Sudi-Sudi Ikut Saya...

Khamis, 10 November 2011

Rendang Daging

Bila  buat rendang daging, memang inilah resepi yang selalu saya guna. Resepi turun temurun, daripada arwah tok kepada emak, kemudian kepada saya, dan insyaAllah kepada anak-anak saya pulak satu hari nanti.

Rendang daging ni memang sedap dimakan dengan nasi atau pun ketupat palas.


Rendang Daging 

Bahan-bahannya
1 kg daging - potong kiub (lebih kurang sebesar 1/2 kotak mancis)
1/2 kg santan
25 - 30 tangkai cili kering*
3 biji bawang besar*
1 inci halia* (* blend sampai halus)
2 inci lengkuas - di ketuk
5 batang serai - dititik
3 helai daun limau purut - lurut daripada tangkainya
2 helai daun kunyit - simpulkan
garam secukup rasa


Cara-caranya 
  1. Masukkan kesemua bahan ( kecuali daun limau purut, daun kunyit dan garam ) ke dalam kuali.
  2. Masak dengan api perlahan sehingga kuahnya separuh kering.
  3. Masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Kacau sentiasa untuk mengelakkannya hangit.
  4. Masukkan garam secukupnya.
  5. Masak sehingga kuahnya pekat dan pecah minyak.
  6. Matikan api. Sedia untuk dihidang .
  7. Makan dengan nasi atau pun ketupat.
Tips: Boleh juga dimasak sehingga kuahnya kering dan berserdak supaya rendang tahan lebih lama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Tolong bagi makan sat...Cam ner?? Klik ajer...