Sudi-Sudi Ikut Saya...

Isnin, 28 November 2011

Sambal Bilis Dengan Kentang



Sambal bilis dengan kentang ni sedap dimakan bersama nasi putih dan juga roti. 

Kalau kat rumah ni pulak sambal ikan bilis ni selalunya gu  dengan Parpu Telur. Memang sedap lah...

Sambal Bilis Dengan Kentang

Bahan-Bahannya

2 - 3 genggam ikan bilis - bersihkan
2 biji kentang - potong baji
2 senduk cili kisar - (10 -15 tangkai cili kering diblend bersama 1 biji bawang besar )
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis


Cara Membuatnya
  1. Panaskan minyak. Goreng kentang sehingga kekuningan dan masak. Ketepikan.
  2. Goreng pula ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.
  3. Alihkan sedikit minyak gorengan, tinggal secukupnya untuk menumis cili.
  4. Tumis cili sehingga garing dan pecah minyak.
  5. Masukkan asam keping.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  7. Tuangkan sedikit air. Teruskan mengacau sambal sehingga masak.
  8. Padamkan api. Sejukkan sambal seketika sebelum memasukkan bilis dan juga kentang. (untuk mengekalkan kerangupan bilis)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini