Sudi-Sudi Ikut Saya...

Ahad, 13 November 2011

Asam Pedas Tumis Ikan Kembung Dengan Bendi



Asam Pedas Tumis Ikan Kembung Dengan Bendi

Bahan-Bahan

5 ekor ikan kembung/temenung - siang dan bersihkan
10-15 tangkai cili kering*- boleh ejas nak pedas atau tidak
7 ulas bawang merah*
1 inci halia*
Belacan  sebesar ibu jari*
1/2 sudu besar serbuk kunyit* (Blend bahan bertanda * sampai halus)
Daun kesum/ Daun Kunyit secukupnya (boleh letak salah satu @ kedua-duanya)
2 batang serai - dititik
Garam secukup rasa
Air asam jawa - agak-agak la. Janji kuah cukup masam
2-3 cawan air - ejas ikut kepekatan yan disukai
Terung/Bendi/Totato (optional)

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak. 
  2. Tumis bahan-bahan yang telah diblend sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa. Kacau sebentar.
  4. Masukkan pula air. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan daun kesum/daun kunyit.
  6. Masukkan bendi. Masak sekejap, masukkan ikan.
  7. Perlahankan api. Reneh kuahnya . 
  8. Masukkan garam. Rasa masin dan masam secukupnya.
  9. Padam api dan hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini