Sudi-Sudi Ikut Saya...

Rabu, 20 Julai 2011

KUIH LOPES


Kuih ni bukan saya buat sendiri yerr...Al-kisahnya kuih ni diberi oleh mak kiah (pengasuh) Nuha, masa saya ambik dia petang kelmarin.

Basic kuih ni daripada pulut yang dibalut dalam daun pisang kemudian dikukus sampai masak. Lepas tu dipotong dan digaul dalam kelapa parut.Kira kuih tradisional ni..


Sebelum makan, tuangkan air gula merah ke atasnya. Dengan rasa lemak pulut dan kelapa, campur rasa manis dari gula merah, memang sedap sangat rasanya. Dari seketul bertambah ke dua, tiga. Ralit makan. Tak pernah buat lagi ni. Nantilah kalau berkesempatan saya nak cuba buat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini