Sudi-Sudi Ikut Saya...

Khamis, 10 November 2011

Telur Bistik

Hidangan ringkas. Biasa order kat kedai. Hari ni try buat sendiri. Hmm...sedap. Tak berapa pedas. Anak-anak pun suka.


Telur Bistik
Bahan-Bahan

2 biji telur
1/2 biji bawang besar - dipotong dadu
garam secukupnya
  • Pukul telur, masukkan bawang besar dan garam. 
  • Goreng dadar, masukkan kedalam pinggan  dan ketepikan.

Untuk kuah

2 ulas bawang putih - dicincang
1/2 biji bawang besar - potong dadu
1 biji cili merah - dihiris
daun bawang - dihiris
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
lobak merah - potong dadu
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan 1/2 cawan air
kubis bunga -potong kecil
minyak untuk menumis
garam dan gula secukupnya
  • panaskan minyak,tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu
  • masukkan semua jenis sos, gaul sebati sehingga pecah minyak
  • masukkan lobak merah dan bunga kubis.
  • tuang bancuhan tepung jagung
  • perisakan dengan garam dan gula
  • curahkan ke atas telur yang telah digoreng
  • tabur daun bawang dan cili merah.
  • sedia untuk dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini