Sudi-Sudi Ikut Saya...

Jumaat, 4 November 2011

Kari Ikan Merah Dengan Bendi

Menu favourite di Dapur Ummi.



Kari Ikan Merah Dengan Bendi
By Shikin

Bahan-Bahan
450gm Ikan Merah
5 ulas bawang merah* - dimayang
2 ulas bawang putih* - dimayang
1 sudu besar halba campur*
2 Tangkai daun kari - lurut daunnya sahaja
2 bungkus serbuk kari ikan (bancuh dengan air asam jawa)
1 cawan air asam jawa
2-3 cawan santan
Bendi / tomato
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis


Cara-Cara Membuatnya
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan bahan bertanda * sehingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan rempah kari. Kacau sehingga rempah masak dan garing
  3. Masukkan santan. Kacau supaya rempah dan santan sebati
  4. Apabila kuah mendidih, masukkan ikan dan juga bendi.
  5. Masukkan garam. Rasa masam dan masin secukupnya.
  6. Padamkan api setelah ikan dan bendi masak.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini