Sudi-Sudi Ikut Saya...

Isnin, 11 Julai 2011

Bilis Goreng Kicap



Menu yang ringkas, senang dan cepat untuk isteri/ummi yang berkerjaya seperti saya. Hmmm...simple, dan sedap. 

Kerangupan ikan bilis yang digoreng garing, digandingkan dengan rasa pedas cili dan manisnya bawang besar memang membuka selera. Sedap dimakan dengan nasi panas-panas atau diratah macam tu saja.

Nak resepi?? Ambik kat bawah...

Bilis Goreng Kicap
by Shikin @ Dari Dapur Ummi

Bahan
2 genggam ikan bilis
1 ulas bawang putih - dimayang
2 ulas bawang merah - dimayang
1 labu bawang besar - dihiris bulat
2 camca besar cili kisar
2 sudu besar kicap manis cap kipas udang
1 camca besar sos ikan
5 tangkai cili padi ( tambah jika nak pedas) - dihiris
1 tangkai cili merah - dihiris
Daun bawang - dipotong 1 inci panjang
Minyak untuk menggoreng

Cara
  • bersihkan bilis, goreng sehingga garing, ketepikan
  • tumis bawang putih dan bawang merah 
  • masukkan cili kisar, kacau sehingga pecah minyak
  • masukkan kicap dan sos ikan, kacau seketika
  • masukkan pula bawang besar, cili padi dan cili merah yang dihiris
  • setelah bawang agak layu, masukkan semula ikan bilis yang telah digoreng tadi
  • taburkan daun bawang
  • toskan minyak dan angkat
  • sedia untuk dihidang
* boleh ditambah tomato, kentang @ apa sahaja bahan yang difikirkan sesuai. Lebih sedap jika diperah limau kasturi di atasnya

Set dinner tadi. Bilis goreng kicap, drummet Ayamas, dan telur dadar.

Drummet Ayamas



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini