Sudi-Sudi Ikut Saya...

Ahad, 3 Julai 2011

Lengat Pisang Nangka

Ekceli masak lengat pisang ni petang Jumaat hari tu. Hari ni baru sempat nak post entry nyerr.. 

Lengat pisang ni saya buat menggunakan pisang nangka yang suami bawa balik dari kampung baru-baru ni. Saya buat dua loyang. Boleh la buat hidangan makan petang. 1 loyang lagi saya bawa ke matrik untuk dimakan bersama kawan-kawan.

Sapa-sapa yang ada pisang berlebihan kat rumah, nak goreng pun dah tak berapa best, boleh cuba lengat pisang ni. Resepi amek kat bawah (sebenarnya agak-agak ajer ni)

Lengat Pisang
By Shikin

Bahan-Bahan
5 biji pisang nangka (boleh ganti dengan pisang lain)
11/2 cawan tepung beras (boleh gunakan tepung gandum)
4 cawan santan
1 cawan gula
secubit garam


Cara-Cara
-blend pisang bersama gula dan garam sampai halus
-masukkan santan, tepung dan garam. kacau sebati
-tuang dalam loyang yang bersesuaian, masukkan ke dalam pengukus
-kukus 30 - 40 minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini