kat kedai tak tau la ada ke tidak. Tak sempat nak riki.  Bungkusan dan rupa mee tu seperti gambar dibawah. Packaging mee sanggul Rupa mee sanggul setelah dikeluarkan daripada plastiknya Untuk resepi : Mee Sanggul Goreng by Shikin @ Dari Dapur Ummi 1 peket mee sanggul - rendam seketika 2 ulas bawang putih - diketuk 4 sudu besar cili kisar 2 sudu besar rempah kari daging 2 sudu be

Bilis Goreng Kicap

Imej
Menu yang ringkas, senang dan cepat untuk isteri/ummi yang berkerjaya seperti saya. Hmmm...simple, dan sedap.  Kerangupan ikan bilis yang digoreng garing, digandingkan dengan rasa pedas cili dan manisnya bawang besar memang membuka selera. Sedap dimakan dengan nasi panas-panas atau diratah macam tu saja. Nak resepi?? Ambik kat bawah... Bilis Goreng Kicap by Shikin @ Dari Dapur Ummi Bahan 2 genggam ikan bilis 1 ulas bawang putih - dimayang 2 ulas bawang merah - dimayang 1 labu bawang besar - dihiris bulat 2 camca besar cili kisar 2 sudu besar kicap manis cap kipas udang 1 camca besar sos ikan 5 tangkai cili padi ( tambah jika nak pedas) - dihiris 1 tangkai cili merah - dihiris Daun bawang - dipotong 1 inci panjang Minyak untuk menggoreng Cara bersihkan bilis, goreng sehingga garing, ketepikan tumis bawang putih dan bawang merah  masukkan cili kisar, kacau sehingga pecah minyak masukkan kicap dan sos ikan, kacau seketika ma

Tenggiri in Chilie Paste

Imej
Wah..wah...main speaking meaking plak noh... He he saja la nak bagi gempaq sikit. Iya-iya bila baca tajuk, padahal menu biasa-biasa jer.. Sebenarnya nak cerita pasal sambal tumis ikan tenggiri yang saya masak untuk hidangan tengahari kelmarin.  Ikan tenggiri ni dibeli oleh ayah mentua saya di pekan sehari Gulau. Tanya suami nak buat masak apa. Dia kata ikut suka mu lah... So, kalo ikut suka saya,  goreng dan masuk dalam sambal pun sedap... Senang keja...he he Inilah hasilnya... Digandingkan dengan sayur bayam masak lemak...hmmm..sodap weih...

Nasi Goreng nenas

Imej
Nasi goreng ni menu untuk breakfast pagi sabtu. Nasi goreng kampung yang sedikit pedas digandingkan dengan hirisan nenas madu. Hmm...mabeles, dengan rasa pedasnya, masin dan masam.  Gu dengan  ikan sepat ronggeng, memang terangkat... Ikan sepat ni suami beli di pasar malam hari Khamis baru-baru ni. Digoreng garing. Rasanya crunchy dan tidak terlalu masin. Siap boleh ratah lagi. Macam makan keropok.

Kerutub Daging

Imej
Akhirnya...Tercapai jugak hajat nak masak kerutub. Daging ni dibeli oleh en. suami masa pergi pasar malam hari khamis. D aging yerr...isi sahaja, tak dak tulang. Tu yang melompat-lompat seronok tu. Ada peluang nak bereksperimen dengan rempah kerutub  yang dah berbulan dalam simpanan. Macam biasa, sebab sesi memasak hujung minggu (Jumaat) berlangsung kat kampung, bahan-bahannya apa yang ada lah. Kerutub daging ni sedap rasanya, nak-nak pulak bila dimakan dengan nasi panas-panas. Fuhh...terangkat.  Sengaja saya pekatkan kuahnya supaya bersalut gitu. Kalau dapat cicah dengan ketupat atau lemang pun sodap nih...  Resepi kat bawah yerrr... KERUTUB DAGING By Shikin @ Dari Dapur Ummi Bahan-Bahannya 1kg daging 2 ulas bawang putih - dimayang halus* 4 ulas bawang merah - dimayang halus* 1/2 inci halia - dihiris memanjang* sedikit bunga lalang, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga* daun kari* rempah kerutub (dibancuh dengan sedikit air) -

Maggie Bandung

Imej
Amboiii...bertuah punya isteri/ummi... Hmm...masak maggie jer petang ni. Bukannya apa, sekali-sekala makan fast food ok gak kan. Masakan segera ni selalunya jadi pilihan ketika waktu2 kritikal atau pun ketika dah tak tau nak makan apa. Sesekali layan maggie ni best gak. Selalunya bila masak maggie ni saya akan tambah beberapa bahan untuk menambahkan ummpphhnya. Tu, masa ghajin lerrr.. he he. Kalau datang sheikh tak rajin tu, pakai original jerr..rebus...5 minit siap. Untuk resepi maggie bandung : MAGGIE BANDUNG By Shikin Bahan-Bahan 2 ulas bawang putih 2 ulas bawang merah sedikit ikan bilis 2 sudu besar cili kisar batang saleri (potong halus) 1biji tomato (belah enam) 2 biji telur 1 biji karot sawi  air secukupnya minyak untuk menumis 2 bungkus Maggie Kari  Cara-cara membuatnya : -panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau -masukkan ikan bilis, kacau hingga kekuningan -masukkan cili kisar, kacau lagi s

Lauk simple...

Imej
Masak simple-simple jer petang ni. Bukannya apa, sampai rumah pun dah dekat pukul 6. Bukannya boleh terus ke dapur. Nak kena urus diri dulu, mandi sembahyang. kena juga ada masa untuk ulik anak-anak. Paling awal pukul 6.30 baru boleh masuk dapur. Dengan masa yang terhad memang lauk-lauk simple yang mudah dimasak menjadi pilihan. Jenguk dalam kabinet nampaklah tin sardin ni. Sardin pun ok gak apa. Sedap dimakan bersama nasi. Menu saya petang ni sardine masak kicap dan juga telur dadar bermayonis. Alhamdulillah, suami dan anak-anak makan dengan berselera sekali .  Macam tu lah selalunya, kalau hari berkerja memang saya akan usaha untuk memasak, walaupun yang sesimple mungkin. Kerana saya percaya air tangan isteri/ummi adalah pengikat kasih suami dan anak-anak. Layan gambar kat bawah... Sardine masak kicap Telur Dadar Bermayonis Jenama sardine yang saya gunakan...keluaran bumiputera

IKAN SIAKAP GORENG DENGAN SOS DAUN LIMAU PURUT

Imej
Sila abaikan pinggan yang besar gedabak tu...yang penting isi dalam pinggan tu sodap... Menu petang kelmarin. Balik dari keje, selongkar esbok jumpalah ikan siakap. Adalah seekor... Sebenarnya ikan siakap ni  balance hari Jumaat hari tu. Adala seekor...Terus minta suami yang duk berkebun kat luar tu petikkan daun limau purut.  Dah lama duk intai-intai resepi ikan bersos daun limau purut dalam blog k.nor@secubit garam . Bolehla cuba buat, tapi diubah resepinya mengikut kesesuaian bahan-bahan yang ada kat dapur saya. Lagipun main ingat-ingat dalam kepala je sebab malas nak online masa masak tu... Resepi ni memang sedap. bau wangi daun limau purut tu cukup menggamit selera. Sebenarnya saya lebih suka ratah-ratah aja daripada makan dengan nasi.. Sapa-sapa yang nak resepi ambik kat bawah yer... I KAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT By Shikin Sumber : K.Nor@SecubitGaram Bahan: 2 ekor ikan bawal/talapia (saya guna ikan siakap) 1/4 cawan tepung serbaguna 2 he

Lengat Pisang Nangka

Imej
Ekceli masak lengat pisang ni petang Jumaat hari tu. Hari ni baru sempat nak post entry nyerr..   Lengat pisang ni saya buat menggunakan pisang nangka yang suami bawa balik dari kampung baru-baru ni. Saya buat dua loyang. Boleh la buat hidangan makan petang. 1 loyang lagi saya bawa ke matrik untuk dimakan bersama kawan-kawan. Sapa-sapa yang ada pisang berlebihan kat rumah, nak goreng pun dah tak berapa best, boleh cuba lengat pisang ni. Resepi amek kat bawah (sebenarnya agak-agak ajer ni) Lengat Pisang By Shikin Bahan-Bahan 5 biji pisang nangka (boleh ganti dengan pisang lain) 11/2 cawan tepung beras (boleh gunakan tepung gandum) 4 cawan santan 1 cawan gula secubit garam Cara-Cara -blend pisang bersama gula dan garam sampai halus -masukkan santan, tepung dan garam. kacau sebati -tuang dalam loyang yang bersesuaian, masukkan ke dalam pengukus -kukus 30 - 40 minit.

Siakap bersos plum

Imej
Pagi tadi ke nat Tok Jalai bersama suami beli barang-barang dapur. Masa jeling-jeling ikan nampaklah ikan siakap. "Hmm...masak ikan siakap pun best ni" hati berkira-kira. Saya pun menjeling suami sambil berkata "siakap bang". Pilih punya pilih dapatla 4 ekor ikan siakap yang sederhana besarnya. Dalam kepala duk terbayang-bayang nak masak ikan siakap dengan sos plum.  Sambil tu saya beli juga udang (cadangnya untuk masak goreng kunyit) dan sayur-sayuran. Ikan siakap ni saya goreng saja, kemudian dituang sos keatasnya. Memang sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Ratah saja pun sedap. Untuk resepinya: Ikan siakap  - Dilumur dengan garam dan ditaburkan sedikit tepung serbaguna. Kemudian goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing Sos 3 ulas bawang putih (dicincang) 2 ulas bawang holand ( dipotong baji) 2 tangkai cili merah ( dihiris) 4 tangkai cili padi (dihiris) - tambah jika nak lebih pedas 1/2 cawan sos cili thai 1/2 cawan

Nasi Goreng lagi....

Imej
Menu untuk breakfast hari ni   Nasi Goreng Lada Hitam, Keropok Keping dan juga Karipap Daging Sebenarnya pagi-pagi tadi suami nak keluar beli makanan untuk breakfast pagi ni. Tetapi, memandangkan ada nasi sejuk dalam rice cooker kat dapur tu, saya dengan rela hati meng'offer' diri untuk buat nasi goreng. (hai...nampaknya nasi goreng menjadi pilihan utama di dapur saya. Bukannya apa...itukan menu yang paling senang. Saya pasti anda juga setuju dengan kenyataan saya ni).  Nasi ni saya goreng macam biasa, cuma saya taburkan serbuk lada hitam sebagai penambah perisa. Nasi goreng lada hitam Sambil-sambil tu saya goreng keropok keping yang memang ada dalam stok simpanan saya. Anak-anak suka ni... Jenguk dalam esbok, nampaklah frozen karipap yang saya beli daripada rakan sekerja baru-baru ni. Jadi saya goreng sekali. (Karipap tu dibeli ye...harap maklum. Bukan buat sendiri ) Over cooked...he he

Makan Bawah Jambatan

Imej
Pelik?? Takla pelik sangat. Ekceli nak cerita tentang tempat lunch saya dan rakan sekerja hari ni. Memang gerai tempat kami makan ni terletak di bawah jambatan (jejantas bedekatan lampu isyarat di pekan Changlun).  Tempat ni sering menjadi pilihan kami untuk lunch (bila dah jemu sangat nak makan kat dalam). Macam-macam jenis masakan ada disini. Dari yang bergoreng-goreng hinggalah yang berkuah-kuah. Untuk makan tengahari ni saya memesan kuey teow goreng basah dan juga cendol(antara feveret order saya bila makan disini) Kuey Teow goreng basah...hmmm Cendol....sedap Sesiapa yang nak cuba boleh datang kesini. Memang puas hati. Harganya pun berpatutan.