Bengkang Roti
Kalau beli roti kat rumah ni, selalunya tak habis di makan. Jadi terpaksalah umminya modified jadi benda-benda lain pulak.
Kali ni saya modified jadi bengkang roti ...
Resepi daripada emak saya. Biasalah resepi orang lama ni mana ada sukatan sangat, main agak-agak jer. Tapi saya dah cuba sukat bahan-bahan yang saya gunakan untuk membuat bengkang roti tersebut.
Hasilnya seperti dibawah :
Bengkang Roti
by Shikin
Bahan-Bahannya
1 buku roti - saya guna roti benggali
2 cawan santan
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
secubit garam
Cara-Cara Membuatnya
- Carik-carikkan roti dan rendam lebih kurang 20 minit. Kemudian toskan roti dan letak ke dalam mangkuk.
- Masukkan santan, susu cair, gula, tepung gandum dan garam ke dalam mangkuk roti. Kacau sehingga adunan sebati dan tidak berketul-ketul.
- Sekiranya adunan agak pekat, tambah sedikit air ( tak perlu habiskan secawan air)
- Tuang ke dalam loyang.
- Bakar didalam oven dengan suhu 220c (atau ikut suhu kepanasan oven masing-masing) dengan api bawah selama 30 minit. Kemudian dengan api atas dan bawah lagi 15 minit.
Nk cuba, sbb ada sebuku roti gardenia yg dah nak expired...hehe :) member suggest buat bengkang.. hihi
BalasPadampuan...roti dicarik dan direndam.....rendam dalam apa? santan atau susu?
BalasPadamRendam dalam air biasa, kmdn ditos. Baru campur ngan bhn2 lain.
PadamRendam dalam air biasa, kmdn ditos. Baru campur ngan bhn2 lain.
Padamsalam.. nak tnye... bole tak,tak gune santan dan susu cair tu gune susu kotak je?
BalasPadamKalau kukus boleh x ye?? Umh sya oven rosak
BalasPadamXyah letak telur ek puan
BalasPadamXyah letak telur ek puan
BalasPadamPupkerepekp
BalasPadamisang
Pupkerepekp
BalasPadamisang