Bihun Tomyam Simple

Hidangan ekspress untuk berbuka puasa semalam. 

Balik dari keje, intai dalam esbok ada ke tidak barang-barang yang saya pesan suami belikan pagi tadi. hajat hati nak masak bihun tomyam untuk berbuka petang ni. Alhamdulillah, semua barang ada, so mula memasaklah...

Masak tomyam paling senang sebab main campak-campak jer. Ringkas tapi rasanya memang berbaloi... Lama tak masak tomyam kat rumah ni, sesekali buat siap menghirup-hirup lah anak-anak dan abah diorang. Ummi pun suka hirup tom yam ni.

Jom kita tengok resepi tom yam simple ni...




BIHUN TOMYAM SIMPLE
by Shikin @Dari Dapur Ummi

Bahan-Bahannya

Bihun secukupnya - celur dalam air panas sehingga lembut

Kuah Tom Yam
1/2 kg udang (boleh juga guna ayam,sotong atatu apa-apa bahan yang disukai)
3 batang serai - dititik
1 labu bawang besar dipotong baji
5 biji cili padi - dititik
2 helai daun limau purut - buang tangkainya
karot*
bunga kubis*
baby corn*
tomato* (potong mengikut kesesuaian)
paste tomyam secukupnya
garam secukup rasa
Air putih secukupnya
Air perahan limau nipis - secukup rasa

Cara Membuatnya
  1. Masukkan air, serai, cili padi, bawang besar dan paste tomyam ke dalam periuk. Reneh sehingga mendidih.
  2. Masukkan sayur-sayuran yang keras dahulu. Reneh lagi
  3. Masukkan udang, tomato, daun limau purut dan garam
  4. Akhir sekali masukkan air limau nipis.
  5. Rasa masam dan masinnya. Tutup api.
  6. Sedia untuk dihidangkan. (Boleh dimakan bersama nasi, bihun, mee atau apa sahaja uyang disukai)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Makaroni Goreng