Sudi-Sudi Ikut Saya...

Khamis, 13 Oktober 2011

Kari Kepala Ikan Ummi

Menu request daripada en.suami. Dah lama katanya tak pekena kari kepala ikan ni yang memang menjadi feveret dish dia. Kalau jumpa kari kepala ikan ni memang bertambah-tambahlah dia makan. 

Biasanya suami beli kepala ikan merah yang menjadi kegemarannya. Tapi sebab tak der stok kat pasar, dia beli kepala ikan jenahak yang juga sesuai dibuat kari. 

Saya buat kuahnya pekat sebab suami suka kari style macam ni. Tambahkan bendi yang dipetik depan rumah dan juga tomato. Ikan jenahak ni manis isinya. Fuhh...bila makan tak sempat toleh kiri kanan. Anak-anak pun suka bila sesekali ummi layan kari kepala ikan macam ni.

Resepi kari kepala ikan ni simple saja. Resepi yang selalu saya guna bila buat kari, hasil tunjuk ajar emak saya yang tersayang sejak saya mula memasak. Dan resepi ni cukup memikat selera suami saya (sebab bila saya masak kari dia makan dengan berselera sekali sambil memuji).

Salin yer resepinya...


Kari Kepala Ikan Ummi

Bahan-bahannya
Kepala ikan ( ikut jenis dan jumlah yang dikehendaki) -  kali ni saya guna 1/2 kepala ikan jenahak sesuai dengan bilangan ahli keluarga saya yang tak ramai
2 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
1/2 labu bawang besar*(bahan bertanda * dimayang halus)
2 pelepah daun kari (bancuh dengan air asam)
1/2 cawan air asam jawa
2 bungkus kecil rempah kari ikan
1 sudu besar halba campur
4 cawan santan - diperah daripada 1/2 biji kelapa
Sedikit minyak untuk menumis
Bendi dan tomato
Garam secukup rasa


Cara-cara Memasak
  1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang dimayang berserta daun kari dan halba campur sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kari. Kacau sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan santa sedikit demi sedikit. Kacau perlahan supaya rempah sebati dengan santan.
  4. Apabila kuah mendidih masukkan ikan dan bendi. Reneh seketika.
  5. Masukkan tomato.
  6. Rasa garam dan asamnya. Matikan api. Sedia untuk dihidang.
p/s : Lebihan kuah kari jangan dibuang . Panaskan sampai pekat. Kuah kari yang dah pekat sedap dicicah dengan roti putih (my feveret)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini