Sudi-Sudi Ikut Saya...

Khamis, 30 Jun 2011

Masak Lemak Ikan Temenung Dan Nenas

Mengambil kesempatan kepulangan suami kekampungnya (Gulau), maka saya dan anak-anak turut pulang ke kampung saya..he he. (Teringin gak nak sebut kampung tu...Padahal kampung kita seberang sana tu aja. Area Taman Mahsuri gak... ke ke)

Seronok sesekali dapat bermalam dirumah mak dan abah. Adik-adik yang berdua tu pun balik bercuti, riuh rendah lah sikit rumah. Mana lagi dengan gelagat anak-anakku yang tiga orang tu. Jenuh nak melayan.

Sesekali berkumpul boleh lah merasa masakan mak (the best in the world). Memang best... So, mari kita layan apa menu yang telah dihidangkan...

Ikan temenung (kembung) masak lemak dengan nenas. Feveret dish saya ni...
Selalunya kalau ada nenas dan ikan temenung inilah masakan yang menjadi pilihan. Gandingan ikan dengan nenas dimasak lemak ni memang sangat menarik. Rasanya pun sedap. Resepinya :

Masak Lemak Ikan Temenung Bersama Nenas
By Shikin

Bahan-bahan 
4 ekor Ikan temenung (kembung)
1/2 biji Nenas (dihiris nipis)
4 cawan Santan (1 cawan pati, 3 cawan santan cair)
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
5 biji cili merah* (bahan-bahan bertanda * dikisar halus)
1 sudu teh serbuk kunyit
2 batang serai diketuk


cara-Cara
-masukkan santan cair , nenas, serbuk kunyit, bahan-bahan kisar beserta serai didalam periuk. renehkan sehingga bahan-bahan kisarnya mesra.
-masukkan ikan dan pati santan, renehkan lagi
-kacau sentiasa supaya santan tidak pecah minyak
-perisakan dengan garam 
(tidak perlu masukkan asam keping kerana nenas akan mengeluarkan rasa masamnya yang tersendiri)

Sambal tumis ikan nyok-nyok.Yang ni pun best jugak. Siap ratah-ratah ikan tu...
Lala masak tumis air
Kerang rebus dicicah dengan sambal kicap.
Sedapnya makan...berebut-rebut lagi tu.

Selasa, 28 Jun 2011

Menu makan malam yang simple.

Hmm...apalah menu yang simple tu? Alkisahnya suami masak nasi lebih tengahari tadi, so bila nasi sejuk banyak apalagi yang paling best dimasak?? Nasi gorengla...

Nasi goreng ni tak de resepi khusus, cuma main campak apa-apa yang ada dalam esbok (huh...esbok??? sekadar meminjam bahasa-bahasa yang digunakan blogger2 yang lain). 

Aiman paling bila saya buat nasi goreng, nak-nak nasi goreng yang menepati selera dia (nasi + telur + kicap).


Nasi untuk Aiman ni saya goreng dengan sebiji telur berserta sos cili dan kicap. Itu aje... Tak masuk sayur-sayuran sebab dia tak suka. Kalau masuk pun mesti dia buang punya. 


Untuk en. suami pula nasi goreng kampung dengan ikan bilis goreng. Perhatikan cili padi hiris tu. Itulah pembuka seleranya... Berapi...

Alhamdulillah, walaupun hidangan nasi goreng yang simple, suami dan anak-anak makan dengan penuh berselera sekali.. 

'Alhamdulillahillazi ath'amana wa saqana waja'alana minal muslimin...'

Isnin, 27 Jun 2011

Kerepek pisang Nangka


Malam-malam ni rajin la pulak nak buat kerepek pisang nangka. 

Bukannya apa, balik kampung baru-baru ni SIL siap kirim pisang nangka sesikat. Hijau dan keras lagi tu... Mulalah dalam kepala terbayang-bayang kerepek pisang.

Sebenarnya, saya tak pernah buat kerepek pisang ni. Selalu makan yang orang bagi ataupun yang dibeli. So, y not kali ni cuba buat sendiri. Bahan pun dah ada..

Elok-elok habis siat kulit pisang tu baru lah sedar yang penyagat saya berada dalam situasi yang tidak memungkinkan terjadinya kerepek pisang. Try jugak sagat, tapi habis semua...hancusss.

Abih punya fikir, hmmm... hiris jelah dengan pisau. Tu yang kalau tengok gambar kerepek tu sikit punya tebal postur dia. He he...

Senang je rupanya nak buat kerepek pisang ni. Cuma kena tambah rajin sikit jer... Bagi yang terlebih rajin bolehla perisakan kerepek tu dengan perisa lada hitam, barbeque, disira manis @ pedas. Mesti lagi sedap...

Saya??? He he  original jer...

Ahad, 26 Jun 2011

Kechorr...



Kechor...Hmm...pernah dengar tak bendalah ni??? Saya pun macam tu lah ketika pertama kali dengar suami sebut masak kechor. Tapi bila dah tengok rupanya, rasa tau kot. Kot tempat saya orang panggil siput pait, tempat anda pula macam mana?.

Begitulah selalunya. Seringkali berlaku krisis bahasa antara kami berdua. Sama-sama Melayu, dua-dua orang Kedah pulak tu , tapi kekadang bercakap macam itik dengan ayam. Tok paham bang weih gapo mu dok ghoyat tu. He he.. tu dulu la, masa memula kahwin. Kalau sekarang saya speaking Gulau berair la...hmmm terpengaruh.

Ha...dah melalut pasal bahasa pulak. Ok, berbalik kepada kechorr a.k.a siput pait tadi, ianya lauk feveret suami(tapi saya tak pandai masak benda ni ). Masa arwah emak mentua masih ada, bila kami balik kampung selalu dia masak kechor ni. 

Tengok cara dia masak bukanlah susah sangat, just letak dalam periuk, masukkan serai lengkuas, halia dan hirisan bawang dan cili api. Bubuh santan dan asam keping. Reneh sampai masak. See, simple je kan. Tapi suami saya akan makan sampai menjilat jari. :-)

Balik kampung  kelmarin, kakak ipar buat kechor masak lemak ni. Berselera tengok suami makan (sbb dia memang suka & dan mesti terkenangkan arwah mak juga). Saya cuba juga nak makan, tapi susah la sbb saya tak pandai nak sedut. ( suami siap kondem, Aiman lagi pandai sedut, katanya). 

Heh...susah-susah sangat tak payah la. Banyak lagi lauk lain yang boleh di makan.

Sup Tulang ala-ala siam.

Jumaat lepas, saya masak sup tulang kat Gulau (kg. suami). Sebenarnya minta suami belikan daging sbb saya rasa macam nak masak kerutub dengan rempah yang saya beli kat Kelantan hari tu ( he he dah berbulan beli...) Tapi suami beli tulang... hmmm tulang tak best kot masak kerutub. So, saya decide untuk buat sup.

Sebenarnya, saya lemah betul kalau nak masak-masak kat kampung suami ni. Bukannya apa, sebab rempah-ratusnya tak mencukupi. (selalunya kalau saya merancang nak masak apa-apa kat kg saya akan beli bahan-bahannya siap-siap, jadi tak la bila nak memasak nanti itu x da, ini x cukup). 

Tapi tak apa, berpegang pada prinsip kita yang buat dia..(sup) saya redah aje la. Dan saya pilih untuk memasak sup siam ( biasa sup Melayu aje...)

Kosong aje sup ni sebab x da bahan-bahan tabur. Tapi rasa dia best...

Sambal kicap sebagai penambah rasa
Tulang tu saya renehkan bersama-sama serai, lengkuas dan halia dan bawang bombay yang dihiris nipis-nipis. Masukkan juga bahan-bahan menumis (kulit kayu manis, bunga lawang, biji pelaga , bunga cengkih) serta sup bunjut ADABI (promot sket). Renehkan lagi. Perisakan dengan garam secukup rasa. Last sekali, goreng bawang putih yang telah dicincang halus hingga kekuningan. Tuangkan bersama-sama minyak kedalam periuk sup. Hmmm... siap. 

Masa nak makan tu masukkan cili api yang telah dipecah-pecahkan. Tabur daun sup dan daun bawang ( x ada, jadi saya tak letak) Perahkan  juga limau nipis. Saya sediakan juga sambal kicap untuk dicecah bersama-sama daging.

Kalau ikut cara arwah emak mentua saya daging cuma direbus bersama halia, serai dan lengkuas kemudian dicecah dengan air lawar ( betul ke spelling ni?? bunyi lebih kurang macam tu lah. Jangan tanya macam mana nak buat sebab saya tak sempat nak berguru dengan arwah. Tp rasanya memang sedap :P)

Daging goreng kicap bersama kentang.
Sayur goreng campur.
Selain sup tulang, saya juga buat daging goreng kicap serta sayur campur. Cukuplah untuk hidangan tengahari ( tengahari??? ekceli pukul 3 petang baru makan) Jumaat tu.  Suami puji sup yang sedikit berbeza rasanya tu, siap hirup-hirup lagi tu...

Selasa, 21 Jun 2011

Mencari-cari

Saya sedang mencari-cari satu lagi peralatan penting untuk melengkapkan koleksi peralatan memasak saya. Apa benda tu?? Saya nak cari mixer.  

Masa blogwalking kat blog-blog masakan, ramai yang menyebut/mencadangkan  jenama Kenwood dan juga Kitchen Aid. Heh..heh..rakyat marhen macam saya (yang setakat shopping kat Yawata, Aneka jauh sikit pun mungkin ke Giant atau Tesco) mana lah pernah tengok secara live bendalah tu.

So, apalagi...minta ehsan daripada pak cik gugel jelah jawabnya. Mujur ada... Makasih ye pak cik gugel. Tumpang copy gambar...



Kat atas ni brand Kitchen Aid. Memang cantik, menarik, tertarik...da bomb.Saya suka tengok...ada style he he. macam yang chef-chef dok guna dalam rancangan masakan kat tv tu..  Saya perhatikan mixer jenama KA ni penuh dengan gaya elegan. Nampak mewah. Dan ia hadir dalam bentuk multicolour. So, kita boleh pilih warna yang kita berkenan. Kalaula ada satu kat dapur saya, fuhh...mesti semangat saya nak mencuba pelbagai resepi semakin berkobar-kobar.

Yang kat bawah ni pula jenama Kenwood.


Kalau tengok mixer brand KW ni lebih kepada ciri-ciri futuristik. Tidak banyak pilihan dari segi warna  kalau ikut gambar-gambar yang pak cik gugel kasik pinjamlah.  Pilihan warna yang ada putih, kelabu dan silver. Tapi produk memang mantop dan tip top.

Dari segi luaran saya lebih suka KA, sebab nampak comel gitu...he he. Tapi dari segi kualiti, kecekapan, saya tak pasti yang mana lebih baik. (sebab saya x penah guna :P)

Wah...dah melalut-lalut la pulak saya ni... Komen bagai...itu, ini macam tau sangat. Apapun semuanya pandangan perbadi saya saja ye.... 

Dapat ke tidak jenama mixer di atas hanya masa yang akan menentukan. Kena tengok kemampuan sendiri ye. Sebenarnya minta suami belikan, jadi terpulang kepada dialah mana yang nak dipilih. Harga mixer KA dan KW ni pun boleh tahan, dekat setengah bulan gaji tu... 

Kalu beli untuk tujuan lain, bisnes katakan, memang berbaloi sebab pulangannya tentulah lumayan. Kalau setakat nak guna sekali-sekala macam saya ni boleh riki jenama-jenama lain kot.

Mungkin jenama yang dibawah ni sesuai untuk  main masak-masak di dapur kecil saya tu...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Mixer daripada Panasonic dan Pensonic ni rasanya memang mampu milik. Dari segi harga sangat berpatutan dengan kualiti yang sesuai untuk kegunaan isi rumah. Hmmm...apa-apa hal pun tengok ajelah nanti mana yang menjadi pilihan. :)

Isnin, 20 Jun 2011

Berbuka Dengan Cheese Naan


Alhamdulillah, selesai lagi satu hari berpuasa. Biasalah kaum-kaum ibu, last-last miniti macam ni baru la kalut nak menggantikan puasa. Masa hutang dulu sikit punya seronok. Tapi bila nak bayar balik...huh puaih, baru nak habis. 

Ingat yer, adik kakak, mak cik-mak cik, ganti puasa tu WAJIB. Dan kalau boleh biarlah disegerakan mengganti puasa yang tertinggal tu. Tak la sampai jadi marathon macam saya ni...:-)he he. Esok InsyaAllah puasa lagi...dan lagi...dan lagi...

Juadah berbuka saya hari ni simple saja,  Cheese Naan dengan kuah kari daging. Resepi?? Heh heh, yang tu kena tanya ngan mamak kat kedai sana. Mulanya hajat di hati nak masak ringkas-ringkas untuk berbuka, tapi tak menjadi. Solusinya, saya call suami minta dia belikan Cheese Naan ni untuk berbuka, merangkap makan malam kami sekeluarga.

Sedap...sedap,sedap,sedap. Memang sedap. Sesiapa yang nak cuba bolehla pegi makan kat kedai Art Nasi Lemak, Taman Mahsuri.

Ahad, 19 Jun 2011

Mee Udang...Home Made Special

Nak share resepi mee udang yang saya buat sempena acara makan-makan kat rumah saya semalam. So, untuk mak ngah yang minta resepi tu, sila cuba yer selepas ini.

Resepi ni sebenarnya saya ambil daripada K.Shidah (rakan sekerja saya ) tapi dalam versi menderhaka sikit (sebab saya tak ikut step by step yang k. shidah ajar) heh heh ampun yer kak. Apa-apa hal pun, memang sedap resepi yang akak bagi tu. Syukran...

Rasa dah superb tapi minta maaf sebab saya fail tang presentation nya...
Untuk resepi nya :

Mee kuning
-dicelur dalam air mendidih

Bahan-bahan kuah
1 kg tulang
1/2 kg daging
1 kg udang
1/ kg kentang
1/2 kg ubi keledek (kalau boleh keledek kuning)
batang saleri
bawang bombay
1/2 cawan cili kisar
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
rempah menumis (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)

-tulang dan daging direbus bersama-sama bawang bombay dan batang saleri sampai . keluarkan daging supaya tak hancur
-kentang dan keledek direbus sehingga empuk. Blend dan dimasukkan kedalan air rebusan daging tadi
-udang direbus seketika, keluarkan udang dan airnya dimasukkan kedalam periuk rebusan daging
-sediakan kuali berasingan, tumis rempah, cili kisar, sos tomato dan sos cili sehingga garing, masukkan kedalam air rebusan daging ( boleh juga dimasukkan saja ke dalam air rebusan daging. tapi pastikan direneh sampai hilang bau cilinya)
-teruskan mereneh sehingga kuh pekat
-perisakan dengan garam dan gula

Untuk hiasan
Tauhu - digoreng dan dipotong kecil
Telur direbus
Daging dihiris nipis
Udang
Cili Merah
Daun Bawang
Bawang Goreng dan lain-lain benda yang difikirkan sesuai

Harap penerangan saya ni memuaskan hati orang yang bertanya. Cubalah....

Sabtu, 18 Jun 2011

Serawa Durian

Nak menayang sikit serawa durian yang saya buat baru-baru ni. Ekceli...ni projek malam Jumaat yang lepas. Baru sempat nak posting ari ni. 


Buat serawa durian ikut cara saya mudah aje, durian, santan, garam dan gula dimasak bersama sampai pekat. Kalau suka boleh masukkan juga sagu yang kecil-kecil tu. Hmmmm...memang sedap.

Kuah serawa durian ni boleh dimakan bersama-sama pulut, dicecah bersama-sama roti ataupun dihirup macam tu saja.. Memang terangkat...

Siapa-siapa yang ada lebihan buah durian kat rumah boleh try buat yer... :)

Jumaat, 17 Jun 2011

Sup fishball bersama cendawan.

Godek-godek peti ais jumpalah dengan saki baki ikan temenung 2,3 hari lepas. Nak goreng kureng rasanya  sedap sebab dah banyak hari. So saya decide nak buat sup fishball.

Nak buat fishball ni senang saja, kikis isi ikan, pastikan dibuang habis tulang-temulangnya supaya tak tercekik nanti. Blend @ tumbuk isi ikan tu dengan bawang merah dan lada hitam. Masukkan sedikit garam dan juga hirisan daun bawang. Bentukkan menjadi bulat dan bolehlah dimasukkan ke dalam kuah sup yang sedang mendidih.


Selain sup fishball, saya juga masakkan udang masam manis yang menjadi kegemaran sekeluarga. Masakan ni tak pedas, jadi anak-anak memang suka. Kadang-kadang lauk tu dibuat ratah je tanpa dimakan dengan nasi.

Selasa, 7 Jun 2011

Mee Udang Kuala Sepetang


On the way balik dari Selangor,kami singgah di Kuala Sepetang. Apalagi, nak pekena mee udang la. Kami makan di gerai Mak Jah. Sedap mee udang kat sini. Tapi saya rasa sedap lagi di gerai Mak Teh yang saya makan bersama-sama keluarga abang ipar saya tahun lepas. Apa-apa halpun,kita tengok gambar lah ye...Malas nak bercerita

Abah dan mak saya.


Ternganga Nuha...apa yang diherankan tu....


Nasi goreng ni Aiman  punya

Suka la Aiman, udang besar gedabak macam tu.

Saya punya...Mee Udang Biasa

Suami pilih Mee Udang Special


Tembikai laici...sedap...nak nak pula minum waktu panas. Sejuk anak tekak.

Kira ok la tempat ni. Glamer pun sebab dah dipromosi TV3. Bolehla bagi 3 bintang. Tapi memang puas dapat makan udang besar-besar tu. Lain kali boleh datang lagi.

Rabu, 1 Jun 2011

Gadjet 1

N3 saya hari ni berkisar tentang beberapa peralatan membaking yang saya beli beberapa minggu yang lalu. Sebenarnya dah lama nak menayang dalam blog ni, tapi tak sempat. Walaupun barang-barang tu biasa-biasa aja tapi bagi saya ianya amat bermakna. So, jangan gelakkan saya ye...kawan-kawan. Dan sekarang saya tengah berazam untuk mengumpul peralatan memasak sebanyak mungkin, dari yang sebesar-besar hinggalah yang sekecil-kecilnya.

Okay, let we see apo kobonda eeii yang hebat sangat sampai nak buat entry nih....Ha...cer tengok gambo-gambo kek bawah ni ha...

Punyalah semangat sampai 6 dozen acuan lompang ni saya beli. Tapi buatnya belum lagi....
Saya beli acuan kuih lompang ni dengan semangat yang menggebu untuk membuat Apam @ Blossom polkadot yang meriah warna-warninya dan sering mendapat tempat di dapur blogger-blogger masakan yang lain. Namun, ketidakcukupan masa membuatkan saya belum sempat untuk cuba membuatnya. Semoga acuan ini menjadi pemangkin semangat saya untuk menjadikan apam polkadot sebagai salah satu resepi di dapur saya.

Spatula dan jelly mould yang menjadi perhiasan didapur saya.
Spatula dan jelly mould ini pulak, sayabeli masa shopping kat Giant hari tu. Janganlah pulak nanti ada yang kata saya ni tah apa-apa tah. Benda-benda macam ni pun nak buat n3. Tapi bagi saya, memiliki peralatan-peratan memasak ni membuatkan semangat saya semakin berkobar-kobar untuk menghabiskan masa di dapur saya nanti. Cuma saya mohon Allah memberikan ruang waktu kepada saya untuk menyediakan sendiri santapan buat keluarga saya.

Oh ya...orang tua-tua kata hasil tangan isteri/ibu adalah pengikat kasih-sayang suami/anak-anak. tak percaya ?? Cubalah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini