Rendang Ayam


Rendang ayam ni resepi turun temurun keluarga saya. Daripada arwah tok kepada emak dan sekarang kepada saya. InsyaAllah selepas ni diturunkan pula kepada puteri-puteri berdua tu...

Resepi yang simple dan dam memasaknya pun sangat mudah. Cuma biasalah kalau masak rendang ni selalunya ambik masa sikit. 

Rasanya pun sedap. Sangat sesuai dimakan dengan ketupat ataupun dengan nasik...

Jom tengok resepinya...

Rendang Ayam
by Shikin

Bahan-Bahannya
1 ekor ayam - dipotong-potong
1 biji kelapa - perah dan ambil santannya (>< 5-6 cawan)
20-30 tangkai cili kering - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
5 ulas bawang merah - dikisar
2 inci lengkuas - dikisar
2 inci halia - dikisar
2 batang serai - dititik
2 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
Garam secukup rasa




Cara-cara membuatnya
  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali daun kunyit, daun limau purut dan garam)  kedalam kuali. Masak sehingga mendidih.
  2. Perlahankan api. Masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Masak lagi sehingga kuahnya pekat dan pecah minyak. (sentiasa kacau supaya masakan tidak hangit)
  3. Masukkan garam secukupnya. Kacau rata. 
  4. Matikan api dan bolehlah dihidangkan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Makaroni Goreng