Sudi-Sudi Ikut Saya...

Khamis, 29 September 2011

AYAM MASAK KICAP

Balik keje, jenguk esbok, nampaklah saki baki ayam dalam suku ekor.
Hmmm...buat masak kicap aje lah... 
Simple dan mudah. Nak masak pun cepat.




AYAM MASAK KICAP by Shikin

Bahan-bahannya
4 - 5 ketul ayam (potong kecil-kecil)
2 biji kentang - potong baji
2 ulas bawang putih - dimayang
3 ulas bawang merah - dimayang
1/2 inci halia - dimayang
1 labu bawang besar -  potong 6 @ 8 
1 biji cili merah - dipotong serong (tambah cili padi kalau nak pedas)
rempah menumis 4 sekawan - secukupnya
2 sudu makan sos cili
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap manis
1 batang lobak merah - potong ikut kesukaan masing-masing
Gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara membuatnya
  1. Ayam dan kentang digaul dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali yang berasingan.
  3. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah 4 sekawan sehingga naik bau.
  4. Masukkan sos dan kicap. Kacau sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan lobak merah dan cili merah.
  6. Masukkan ayam dengan kentang yang telah di goreng tadi. Gaul sebati.
  7. Rasa garam dan gula.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

Kentang Spring

Buat sekali lagi kentang spring 2 hari lepas. Dapatlah dalam 8 cucuk lidi satay. Tu pun berebut anak-anak makan. Suami pun suka. Lebih puas daripada makan yang dibeli kat pasar-pasar malam tu. 

Kentang tu sebelum digoreng, saya salut dengan bancuhan tepung beras, dan sedikit serbuk kari dan garam. Tuang sos ngan mayonis, makan pulak masa panas-panas...Fuhh...memang best.


Rabu, 21 September 2011

Bihun Tomyam Simple

Hidangan ekspress untuk berbuka puasa semalam. 

Balik dari keje, intai dalam esbok ada ke tidak barang-barang yang saya pesan suami belikan pagi tadi. hajat hati nak masak bihun tomyam untuk berbuka petang ni. Alhamdulillah, semua barang ada, so mula memasaklah...

Masak tomyam paling senang sebab main campak-campak jer. Ringkas tapi rasanya memang berbaloi... Lama tak masak tomyam kat rumah ni, sesekali buat siap menghirup-hirup lah anak-anak dan abah diorang. Ummi pun suka hirup tom yam ni.

Jom kita tengok resepi tom yam simple ni...




BIHUN TOMYAM SIMPLE
by Shikin @Dari Dapur Ummi

Bahan-Bahannya

Bihun secukupnya - celur dalam air panas sehingga lembut

Kuah Tom Yam
1/2 kg udang (boleh juga guna ayam,sotong atatu apa-apa bahan yang disukai)
3 batang serai - dititik
1 labu bawang besar dipotong baji
5 biji cili padi - dititik
2 helai daun limau purut - buang tangkainya
karot*
bunga kubis*
baby corn*
tomato* (potong mengikut kesesuaian)
paste tomyam secukupnya
garam secukup rasa
Air putih secukupnya
Air perahan limau nipis - secukup rasa

Cara Membuatnya
  1. Masukkan air, serai, cili padi, bawang besar dan paste tomyam ke dalam periuk. Reneh sehingga mendidih.
  2. Masukkan sayur-sayuran yang keras dahulu. Reneh lagi
  3. Masukkan udang, tomato, daun limau purut dan garam
  4. Akhir sekali masukkan air limau nipis.
  5. Rasa masam dan masinnya. Tutup api.
  6. Sedia untuk dihidangkan. (Boleh dimakan bersama nasi, bihun, mee atau apa sahaja uyang disukai)

Isnin, 5 September 2011

Triffle

Triffle a.k.a Puding Triple Layer kalau menurut penyumbang resepi ni ( isteri En. Irwan daripada unit Biologi). Ini kali kedua saya buat puding triffle menggunakan resepi beliau.

Hasilnya...sangat mengujakan.


Puding Triple Layer (Triffle)

Bahan-bahannya
2 gulung swissroll/ kek coklat/ kek buah
1 tin fruit coktail
1 tin susu cair
1 tin air
5 sudu makan tepung kastard
5 sudu makan gula
1 kotak Jelly Crystal berperisa Strawberry/Raspberry (masak ikut arahan dalam kotak)


Cara membuatnya
  1. Potong kek dan susun dalam bekas (kalau letak dalam bekas kaca jernih lagi cantik)
  2. Tapis buah-buahan. Jirus air buah atas kek.
  3. Campur kastard, gula, susu cair, air dalam periuk. Kacau di atas api yang kecil hingga masak dan berkilat. (saya tambahkan 1 sudu besar serbuk agar-agar) Biarkan beku.
  4. Tuangkan jelly yang telah dimasak diatas kastard. (lapik senduk atau sudu sebelum menuang ke atas kasrtad supaya adunan kastard tak pecah)
  5. Sejukkan dalam peti ais terlebih dahulu sebelum dimakan.

Ahad, 4 September 2011

Kentang Spring


Berjaya juga saya buat sendiri kentang spring macam yang selalu dijual dipasar-pasar malam tu. Lebih sedap dan puas hati lagi. Cuma saya guna perisa original lah sebab dirumah tak de pulak stok perisa bbq, keju atau kari bagai. Tapi bila dah dituang sos dan mayonis atas dia memang licin dikerjakan oleh mak bapak budak-budak berdua tu.

Ni lah rupa alat untuk menjadikan kentang tu berbentuk spring. Putar aja...


Lepas ni bila anak-anak nak makan kentang spring, buat ajalah sendiri. Tak payah beli lagi. Khasiat dan kebersihannya pun terjamin.

Jom pakat buat kentang spring :)

Sabtu, 3 September 2011

Serunding Ayam

Tengok isi ayam lebihan soto yang berlambak-lambak dalam peti ais, kepala mula tercongak-congak, apa yang nak dibuat dengan isi ayam yang banyak tu. 

Ha...serunding lah. Itu jer yang nampaknya sangat sesuai dengan fizikal ayam yang dah disiat-siat tu. Truly, saya memang tak pernah buat serunding. kalau rendang tu biasalah jugak. Telefon tanya mak, biasalah resepi orang tua-tua. Main agak-agak aja. Haish...tak leh jadi ni

Nak juga buat serunding ayam tuh. So, penyelesaiannya apa lagi...gugel aja lah... Dan inilah resepi yang paling atas sekali keluar bila saya tekan search. Belek-belek bahan-bahannya tak lah susah sangat. 

Inilah resepi yang menjadi pilihan saya.



Serunding Ayam
Sumber : Kak Erra @ Myresepi

Bahan-bahannya
1kg isi ayam (1 ekor ayam - ambik isi)
1/2 kilo santan
3 genggam ketumbar (rempah biji)
3 genggam jintan kasar (jintan putih)
2cm halia
5 senduk cili kisar (tambah jika nak lebih pedas)
1/2 kg bawang besar
10 ulas bawang putih
2 senduk gula
1 peket kerisik (Rm 2.00)
Secawan air asam jawa
Minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya
  1. Rebus isi ayam sampai empuk. (siat halus)
  2. Blend bawang merah, bawang putih dan halia - ready untuk ditumis
  3. Jintan dan ketumbar disangai (goreng tanpa minyak). Seterusnya diblend sedikit kasar.
  4. Tumiskan bawang bersama cili kisar, biar garing sebentar.
  5. Masukkan pula jintan dan ketumbar yang telah diblend.
  6. Masukkan santan.
  7. Kacau sebati dan masukkan isi ayam tadi, garam, gula dan juga kerisik.
  8. Masukkan air asam jawa.
  9. Goreng dengan api kecil selama lebih kurang 3 - 4 jam, sampai garing.

Soto Raya

Masak soto untuk acara makan-makan saya adik beradik pada hari raya ke empat. First time buat soto. Itu pun menggunakan rempah ready made yang dibuat oleh ayah kepada ex-student matrik beberapa batch lepas.

Rasanya not bad, cuma kalau nak buat lagi nanti bolehlah dilakukan sedikit penambahbaikan. 

Oleh kerana rempah soto dah ada, saya cuma menyediakan bahan-bahan sampingan sahajalah. 

Jom kita tengok resepi soto saya ni.




Soto Raya
by Shikin @ Dari Dapur Ummi
Bahan-Bahannya

Bahan Utama
Bihun - celur dalam air panas, toskan
Nasi himpit - rebus, biarkan sejuk dan potong kecil-kecil

Bahan Kuah
Ayam secukupnya (rebus dan carik halus-halus, ketepikan)
Rempah soto
Serai - dititik
Sup Bunjut
Garam dan gula secukup rasa
- Ayam direbus sehingga empuk. Angkat dan toskan.
- Air bekas rebusan ayam dipanaskan. Masukkan rempah soto, serai dan sup bunjut.
- Renehkan.
- Rasa garam dan gula
- Tuang ke atas bihun atau nasi himpit yang telah diletakkan bahan-bahan sampinga.

Bahan Cili Kicap
Cili Padi 
Gula
Bawang Putih
Kicap
- Blend kesemua bahan sehingga halus.

Bahan Sampingan
Isi ayam - dicarik halus
Bawang Goreng
Daun bawang dan daun sup - dihiris
Taugeh
Suhun - goreng dan toskan
Kacang Tanah - goreng dan toskan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini