Sudi-Sudi Ikut Saya...

Sabtu, 28 Mei 2011

Spaghetti



Pagi-pagi tadi suami tanya "nak makan apa pagi ni?".  Selalunya begitulah, suami bertanya apa yang nak dimakan dan dia akan keluar beli.Teringat spaghetti dan sosnya yang dah lama bertapa dalam kabinet dapur saya. Daging pun ada, suami beli kelmarin di nat Tok Jalai.Pagi nilah peluang untuk saya masak benda-benda tu.Selalunya hujung minggu  kat kampung.

"Tak payah beli apa-apa lah abang, kin masak spaghetti pagi ni ...". Suami pun mengangguk lantas bersiap untuk kesekolah.ada kursus untuk guru-guru disekolahnya. Sementara saya didapur mengeluarkan bahan-bahan yang ada. Spaghetti, daging, sos,tomato bawang2. Maka proses memasak pun bermula...

Spaghetti...duk dalam plastik lagi
Ini jenama spaghetti yang saya guna, dari Iran menurut penjualnya kalau tak silap saya.Tapi yang paling penting halalan toyyiba...
Saya buat spaghetti yang simple aja. Pakai sos segera dalam tin tu dan saya campurkan dengan sedikit cili kisar dan juga daging cincang. Maka hasilnya adalah seperti dibawah ...


Hurmmm....menyelerakan
Dah lama tak masak spaghetti kat rumah.Bila dah siap masak, anak-anak pun apalagi berebut-rebut nak makan. Feveret diorang gak,cuma umminya yang tak berapa sempat nak buat. Sesekali masak benda ni memang menambah-nambah la diorang makan. Saya pula buat tak berapa pedas supaya diorang boleh makan tanpa minum air bergelen-gelen.

Hurmm...wallah...memang sedap dan seperti biasa kedengaran "terima kasih ummi sebab masak spaghetti untuk Aiman", terima kasih ummi sebab masak spaghetti untuk Deena. Senyum saya lebar ke telinga dan mulut juga menjawab sama-sama kasih. Ummi masak semua ni untuk anak-anak ummi. Makan kenyang-kenyang ya...

Rabu, 25 Mei 2011

Nikmat Tom Yam

Kemarin, saya dengan Ta (rakan sekereta sekerja) stayback kat kolej. Sebenarnya kami bertugas untuk memantau aktiviti jawatankuasa kerohanian sempena MPPB 2011/2012. Lepas isya' baru kami pulang kerumah. Ok, saya tak nak cerita tentang tugas malam semalam sebab n3 tentang tu boleh dibaca kat sini.

Yang saya nak cerita adalah kesempatan saya dan Ta makan-makan petang kelmarin di Kedai Nikmat Tomyam, Changlun. Kedai makan ni terletak ditepi jalan lama Changlun-Sintok.Bersebelahan dengan kedai Bang Li yang kami selalu makan waktu tengahari.

Ekceli, dah lama dengar tentang Nikmat Tom Yam ni. Tu pun setelah promosi besar-besaran dibuat oleh U.Azlan. Cuma tak sempat nak pegi reramai sebab kedai ni mula beroperasi sebelah petang.  Jadi kesempatan yang ada petang kelmarin saya dan Ta gunakan sepenuhnya untuk mencupa pelbagai masakan yang ada disini. Konsep kedai ni lebih kepada masakan Thai. hok oghe pattani weih....  Boleh dikatakan semua menu yang ada resepi masakan Thai lah...

Ok, ini menu yang kami order...Ta dengan nasi putih, padprik ayam, dan telur bistik.

Ta punya....nasi putih, padprik ayam dan telur bistik.

Telur bistik

Padprik ayam
Kalau makan kedai makanan thai memang selalu diorang bagi sambal belacan ngan ulam timun nih...
 Saya pula memesan nasi goreng Thai dan juga kerabu ikan bilis.

Nasi goreng Thai...yang ni saya punya macam saya goreng kat umah jerr...


Kerabu ikan bilis

Banyak juga order tu sedangkan kami makan dua orang jer...Naik sendat perut dibuatnya. Tentang rasa dan kualiti masakan bagi saya biasa-biasa aja. Boleh la kot bagi satu bintang. Rasanya kalau makan kat Jaguh ataupun Redha best lagi kot...he he.. Untuk sesekali nak ubah selera bolehla mencuba masakan disini

Rabu, 18 Mei 2011

Kek Batik

Kek batik ni saya buat sempena acara makan-makan kat cubic esok. Memandangkan bahan-bahan dah ada, tinggal nak godek-godek aje so mudahla keje saya. sebenarnya biskut Marie ni dah berbulan saya beli kat C-Mart Changlun. Skrg baru jadi kek batiknya...



Yang ni sebekas untuk dibawa ke tempat keje besok

Yang ni untuk dimakan oleh anak-anak



Hm...mabeles...

Letak jugakla star flake tu...request daripada anak-anak.



Yummy...memang ralit je boleh makan kek ni. Tak sedar org sekeliling...

Sekejap je tinggal separuh bekas



Sebenarnya resepi kek ni saya dapat daripada bekas rakan sekerja saya di SEMEKAR Kudat dulu iaitu Kak Sarimah. Kak Sarimah ni memng anak jati Kudat tapi sekarang dah berpindah ke Johor mengikut suaminya (dah lama lost contact ngan kak sarimah sejak dia berpindah ke Johor. Kalau beliau terbaca coretan saya ni hubungi saya ye kak)Kek ni memang sedap dan menjadi kesukaan anak-anak saya. (Saya pasti kawan-kawan kat ofis saya pun suka..he he). Sekejap aje tinggal separuh bekas. Untuk siapa-siapa yang nakkan resepi bolehlah ambik dibawah ni ..

Kek Batik

Bahan-bahan
1 ketul Butter
1 tin kecil susu pekat manis
1 cawan Nestum
1 cawan air
3 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar milo
3 biji telur
Biskut Marie secukupnya

Cara-cara membuatnya(Dengan api perlahan)
1) Cairkan butter.
2) Kemudian masukkan satu persatu susu pekat, air dan telur. Kacau sebati
3) Masukkan pula serbuk koko, milo dan nestum. Pastikan api perlahan. Kacau lagi sehingga adunan pekat.
4) Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan 4 sehingga adunan padat.
5) Adunan boleh dimasukkan kedalam loyang atau bekas yang sesuai sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk.













Selasa, 10 Mei 2011

Keropok Lekor Dan kerabu Ikan Bilis

Salam Semua...

Hari ni dah start keje setelah bercuti lebih dua minggu. memang kalut sikit, nak tune balik kehidupan sebagai ummi yang berkerjaya. Kadang2 terasa huru hara. Hu hu...

Petang ni saya cuma sempat sediakan masakan yang ringkas untuk suami dan anak-anak. Cukup mudah... Nak tau apa bendanya... he he... tara...

Kepok Losong dari Terengganu.....

Keropok ni diimport khas dari Terengganu. Ingat tak saya ada maklumkan dalam entry sebelum ni bahawa kami sekeluarga akan ke pantai timur. Ini antara hasil yang dibawa balik. Cerita percutian kami di Pantai Timur boleh dibaca disini. Saya buatkan juga kerabu ikan bilis simple. Tak der resepi, aci redah bahan-bahan yang ada kat dapur aje. Inilah hasilnya...
Kerabu Ikan Bilis Simple




Cukuplah menu yang seadanya ini,  untuk mengalas perut tika  menginjak ke malam hari....

Khamis, 5 Mei 2011

Berhenti Seketika....

Salam semua....

Dapur Ummi akan berhenti bersiaran seketika sebab kami akan bercuti ke pantai timur... InsyaAllah akan kembali bersiaran 3,4 hari lagi...

Selasa, 3 Mei 2011

Kek Coklat Kukus Mudah



Salam semua...

Hari ni saya nak kongsi satu resepi kek yang sangat mudah. Dan saya jamin kek ini merupakan kegemaran kebanyakan isi rumah. He he...rugila sape2 yang tak suka kek ni. Ok,kek yang saya maksudkan adalah kek coklat. Dah banyak kali saya buat, dan sambutannya sangat menggalakkan. (dirumah sayala...budak2 tu memang pantang jumpa bendalah yang ada coklat ni)

Nak buat kek ni pun mudah sesangat, tak perlu mixer, oven bagai. Just godek2 aje, dengan senduk nasik pun ok jugak.Janji adunan sebati. Masak pula, cuma guna pengukus. Ha...kan senang tu..

Apa2 hal kita layan gambar dulu ekkk...



Saya kukus dalam loyang saiz 7x7. Bila masukkan dalam tupperware tu muat2 aje...



Ni yang versi dah di topping dan didecorate caca merba..





Yang ni pula yang dah dipotong2 dan diisi dalam pinggan . Tinggal nak suap masuk dalam mulut je..(ekceli dah masukpun 2,3potong he..he..memang mabeles...moist sesangat)

Ok, untuk resepinya pula

Bahan A
1 cawan gula
1 cawan sebuk koko
1 cawan minyak mazola
1 cawan air panas
1 cawan susu pekat/susu cair/susu segar
1/2 cawan milo
1 sudu kecil nescafe (saya x letak)
3 biji telur

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
-ayak bersama 2,3x

Cara memasak..
Satukan semua bahan A hingga sebati. Masukkan bahan B. Kacau rata. Letak dalam loyang dan kukus selama 1 jam.

Topping mudah
1 cawan milo
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu pekat
1/4 cawan air panas
kacau rata semua bahan dan tuang atas kek

Selamat mencuba

Isnin, 2 Mei 2011

Udang Goreng Masam Manis



Ekceli,udang ni saya masak beberapa hari lepas.Tapi tak sempat nak upload sebab hujung minggu baru2 ni saya balik kampung. Bila kat kg tu paham2 je la, mana nak on9 nye... no network coverage. So...jadilah ianya n3 yang tertunda. 

Udang ni en.hasben beli kat kerpan. Memang fresh dan rasanya manis gitu sebab belum kena ais. Meratah macam tu aje pun sodap. Anak2 pulak kalau dengan udang memang suka sangatla diorang. Hurm...licin pinggan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini