Sudi-Sudi Ikut Saya...

Isnin, 28 November 2011

Parpu Telur

Makan dengan nasi putih dan sambal ikan bilis. Fuhh!! Terangkat... 



Parpu Telur

Bahan-Bahannya

5 biji telur ( boleh guna telur itik atau telur ayam )
Segenggam kacang dhal atau kacang parpu ( rendam 1 - 2 jam. kalau tak rendam pun tak per)
2 ulas bawang putih
4 cawan santan  (daripada 1/2 biji kelapa)
Garam secukup rasa
1 sudu teh serbuk kunyit
Sedikit minyak ( lebih kurang 1 sudu makan)


Cara Membuatnya
  1. Basuh kacang parpu. Toskan.
  2. Isi air dalam periuk. Masukkan kacang parpu, hirisan bawang putih, serbuk kunyit dan minyak masak . Rebus sampai kacang kembang.
  3. Masukkan santan. Perlahankan api. Biar kuahnya mendidih.
  4. Pecahkan telur satu persatu dan masukkan ke dalam periuk. (Pastikan api perlahan). Biarkan telur masak.
  5. Perasakan dengan garam.
  6. Padamkan api. Curahkan dengan bahan-bahan tumis darat. Tutup periuk serta merta. (supaya bau tumisan tidak hilang)
Bahan-bahan tumis darat.

4-5 ulas bawang merah - dimayang halus
3 tangkai cili kering - potong lebih kurang 1 inci
2 tangkai daun kari - lurut daripada batangnya
sedikit minyak

-panaskan minyak.
-tumis kesemua bahan sehingga naik bau dan garing.
-curahkan ke dalam periuk parpu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini