Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

ALMOND LONDON

Imej
Selalu time raya, biskut ni memang menjadi pilihan di rumah saya. Budak-budak pun kalau ada spesis biskut ni atas meja, yang ni lah yang dituju dulu. Agaknya salutan coklat tu yang buat ia nampak menarik. Almond London resepi Azlita Masam Manis ni pun sangat menarik kejadiannya. Biskutnya rapuh dan sedap. Tak macam resepi yang saya gunakan sebelum ni,  biskutnya jadi gebu dan berderai. So, resepi ni bolehlah tersenarai dalam list biskut raya tahun-tahun akan datang. Sapa yang nak resepi tengok kat bawah. ALMOND LONDON Sumber : Azlita Masam Manis   (Anggaran dalam 120 - 150 biji) Bahan-Bahannya 250 gm butter 450 gm tepung gandum 2 sudu kecil emplex 140 gm gula icing 2 biji kuning telur 1 sudu kecil esen vanila 150 biji badam - dipangang Untuk menyalut biskut   Cawan kertas secukupmnya Coklat masakan secukupnya Badam cincang - yg di panggang   Panaskan oven dan bakar badam dengan suhu 170 C selama 15 - 20 minit atau sehingga badam masak sempurna. Ayak tepung dan emplex ketepikan Puk

Suci Dalam Debu

Imej
Sesetengah orang panggil biskut ni Popia Salju. Ada juga yang sebut Suci Dalam Debu. Tak kisahlah apa namanya, yang pasti biskut ni memang sedap dan sentiasa menjadi rebutan he he. Bukannya apa, sebab rasanya yang crunchy dan sedap. Makan banyak-banyak pun tak jemu sebab rasanya yang lemak-lemak manis. Hmmm...memang sedap. Cuma tang nak melipat kulit popia tu yang lambat sikit. Tapi takpa, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Ok mari kita tengok resepi Suci Dalam debu ni... Suci Dalam Debu by Shikin @ Dari Dapur Ummi Bahan-Bahannya 1 bungkus kulit popia (saiz sederhana) - kulit popia dipotong 4 secara memanjang dan dilipat 4 *updated - boleh juga digamkan dengan bancuhan tepung gandum bersama sedikit minyak masak untuk mengelakkan ia terbuka.  - goreng dalam minyak yang banyak sehingga berwarna kuning keemasan - angkat dan toskan Untuk bahan tabur 1 cawan nestum 1/2 cawan susu tepung 1/4 cawan gula - blend bahan-bahan diatas sehingga halus - golekkan kulit popia yang telah ker

Blossom Pineapple Tarts

Imej
Hari ni sempat buat sejenis biskut. Tu pun dah pukul 3 petang baru start menggodek-godek kat dapur. Sepagi tadi kat hospital,bawa Nuha pegi checkup. Demam selsema dan batuk berterusan lebih seminggu. Masuk hari ni dah kali ke empat ambil ubat. Harap-harap kali ni lega. Ok, balik semula ke cerita masak-masak, petang ni saya buat Blossom Pineapple Tarts. Dah lama duk peram resepi yang saya ambil daripada Myresepi ni. Tercapai juga hajat untuk membuatnya. Terima kasih kepada pemilik asal kerana sudi berkongsi resepi ini. Saya panjangkan pula resepi anda dalam blog saya ni.  Resepinya kat bawah :   Blossom Pineapple Tarts Bahan-bahan ( 90-100 keping ) 250 g mentega 1 sb susu manis 1 biji kuning telur 10 sb tepung jagung/kastard - ayak 1 sk esen vanilla (opt) 350 g tepung gandum - ayak (tambah jika adunan lembik) inti nanas secukupnya paper cup kecil secukupnya Cara-cara Mentega,susu manis,kuning telur,vanilla dan tepung jagung/kastard dik

Mee Kari

Imej
Hajat saya nak masak mee kari sebagai menu berbuka puasa petang ni. Jadi pagi-pagi lagi selepas menghantar anak-anak (Aiman ke Pasti, Deena dan Nuha ke rumah pengasuh) saya dan suami ke pasar mencari bahan-bahan  yang diperlukan. Seronok nak memasak sebab saya ada masa yang panjang untuk prepare bahan. Selalunya tergocoh-gocoh balik dari keje, nak memasak dengan waktu yang terhad, maka hidangan yang disediakan sesimple mungkin. Kali ni, sebab dah mula cuti, saya boleh memasak dengan riang rianya didapur kecil saya tu. Seronok... Alhamdulillah, juadah yang tak seberapa tu dapat juga dipanjangkan kepada jiran-jiran yang berdekatan (sebelum ni memang tak sempat menghantar juadah sebab selalunya beli aja kat pasar Ramadhan). Resepi mee kari ni merupakan resepi bonda saya yang tercinta dan selalu menjadi pilihan saya bila nak masak mee kari. Tak pernah lagi cuba resepi lain. Saya letakkan pula resepi itu disini supaya ia menjadi warisan turun temurun.  Kepada sesiapa yang n

Ikan Talapia Goreng Bercili

Imej
Menu bersahur 2 hari lepas IKAN TALAPIA GORENG BERCILI by Shikin@ Dari Dapur Ummi Bahan-bahannya 1 ekor ikan (saya guna ikan talapia) 3 ulas bawang merah* 2 ulas bawang putih* 1 labu bawang besar* 5 biji cili merah* 3 biji cili padi* (banah bertanda * dikisar kasar) 2 sudu besar pes cili 2 helai daun limau purut - hiris halu dan goreng garing Limau kasturi Garam dan gula secukupnya Sedikit minyak untuk menumis Cara-cara membuatnya. Bersihkan ikan, letak garam kunyit, goreng sehingga masak, ketepikan Panaskan minyak, masukkan cili pes, kacau sehingga garing Masukkan bahan-bahan yang diskisar tadi, biarkan sehingga kuahnya agak kering dan pecah minyak Perasakan dengan garam dan gula serta air perahan limau kasturi Tuangkan kuah ke atas ikan, tabur dengan hirisan daun limau purut. Sedia untuk dihidang.

Fusselli Goreng

Imej
Juadah berbuka untuk petang ni. Bahan-bahannya 1 bungkus fusselli - direbus dan ditoskan 250gm daging cincang 3 ulas bawang putih - dicincang 1 labu bawang besar- dipotongdadu 2 biji tomato - dipotong dadu 1 senduk pes cili 2 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tomato 1 sudu besar serbuklada hitam garam dan gula secukup rasa minyak untuk menumis Cara membuatnya Panaskan minyak Tumis bawang  putih dan bawang besar sehingga layu Masukkan pes cili, sos cili dan sos tomato. Kacau sehingga pecah minyak. Masukkan daging cincang dan tomato Kacau sehingga air daging agak kering Masukkan fusselli, garam, gula dan serbuk lada hitam Goreng sehingga makaroni masak Sedia untuk dihidang.

Lala Timbul Tumis Pedas

Imej
Lala timbul ni idea daripada Ta, rakan sekerja saya. Biasanya kalau beli lala, saya masak tumis air, dengan kulit-kulitnya sekali. Kali ni nak try cara Ta pulak lah. Lala timbul... Kenapa lala timbul??? Sebab lala tu perlu ditimbulkan dengan cara merebusnya dalam air panas. Bila dia timbul cepat-cepat kaut dan asingkan daripada kulitnya. Isi yang dah diasingkan tu bolehlah digunakan untuk masak apa-apa jenis masakan. Yang bestnya masa nak makan nanti, sebab tak perlu dah asingkan kulitnya, ambik aje isi lala tu...ngap..ngap.  Ok, untuk kali ni lala timbul tu saya masak tumis pedas. Lala Timbul Tumis Pedas by Shikin@ Dari Dapur Ummi 1 kg lala ( ambil isinya sahaja) 2 ulas bawang putih* 3 ulas bawang merah* 1 labu bawang besar* (bahan bertanda * dimayang halus) 1 batang serai - dititik 1 batang lobak merah - potong ikut kesesuaian 2 senduk pes cili 3 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos ikan (optional) 2 helai daun

Triffle

Imej
Percubaan kali ketiga buat triffle. Pernah buat 2 kali sebelum ni, tak berapa menjadi, lembik, cair, last-last masuk dalam tong sampah. Untuk kali ni kejadiannya sangat menarik, hmmm...semuanya habis, masuk kedalam mulut. Thanks untuk pemberi resepi ni, En Irwan brpd unit Biologi (resepi isterinya). Jazakallah... Jom tengok gambar-gambar yang sempat disnap. Resepinya saya masukkan kemudian yerr...

Mee Sanggul Lagi..

Imej
Juadah berbuka hari ni. Tak mo cakap banyak. Layan gamber je ekkk...

Daging Congo

Imej
Kali ni saya nak share resepi Daging Congo dengan anda semua. Kenapa namanya daging Congo??? Saya pun tak pasti kenapa namanya macam tu, tapi sejak saya kenal dengan masakan ni memang itulah namanya. Pernah juga kami adik-beradik main agak-agak sebab apa namanya Daging Congo. Last-last kami buat kesimpulan, mungkin sebab warnanya yang macam tu kot, macam orang-orang kat Congo he he...  Tapi tak per... HITAM ITU MENAWAN! Biar rupanya macam tu, yang pasti rasanya sedap dan memang kena dengan selera anak tekak kami sekeluarga. Daging Congo ni resepi turun temurun keluarga kami. Resepi asal daripada arwak tok saya sebelah abah. Arwah tok saya ni kalau ada daging , memang inilah lauk wajib yang dia akan masak. Sebab tok saya tak der anak perempuan, resepi ini diperturunkan pula kepada menantu-menantunya (dah macam satu kewajipan pulak semua menantu-menantunya mesti tau resepi ni,termasuklah emak saya) dan kemudian turun pula kepada kami cucu-cucunya.  Sebab dah te

Choc Pudding

Imej
Saya buat puding ni petang kelmarin. Balik dari kerja terus bergegas kedapur, sediakan bahan-bahan dan mula menggodek. Sebenarnya tak susah mana nak buat puding ni, bahan-bahan yang digunakan pun mudah didapati. Tapi yang pasti rasanya memang sedap. Sangat sedap sampai rasa melekat-lekat kat anak tekak.  Makan punya makan, tak sedar separuh daripada puding tu saya sorang yang habiskan. Anak-anak memang sukalah sebab ada coklat. Masa sedang diisi dalam acuan pun diorang dah belegar-legar di sekitar dapur. "Sedapnya ummi, sedapnya ummi", riuh mulut berbunyi bila terbau keharuman puding yang dah dimasak tu. Kepada penggemar tegar @ die hard fan makanan yang berasaskan coklat, saya syorkan anda mencuba puding ni. Pasti anda puas hati. Ok, kepada yang nak cuba bolehlah tengok resepi kat bawah ni. Terima kasih kepada tuan punya asal resepi dan juga pemilik blog yang saya copy resepi puding tersebut RICH CHOC PUDDING by Jun Sumber : K.Nor@Secubit Gara

Masak Lemak Ayam Kampung

Imej
Salam Ramadhan... Ekceli ni lauk hari Jumaat hari tu, tapi biasalah disebabkan kesibukan hujung minggu tak sempat nak publish dalam blog. Kiranya ni n3 tertunda lah ni. Ayam kampung masak lemak ni request daripada en. suami yang teringin nak makan masak lemak ayam kampung yang macam arwah MIL selalu buat dulu. Alahai...memang tak dapatlah saya nak lawan stail MIL sebab air tangan ibu sentiasa yang terbaik buat anak-anak. Memang sedap sungguh bila makan masak lemak yang MIL buat.  Tengok bahan-bahan yang dia masukkan biasa-biasa saja. Tapi rasa dia...hurmmmm memang sedap. So, saya cuba juga membuat dengan stail MIL tapi mengikut citarasa saya. Jujurnya masakan ini,  tak dapat menggantikan masakan MIL tapi sekurang-kurangnya mengubati rasa rindu suami terhadap masakan arwah (semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya) Disini saya kogsikan resepinya... MASAK LEMAK AYAM KAMPUNG My MIL Style Bahan-bahannya 1 ekor ayam kampung 3 ulas bawa

Daging Goreng Black Pepper

Imej
Menu Ramadhan 3 Hari ni saya masak lauk daging. Bukan untuk berbuka, tapi untuk sahur esok. Untuk berbuka saya main tunjuk-tunjuk ajer.. Tanya suami nak buat apa dengan daging tu, dia cakap masaklah apa-apa pun.  Suami memang macam tu, urusan masak dia akan serahkan pada saya. Apa saja saya masak dia akan makan. Tak banyak songeh. Sesekali dia  teringin nak makan apa-apa baru dia request.  So, saya decide nak masak Daging Goreng Black Pepper lah, ... my style. Ok, jom tengok resepi. Daging Goreng Black Pepper by Shikin @  Dari Dapur Ummi Bahan-bahannya 250gm daging - direbus dan dihiris nipis 3 ulas bawang putih - dimayang 3 ulas bawang merah - dimayang 1 labu bawang besar - dipotong bulat 1 batang saleri - hiris dalam ketebalan 1/2 cm 1/2 cawang sos tiram 1 sudu besar kicap manis 1 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar ( tambah kalau nak pedas) karot (boleh diganti dengan lain-lain sayur yang berkenan) sedikit minyak untuk men

Mee Sanggul Berempah Kari

Imej
Menu untuk ifthar Ramadhan 2. Masak mee sanggul ni seadanya. Main bubuh apa yang ada. Biasalah, hari-hari bekerja ni semuanya mesti cepat dan pantas. Maklumlah masa yang ada agak terbatas. Hasilnya...walaupun penat, tapi berbaloi. Puas rasanya tengok keluarga menjamah masakan hasil air tangan kita. Jom layan resepi kat bawah. Mee Sanggul Berempah Kari by Shikin @ Dari Dapur Ummi Bahan-bahannya 1 peket Mee sanggul - rendam seketika dan toskan airnya 3 ulas bawang putih - diketuk 3 sudu besar pes cili 2 sudu besar rempah kari daging 2 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tiram 2 biji telur Udang dan sotong (boleh juga guna ayam @ daging) Sawi (boleh juga gunakan sayur-sayur lain megikut kesesuaian) minyak untuk menumis Cara membuatnya Goreng telur pecah-pecah (scrambled egg), ketepikan. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan pes cili, kacau seketika. Masukkan rempah kari, kacau lagi sehingga garing. Masukkan

CILI JERUK

Imej
Ni first time saya cuba buat cili jeruk. Sebelum ni pandai makan ajer. Tak sang pulak mudah ada nak membuatnya... He he...sekarang kat rumah saya dah ada sebotol cili jeruk yang saya buat sendiri. Lepas ni senanglah, bila makan mee, bihun atau kue teow goreng ada cili jeruk sebagai penambah selera. Terima kasih kepada pemilik asal resepi. Minta izin kopipes yerr... Resepi Asal: K.Nor@SECUBIT GARAM Bahan : 7 -8 bj cili hijau ~ boleh guna cili merah/hijau (saya guna cili padi) 1 cawan air 1 cawan cuka 2 -3 sudu besar gula Cara : Basuh cili dan toskan. Kemudian hiris tp jangan terlalu nipis. Masak air bersama cuka dan gula hingga mendidih. Biarkan hingga sejuk. Masukkan cili ke dalam botol yg bersih dan tuangkan air cuka yg dimasak tadi. Tutup botol dan biarkan sehingga 2 - 3 hari baru lah sedap dimakan bersama mee rebus/goreng dan sebagainya.

Kek Batik

Imej
Saya buat kek batik ni untuk pot luck di tempat kerja  kelmarin. Menu yang ringkas dan senang nak buat. Yang pasti ia disukai ramai. Kat rumah pun saya tinggalkan sebekas. Untuk anak-anak yang memang suka masakan yang ada base coklat. He he bukan takat anak-anak, mak anak dengan abah anak pun suka. Tak puas makan rasanya. Lepas seketul, masuk lagi seketul, lepas tu lagi seketul. Tengok-tengok dah tinggal separuh bekas. Hmm...dah berketul-ketul la tu yang masuk kedalam perut yer... U...la la la... Ada yang nak resepi??? Ada kerr?? He he.. Kalau ada yang nak tu,  follow jer resepi kat bawah ni. InsyaAllah jadik. Tapi kalau yang nak menderhaka resepi tu pandai-pandai sendiri yer.. Pe hal pun kita yang buat dia. Macam mana pun kita bagi dia jadilah  jugak. Kek Batik Resepi : Shikin @ Dari Dapur Ummi Bahan-bahan 1 ketul Butter 1 tin kecil susu pekat manis 1 cawan Nestum 1 cawan air 3 sudu besar serbuk koko 3 sudu besar milo 3 biji telur Biskut M