Sudi-Sudi Ikut Saya...

Selasa, 26 April 2011

Petang ni Mee Sanggul Goreng pulak

Amboi2 tuan rumah ni, mentang2 la skrg ni tengah cuti macam rajin pula dia memasak (he..he..ekceli tengahari tadi x masak pun coz hasben tak balik makan kat umah. En. hasben mengiring student dia ke kejohanan silat kat air hitam)


So, petang ni siap sedia dengan mee sanggul goreng ni menanti kepulangan en. suami yang tercinta. 

Sbnrnya mee sanggul ni dah seminggu saya beli semasa mendengar kuliah Ust.Shamsuri dimasjid al-Muttaqin. Keluaran bumiputera, ofcourse la 'Halalan Toyyiba', sebab tu saya beli.

Ekceli, tak penah masak pun mee sanggul ni. Biasa masak mee kuning or mee megi ajer. So, try ajela petang ni. Bahan-bahan pun apa yang ada dalam fridge...

Inilah hasilnya.....





Rasa mee ni sedap. Tak oily sangat macam mee kuning tu. Aiman dan Deena pun enjoy makan mee ni.Siap menambah-nambah lagi.


Untuk resepi mee sanggul goreng tu..



Mee Sanggul Goreng
By Shikin

Sebungkus mee sanggul - celur ngan air panas bagi lembut
3 ulas bawang putih - dicincang
200gm sotong - hiris bulat
2 keping fishcake - hiris nipis
5 sudu besar cili kisar - kalau nak pedas tambah cili
2 sudu besar cili sos
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
sedikit minyak untuk menumis
sayur2an (ikut suka)- saya masukkan sawi dan carrot kiub


Cara membuatnya
  • tumis bawang putih hingga naik bau,masukkan cili kisar, biar kan seketika
  • kemudian masukkan sotong dan fishcake,biar hingga pecah minyak
  • masukkan pula sos cili,sos tiram dan kicap
  • perasakan dengan garam dan gula secukupnya
  • kemudian masukkan mee sanggul yang sudah dicelur tadi
  • last sekali masukkan sayur. goreng hingga masak
  • boleh la dihidangkan mengikut kesukaan diri sendiri...

Nasi Goreng Ajer...

Tengahari ni saya cuma buat nasi goreng aje untuk en. suami dan Aiman. Masak simple2, main campak apa yang ada dalam fridge tu. Tu pun Aiman tak henti2 sebut,sedapnya ummi... 

Hurm...Aiman...kalau dapat nasi goreng bubuh telur,kicap dan sos suka benar la dia.



Ni nasi goreng untuk Aiman. Just nasi, telur,sos dan kicap. Mmg feveret dia ni. Nasipun tak pedas. Laju la dia makan.



Tengok tu,kan main suker nye dia dapat nasik goreng pujaaan hati. Ummi pulak siap decorate ala2 kedai gitu. Lagik suker la dia.



Ni pula untuk en. suami. Nasik goreng kampung versi ummi, keropok goreng (ekceli dah seminggu goreng kopok tu, simpan dalam tupperware lupa nak makan. So,abis kan tengahari ni). Saya goreng kan juga ikan pekasam dengan cili dan bawang (ikan pekasam ofismate - tq Ta)



He he...sempat gakitik Deena berposing dalam pinggan tu. (Nasib baikla ko itik mainan,klau tak...selamatla...)

Apapun hidangan tengahari licin licau dihabiskan oleh kedua2 beranak ni. Puas rasa hati bila dengar Aiman sebut "terima kasih ummi kerana masak nasik yang sedap ni untuk saya...") Besar maknanya ucapan itu untuk seorang Ummi macam saya.

Ahad, 24 April 2011

Menu Tengahari

Well...minggu ni start cuti. So,sempatla masak-masak kat ceruk dapur tu. Pagi tadi ke pasar ngan en.suami. Hurmmm...apa lagi yang menjadi pilihan dia kalau bukan kepala ikan. Nak kari ikan ye bang..??? Ngeh...ngeh...

Apapun lepas kelentang kelentung kat dapur ni la yang terhasil. Menu untuk tengahari ni kari kepala ikan, cendawan goreng, telur goreng, sambal tumbuk n ulam timun. 

Wallah...en. suami makan sampai tak toleh kiri kanan. Aiman pun menambah-nambah nasik dia sebab ada cendawan goreng feveret. Heh heh...makanla puas-puas suami dan anakku. Bukan selalu ummi dapat masak kan tengahari. Time2 cuti ni jela..

Layan gambar kat bawah ekk...



kari kepala ikan (penuh periuk)



dah tinggal separuh...



sambal goreng



cendawan goreng tepung

Isnin, 18 April 2011

Makan-makan Hari Jumaat

Hari Jumaat lepas sempatlah masak-masak serba ringkas kat rumah. Hari khamis sebelumnya saya dan suami ke pasar malam dekat rumah. 

Masa tengah pilih-pilih lauk suami menunjuk ke arah ikan siakap. Hmmm...tau dah mesti nak suruh masak 'sweet sour' ni. Kami beli dua ekor ikan siakap sederhana besar. Hajat dihati nak ajak tokwan dan tok makan kat rumah.

Ni la hasilnya yang tak seberapa...


telur gulung


tom yam seafood


siakap sweet sour

Isnin, 11 April 2011

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE

Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com
Sumber: K.Nor@Secubit Garam

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini