Sudi-Sudi Ikut Saya...

Jumaat, 1 Julai 2011

Nasi Goreng lagi....

Menu untuk breakfast hari ni  

Nasi Goreng Lada Hitam, Keropok Keping dan juga Karipap Daging
Sebenarnya pagi-pagi tadi suami nak keluar beli makanan untuk breakfast pagi ni. Tetapi, memandangkan ada nasi sejuk dalam rice cooker kat dapur tu, saya dengan rela hati meng'offer' diri untuk buat nasi goreng. (hai...nampaknya nasi goreng menjadi pilihan utama di dapur saya. Bukannya apa...itukan menu yang paling senang. Saya pasti anda juga setuju dengan kenyataan saya ni). 

Nasi ni saya goreng macam biasa, cuma saya taburkan serbuk lada hitam sebagai penambah perisa.

Nasi goreng lada hitam
Sambil-sambil tu saya goreng keropok keping yang memang ada dalam stok simpanan saya.

Anak-anak suka ni...
Jenguk dalam esbok, nampaklah frozen karipap yang saya beli daripada rakan sekerja baru-baru ni. Jadi saya goreng sekali. (Karipap tu dibeli ye...harap maklum. Bukan buat sendiri )
Over cooked...he he

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini