Sudi-Sudi Ikut Saya...

Ahad, 3 Julai 2011

IKAN SIAKAP GORENG DENGAN SOS DAUN LIMAU PURUT

Sila abaikan pinggan yang besar gedabak tu...yang penting isi dalam pinggan tu sodap...
Menu petang kelmarin. Balik dari keje, selongkar esbok jumpalah ikan siakap. Adalah seekor... Sebenarnya ikan siakap ni  balance hari Jumaat hari tu. Adala seekor...Terus minta suami yang duk berkebun kat luar tu petikkan daun limau purut. 

Dah lama duk intai-intai resepi ikan bersos daun limau purut dalam blog k.nor@secubit garam. Bolehla cuba buat, tapi diubah resepinya mengikut kesesuaian bahan-bahan yang ada kat dapur saya. Lagipun main ingat-ingat dalam kepala je sebab malas nak online masa masak tu...

Resepi ni memang sedap. bau wangi daun limau purut tu cukup menggamit selera. Sebenarnya saya lebih suka ratah-ratah aja daripada makan dengan nasi.. Sapa-sapa yang nak resepi ambik kat bawah yer...

IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT
By Shikin
Sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 ekor ikan bawal/talapia (saya guna ikan siakap)
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram (x masuk pun - lupa nge..nge..)
1/4 cawan cuka (pun x masuk)
3 sudu besar sos ikan ( x letak jugak)
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam ( x masuk gak)
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak


Cara-Cara :
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini