Sudi-Sudi Ikut Saya...

Ahad, 30 Oktober 2011

Puding Keju


Dah lama resepi puding ni duk dalam waiting list. Memang rasa berkenan sangat nak buat. Cuma, itu lah...masa... Selalu tak mengizinkan. 

Tapi kali ni saya nekad...saya mesti laksanakan misi yang tertangguh ini. Kesian kat biskut cheese yang terperuk dalam kabinet tu. Dah berkurun saya beli, sebelum puasa lagi rasanya. (mak aihh... sakan sungguh. Punyalah tak dak masa ???)

Jadi hari Khamis baru-baru ni, siaplah puding keju yang tak lah susah sangat nak membuatnya. Tu pun setelah puas menepis rengekan dan raungan Nuha yang asyik bergantung di hujung kaki.

Inilah hasilnya...dan juga resepi (diubah suai sikit ikut kesesuaian bahan yang ada di dapur saya). Rasanya???...dah tentulah sedap. Sangat sedap...

Thanks untuk owner asal resepi, saya tumpang lekat kat sini pulak yerr...


PUDING KEJU by Shikin
resipi : AlongRoz

Saiz 8" persegi
BAHAN2:
13g Serbuk Agar-Agar (saya guna serbuk agar-agar peket 10gm)
1 liter Air (guna 800ml air sahaja)
120g Gula (saya kurangkan kepada 100gm)
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat ( saya letak lebih kurang 150gm)
50g Mentega

CARA2:
  1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur.Kacau selalu.
  2. Masukkan gula & kacau sehingga sebati.
  3. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.Masukkan susu & kacau sebati.
  4. Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
  5. Masukkan mentega, kacau sehingga sebati.
  6. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
  7. Sejukkan sebelum di hidangkan.

* Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard.. K.Nor blend semua sekali dlm blender.
Bila dah tuang ke dlm adunan agar, adunan akan jd pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih. Pastu padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sket), baru lah dituang dlm mould (kacau dulu hingga sebati sebelum menuang)

Khamis, 20 Oktober 2011

Fluffy Chocolate Banana Muffin

Muffin yang saya buat untuk acara makan-makan kat tempat kerja dan juga untuk menghabiskan 2,3 biji pisang berangan yang masak meranum atas kabinet dapur tu.

Resepi muffin jumpa masa selongkar-selongkar dalam tenet.Tengahari dapat resepi, malam terus cuba. Macam excited pulak.

Ekceli, saya tak pernah buat muffin bagai ni. Nak -nak yang kena letak dalam cup kecik-kecik cenggini. Tapi atas semangat Malaysia Boleh Akupun Boleh Apa saya usahakan juga.

Resultnya...Alhamdulillah. Menjadilah bagi saya yang tak pakar dalam bab memuffin ni. Nak tau betul-betul jadi ke tidak kenalah tanya pakar. 

Setakat untuk santapan saya dan keluarga...ok dah ni. Anak-anak pun berebut-rebut nak makan. Lepas satu...satu. "Sedapnya ummi", riuh mulut berbunyi. He he...ummi pun seronok nak memasak.

Resepi ni saya dapat daripada blog Izzah muffin lover. So, saya kongsikan di sini pulak yer...


 
Fluffy Chocolate Banana Muffin by Shikin

Bahan-bahanya

200gram tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
80gram mentega
80gram gula
50ml susu segar
70gram pisang yang dilecek+secubit garam*saya letak 100gm
40gram serbuk koko
2 biji telur 
beberapa titik esen vanila

Saya tabur chocolate chips
*sedikit badam cincang sebagai topping*
* papercup secukupnye*





Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, kemudian pukul mentega dan gula hingga kembang, selepas itu masukan telur satu persatu, dan pukul lagi. ( masa ni guna mixer ye)- saya guna blender sbb tak der mixer
2. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula pisang, esen vanila, kacau sebati. jangan over mix, takut adunan tercair nanti.
3. Sudukan adunan di dalam acuan muffin , pastikan adunan di isi 3/4 acuan untuk mendapatkan muffin yang naik mengunung, akhir sekali taburkan dengan badam cincang, bakar pada suhu 180darjah selama 20 minit ke 22 minit, sejukkan atas redai dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.



Rabu, 19 Oktober 2011

Ikan Goreng Celup Tepung

Feveret suami dan anak-anak ni. Kadang-kadang tak sempat jadi lauk dan diratah anak-anak. 

Kalau guna ikan yang kecil saiznya lagi best. Boleh goreng garing-garing. Bila makan...crunchy jer...


Ikan Goreng Celup Tepung

Bahan-Bahannya
Ikan Kembung/Temenung ( jenis dan jumlahnya terpulang kepada citarasa masing-masing)
1 cawan tepung Serbaguna
2 sudu besar mentega
Air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng (deep fryer)

Cara-Cara
  1. Bersihkan ikan. Tos dan ketepikan.
  2. Masukkan tepung dan mentega kedalam bekas. 
  3. Tuang air sedikit demi sedikit. 
  4. Bancuh adunan seperti kita nak buat goreng pisang. Adunan jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Yang sedang-sedang saja ya...
  5. Rasa masin secukupnya.
  6. Panaskan minyak.
  7. Celup ikan ke dalam adunan tepung. 
  8. Goreng sampai masak. (semasa menggoreng ikan bolehlah dilurutkan daun kari ke dalam minyak gorengan untuk menambah bau masakan)

Selasa, 18 Oktober 2011

Puding Roti Karamel

Nak masukkan entry tentang puding roti karamel hari ni. Dah lama duk dalam waiting list, cuma nak buat tu yang tak rajin sempat. (Iye ker tak sempat??? He he ...  kadang-kadang tu saja buat-buat tak sempat...)

Resepi asal Puding Roti Karamel daripada Rosaliza tetapi saya copy daripada dapur K.Nor. Minta izin share ya...

Pertama kali buat puding roti karamel, kejadiannya bagi saya taklah begitu menarik. Macam tak jadi jerr kata hati kecil saya. Sebab apa saya kata macam tu?? Sebab nampak teksture pudingnya yang menggerutu dan tidak begitu halus mulus.

Karamel dia pun tak begitu menarik. Tak tau kenapa?? Kisahnya masa saya masak karamel ni, asal letak air jer karamelnya jadi berketul-ketul, macam gula-gula tarik pulak. Sampai 3 kali saya masak karamel tu. Last-last hentam ajelah mana yang ada. Hi hi...kena menuntut lagi ilmu buat karamel ni daripada orang yang lebih pakar.

Walaupun rupanya tak berapa menarik, tang rasanya tu bagi saya thumbs up lah... Memang sedap... Hmm...rasa sekali nak tambah lagi. Kalau makan yang dah disejukkan dalam peti ais lagi best. Sejuk dan nyaman ja rasa anak tekak.

He he...pot pet banyak sangat pulak ya... Ok jom tengok resepinya kat bawah ni....



RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : rosaliza@embunkasih
sumber : K.NorLina.pg & Hana

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)

 


Cara-cara
  1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. 
  4. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)

Isnin, 17 Oktober 2011

Kangkung Goreng Udang Bercili

Sesekali layan kangkung goreng dengan nasi putih panas-panas pun sedap jugakkan. Selalunya kalau masak kangkung saya lebih suka buat kangkung goreng belacan. Tapi kali ni saya cuma goreng dengan udang dan cili merah yang dihiris-hiris sahaja. Tak pedas sangat dan anak-anak pun boleh makan.


Kangkung Goreng Bercili
by Shikin

Bahan-bahan
1 ikat kangkung - dipotong ikut kesesuaian. Basuh bersih-bersih dan toskan.
100 gm udang kecil - buang kepala dan ekornya
1 ulas bawang putih - dimayang
2 ulas bawang merah - dimayang
1/2 labu bawang besar - dihiris
1 biji cili merah - dihiris memanjang
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis


Cara-Cara
  1. Panaskan minyak
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan bawang besar sehingga layu.
  3. Masukkan udang, kacau seketika.
  4. Masukkan cili merah yang dihiris. Masukkan kangkung yang telah dibersihkan. Kacau sehingga kangkung masak.
  5. Perisakan dengan garam. (Jika suka boleh tambah sos tiram) Padamkan api.
  6. Sedia untuk dihidang

Sambal Hitam Pahang

Sambal Hitam Pahang ni sesuai dimakan bersama nasi putih panas-panas dan ulam-ulaman. Memang best. Biasanya kalau buat sambal macam ni makan nasik tu selalu over limitlah. Berselera sungguh


Sambal Hitam Pahang 
by Shikin
Sumber : Majalah Rasa

Bahan-bahan
20 biji cili padi
10 biji belimbing buluh - rebus seketika dan toskan
100 gm ikan bilis
1 labu bawang besar - dimayang
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis


Cara-cara membuatnya
  1. Tumbuk cili padi, belimbing buluh dan ikan bilis sehingga lumat.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar sehingga layu.
  3. Perasakan dengan garam
  4. Sedia untuk dihidang
  5. Masukkan  bahan-bahan yang telah ditumbuk lumat. Masak sehingga pecah minyak.

Ahad, 16 Oktober 2011

Masak Lemak Retak Seribu

Ha ha... Apa anda bayangkan bila baca tajuk entry di atas?? Jangan imagine yang bukan-bukan kerana resepi yang akan saya kongsikan hari ni adalah resepi biasa-biasa saja.

Anda pernah dengar nama siput retak seribu? Dia macam lala tapi lala tu spesis yang kecil sikit. Sedangkan retak seribu ni saiznya lebih besar dan kulitnya ada corak-corak macam pinggan retak . Sebab tu ia dipanggil siput retak seribu.

Retak seribu ni sedap kalau dibuat masak lemak, sweet sour ataupun goreng bersos pedas. Biasanya saya masak sweet sour, tapi untuk kali ni teringin pulak nak buat masak lemak. Bahan-bahan yang digunakan taklah banyak sangat dan cara membuatnya pun simple saja. Rasanya...hmm...tentulah sedap dan saya suka ratah-ratah saja kalau masak retak seribu ni.

Ok, jom tengok resepi kat bawah.


Masak Lemak Retak Seribu
by Shikin

Bahan-bahan
1 kg Siput Retak Seribu
2 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
1/2 labu bawang besar*
1 inci halia* (bahan-bahan bertanda * dimayang halus)
5 biji cili padi - belah dua
1 biji cili merah - potong memanjang
2 batang serai - dititik
1 sudu besar serbuk kunyit 
2 helai daun kunyit - disimpul kemas
4 cawan santan - diambil daripada 1/2 biji kelapa
Garam secukup rasa


Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan kecuali retak seribu  kedalam periuk. Reneh dengan api perlahan sehingga mendidih. Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak.
  2. Apabila mendidih masukkan retak seribu yang telah dibersihkan. Renehkan lagi sehingga kulitnya terbuka dan isinya masak.
  3. Perisakan dengan garam secukupnya (jangan terlalu banyak kerana retak seribu selalunya mengeluarkan rasa masinnya yang tersendiri)
  4. Sedia untuk dihidangkan
P/s : Sebelum dimasak rendam dulu siput retak seribu di dalam air. Biar seketika sehingga ia mengeluarkan pasir-pasir yang ada di dalam cengkerangnya. Basuh bersih-bersih dan toskan. Selepas itu bolehlah dimasak seperti biasa.

Khamis, 13 Oktober 2011

Apam Pisang

Menghabiskan saki baki pisang awak yang ada kat dapur. Mulanya nak buat lengat pisang aja. 

Tapi masa duk selak-selak majalah rasa terpandanglah pulak resepi apam pisang. Tengok bahan-bahan yang digunakan ada kat dapur. 

Cuma tang pisangnya tu, dia tak sebut la pulak pisang apa. Pisang awak boleh kerr??? Boleh la kot yerr??

Inilah hasilnya



Untuk resepinya pula

APAM PISANG
by Shikin
sumber : Majalah Rasa

Bahan-bahannya
500 gm pisang - dilenyek
4 biji telur
240 gm gula - (Bagi yang tidak gemarkan manis, boleh dikurangkan ke 200 - 220gm gula)
240 gm tepung gandum
2 sudu teh soda bikabonat
1 sudu teh esen vanilla
250ml minyak masak - saya guna minyak jagung

Cara-caranya
  1. Ayak tepung gandum dan soda bikarbonat bersama. Ketepikan.
  2. Pukul gula dan telur sampai kembang. Masukkan tepung. Kacau.
  3. Masukkan minyak. kacau lagi.
  4. Masukkan pisang dan esen vanilla. Kacau lagi.
  5. Kalau suka boleh bahagikan dua adunan. 1 bahagian dicampur dengan 1 sudu besar serbuk koko.
  6. Tuang adunan secara berselang seli didalam acuan.
  7. Kukus selama 45 minit sehingga 1 jam atau sehingga apam masak.
  8. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidang

Jem Rosselle

Dalam entry sebelum ni saya ada menulis tentang jus rosselle. Sebenarnya selain dibuat jus, rosselle tersebut juga boleh dibuat jem. Caranya pun mudah saja.

Selepas rosselle direbus, tapis dan ambil patinya. Kemudian masukkan semula kelopak-kelopak rosselle yang ditapis kedalam periuk, tambahkan sedikit air dan juga gula. Renehlah sampai gula dan kelopak rosselle hancur dan pekat seperti jem yang selalu kita beli dikedai. Mudahkan...

Jem Rosselle yang dah siap dimasak
Inilah rupa bunga rosselle tu...

Jus Rosselle

Rosselle ni pemberian daripada mak pengasuh Nuha. Cuba tengok warnanya, merah. Cantik jer warnanya bila direbus untuk dijadikan jus.



Bila rebus dapat lebih kurang 1 liter pati rosselle. Ori lagi tu. Tak pakai pengawet atau pewarna.

Nak minum, tuangkan pati secukupnya, tambah aja dengan air gula dan ketulan ais. Rasanya masam-masam manis. MasyaAllah...sedapnya.

Jus Rosselle
by Shikin

Bahan-bahan
Roselle - koyak-koyakkan kelopak rosselle, buang bijinya. Masukkan kedalam periuk dan rebus sehingga keluar patinya yang berwarna kemerah-merahan
Air
Gula
Ketulan Ais







Cara-cara
  1. Tuangkan pati rosselle dan air gula kedalam gelas.
  2. Masukkan air secukupnya
  3. Tambah dengan ketulan ais.
  4. Sedia untuk diminum

Kari Kepala Ikan Ummi

Menu request daripada en.suami. Dah lama katanya tak pekena kari kepala ikan ni yang memang menjadi feveret dish dia. Kalau jumpa kari kepala ikan ni memang bertambah-tambahlah dia makan. 

Biasanya suami beli kepala ikan merah yang menjadi kegemarannya. Tapi sebab tak der stok kat pasar, dia beli kepala ikan jenahak yang juga sesuai dibuat kari. 

Saya buat kuahnya pekat sebab suami suka kari style macam ni. Tambahkan bendi yang dipetik depan rumah dan juga tomato. Ikan jenahak ni manis isinya. Fuhh...bila makan tak sempat toleh kiri kanan. Anak-anak pun suka bila sesekali ummi layan kari kepala ikan macam ni.

Resepi kari kepala ikan ni simple saja. Resepi yang selalu saya guna bila buat kari, hasil tunjuk ajar emak saya yang tersayang sejak saya mula memasak. Dan resepi ni cukup memikat selera suami saya (sebab bila saya masak kari dia makan dengan berselera sekali sambil memuji).

Salin yer resepinya...


Kari Kepala Ikan Ummi

Bahan-bahannya
Kepala ikan ( ikut jenis dan jumlah yang dikehendaki) -  kali ni saya guna 1/2 kepala ikan jenahak sesuai dengan bilangan ahli keluarga saya yang tak ramai
2 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
1/2 labu bawang besar*(bahan bertanda * dimayang halus)
2 pelepah daun kari (bancuh dengan air asam)
1/2 cawan air asam jawa
2 bungkus kecil rempah kari ikan
1 sudu besar halba campur
4 cawan santan - diperah daripada 1/2 biji kelapa
Sedikit minyak untuk menumis
Bendi dan tomato
Garam secukup rasa


Cara-cara Memasak
  1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang dimayang berserta daun kari dan halba campur sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kari. Kacau sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan santa sedikit demi sedikit. Kacau perlahan supaya rempah sebati dengan santan.
  4. Apabila kuah mendidih masukkan ikan dan bendi. Reneh seketika.
  5. Masukkan tomato.
  6. Rasa garam dan asamnya. Matikan api. Sedia untuk dihidang.
p/s : Lebihan kuah kari jangan dibuang . Panaskan sampai pekat. Kuah kari yang dah pekat sedap dicicah dengan roti putih (my feveret)

Isnin, 10 Oktober 2011

Serawa Pisang

Saya masak serawa pisang ni malam tadi. Lepas maghrib, sambil-sambil melayan Deena dan Nuha godek-godek kejap Serawa Pisang ni kat dapur.

Pisang ni en. suami tanam kat depan rumah. Dah di agih-agih kan kepada jiran tetangga sorang sesikat. Ada lagi belen kat dapur dalam dua tiga sikat. 

Saya pula memang dah lama berhajat nak makan serawa pisang. Kena pula stok pisang ada kat rumah, jadi 'on' aje lah...

Resepi...guna resepi mak saya.


Serawa Pisang by Shikin

Bahan-bahan

10 biji pisang - sederhana masak(saya guna pisang awak)
1 cawan biji sagu (rebus sampai kembang dan toskan)
6 cawan santan (drpd sebiji kelapa)
3/4 cawan gula (boleh tambah atau kurangkan ikut kesesuaian)
secubit garam
daun pandan


Cara-cara

  1. Pisang dibuang kulit dan dipotong dua secara menyerong.
  2. Masukkan santan, pisang dan daun pandan kedalam periuk dan renehkan dengan api perlahan sehingga mendidih.
  3. Masukkan sagu, gula dan garam secukupnya. Renehkan lagi seketika.
  4. Sedia untuk dihidangkan. Serawa pisang ini sedap dimakan ketika panas mahupun sejuk.

Jumaat, 7 Oktober 2011

Puding Roti Lagi...

Rasa dah jatuh cinta dengan resepi puding roti ni. Bukannya apa, dah la resepinya simple, bahan-bahannya ada kot dalam dapur, rasanya pun sangat sedap. Hmmm...mabeles....

Kali ni sengaja beli roti untuk buat puding roti ni. Tak tunggu yang belen-belen atau yang dah nak expired. Fresh from kedai lagi tu... Bancuh 2 adunan sekaligus. Tu dia aiihh...

Puding roti ni lebih enak dimakan setelah disimpan di dalam peti sejuk. Bila ditelan tu, rasa nyaman jer anak tekak... Sedap. Memang ralit la kalau makan puding roti ni. Kalau buat 1 adunan cukup untuk saya anak beranak aje lah... Tak sempat nak bagi orang lain rasa.

Saya letak sekali lagi resepi puding roti tu kat sini. Untuk pemilik resepi puding yang sedap ni. Thanks for sharing...


Puding Roti
by Hanis My Resepi

Sumber : Shikin
 
Bahan-bahan ( 3-4 orang )
4 keping roti, disapu mentega - 
450ml susu segar - 
3 biji telur - untuk 2 adunan saya  guna 4 biji telur
25g gula
1 sudu besar tepung kastard
Chocolate Chips - yang ni saya tambah. Bila tabur atas puding roti tu nampak menarik sangat kejadiannya.


Cara-cara
  1. Potong roti sesuka hati dan susun di dalam loyang.
  2. Panaskan susu di atas api(jangan sampai mendidih).
  3. Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu yang telah dipanaskan.
  4. Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati.
  5. Tuang campuran atas susunan roti. Biarkan selama 15min supaya roti kembang. 
  6. Tabur chocolate chips ke atas adunan (jika ada)
  7. Bakar 20-30min pada suhu 180. Kemudian sejukkan.

Khamis, 6 Oktober 2011

Cucur Ikan

Menghabiskan saki baki ikan temenung a.k.a ikan kembung yang ada dalam peti ais. 

Inspirasi daripada cucur yang selalu dibawa oleh rakan sekerja. Makan pagi-pagi semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.

Biasanya saya buat cucur ikan bilis. Tapi cucur ikan kembung pun ok jugak... Sedap. Cicah pulak dengan sos yang sesuai. Hmmm...

Tak der resepi yang khusus untuk buat cucur ni. Boleh ejas ikut suka hati. Depend apa yang ada dalam dapur kita lah...

Ok, kita tengok apa bahan-bahan yang dimasukkan dalam cucur ni :


Cucur Ikan
by Shikin Inspired by Ta

Bahan-bahan
4-5 ekor ikan kembung (temenung)
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 sudu cili kisar
1/2 ulas bawang besar
1 batang cili hidup
Air sejuk secukupnya (air dalam peti sejuk)
Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya
  1. Ikan direbus sehingga masak. Asingkan isi dengan tulang. Ketepikan.
  2. Masukkan tepung di dalam mangkuk. Tuangkan air sejuk secukupnya. Kacau sebati.
  3. Pecahkan telur. Kacau lagi.
  4. Masukkan bahan-bahan lain seperti isi ikan, cili kisar, bawang dan cili merah. Pastikan bahan-bahan sebati dengan adunan tepung.
  5. Perisakan dengan garam dan gula.
  6. Goreng dalam minyak yang banyak. Apabila masak, angkat dan toskan minyak.
  7. Hidangkan bersama sos yang sesuai.
*kalau suka boleh masukkan daun sup dan daun bawang yang dihiris ke dalam adunan tepung.

Rabu, 5 Oktober 2011

Nasi Goreng Kampung Ummi Style

Nasi Goreng kampung untuk hidangan seisi keluarga petang kelmarin. My Style... Main campak jer apa yang ada. Tapi tak pedas sangat supaya Aiman dan Deena boleh makan.

Nasi Goreng Kampung


Bahan-bahan
Nasi Sejuk secukupnya
2 ulas bawang putih*
2 ulas bawang merah*
1/2 labu bawang besar ( *dimayang)
Sambal belacan secukupnya
1 sudu besar kicap cair (manis)
2 biji telur
Sayur (kangkung, sawi etc)
Segenggam ikan bilis - goreng garing dan ketepikan


Cara-cara
  1. Panaskan minyak, tuming bahan bertanda * hingga naik bau.
  2. Masukkan sambal belacan. Kacau sampai garing.
  3. Pecahkan telur, kacau seketika. Masukkan sayur.
  4. Masukkan nasi, kacau sebati sehingga nasi masak.
  5. Taburkan ikan bilis yang digoreng tadi.
  6. Rasa masin manisnya.
  7. Hidangkan bersama bahan-bahan lain yang sesuai.

Bingka Ubi

Buat lagi bingka ubi ni untuk kesekian kalinya. Yang dua kali sebelum ni failed. Keras la, kurang garing, tak cukup manis... Hmm...pendek kata serba tak kena jadinya.

Tapi tak per.. Berpegang kepada prinsip "Practise make perfect", saya buat lagi bengkang ubi tu. Never give up, kay...

Alhamdulillah yang ni menjadi lah juga. Boleh dimakan sampai habis dan tak perlu dibakulsampahkan. Masih menggunakan resepi yang saya buat sebelum ni. Tapi kali ni saya pastikan sukatannya betul.

Saya tempekkan sekali lagi resepi tu di sini untuk rujukan.


BENGKANG UBI
by Shikin

Bahan-bahan
  • 2kg Ubi Kayu - disagat/diperah air. Air perahan ubi dibiarkan seketika sehingga hening dan sagunya mendap. Buang air dan ambil sagu untuk di campur dengan adunan bengkan nanti.
  • 550ml santan (drpd sebiji kelapa)
  • 1/2cawan tepung gandum
  • 300gm gula
  • sedikit garam
  • pewarna kuning (optional)

Cara
  • campur kesemua bahan,gaul sebati
  • tuang adunan kedalam loyang
  • masukkan ke dalam oven
  • bakar selama 30-45 minit (sehingga masak)

Isnin, 3 Oktober 2011

IKAN RANGUP DGN SAMBAL BUNGA KANTAN

Dah lama saya simpan resepi ni. Hari ni baru sampai seru nak mencuba. 

Hmm..memang sedap. Lain daripada yang lain. Penggunaan bunga kantan dan serai dalam resepi ni memberikan kelainan kepada rasa sambal tu. 

Biasanya kalau saya buat sambal guna cili hidup campur bebawang sahaja.

InsyaAllah, resepi ini alan berada dalam list hidangan harian saya selepas ni.

Mohon share yer tuan punya resepi



IKAN RANGUP DGN SAMBAL BUNGA KANTAN
resipi : AlongRoz
sumber : K.Nor@SecubitGaram

BAHAN2:
1 ekor Ikan (+/- 1 kg berat) ~ k.nor guna ikan talapia (saya guna ikan rambai)
Tpg Jagung (saya guna tepung ubi)
Cili Padi* (Nak pedas bubuh banyak)
2 biji Cili Merah*
2 biji Cili Hijau*
1/2 biji Bwg Besar*
2 ulas Bwg Putih*
1 btg Serai*
1 btg Bunga Kantan* (* blender)
1 Tomato - potong2
1/2 biji Bwg Besar - hiris
1 biji Limau Kasturi
Garam

CARA2:
1. Kelar2 ikan seperti dlm gambar di atas (sila refer pd gambar di link AlongRoz)
Ratakan garam atas ikan.
Golekkan ikan atas tpg jagung & goreng dlm kuali yg tak melekat.
Lihat gambar di atas - jgn guna minyak terlampau banyak utk mendapatkan ikn yg rangup.
Jgn alihkan ikan sehingga betul2 rangup utk mengelakkan ikan pecah.
Alihkan ikan & masak bahagian yg sebelah lagi.
Hidangkan dlm pinggan.

2. Panaskan minyak & tumis bhn2 yg de blender.
Masukkan garam, bwg hiris & tomato.
Masak sebentar sehingga bwg layu.
Hidangkan sebelah ikan goreng tadi dgn hirisan limau.

Lala Tumis Air

Lauk yang biasa-biasa aje, tapi tetap nak letak entry gak dalam blog ni. 

Bukannya apa dalam duk kata resepi biasa-biasa ada juga yang tak berapa biasa nak masak lala ni. Jadi saya letakkan entry tentang lala kali ni. 

Next time adinda-adinda dan anak-anakku kalau nak masak lala, refer kat sini yea...


Lala Tumis Air 
by Shikin

Bahan-Bahan
1kg lala
2 ulas bawang putih - dimayang
3 ulas bawang merah - dimayang
1 labu bawang besar - dipotong bulat
2 batang serai - dititik
2 biji cili merah (guna cili padi coz cili merah tak de stok) - potong memanjang
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukupnya (jika perlu)

Cara-Cara
  1. Rendam lala dalam air lebih kurang 1/2 jam untuk mengeluarkan pasir. Basuh bersih dan tos. Ketepikan
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dimayang beserta serai sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili merah. Kacau seketika.
  4. Masukkan bawang besar. Kacau lagi.
  5. Masukkan lala. Kaup balikkan sehingga kulit lala terbuka. Tambah air jika inginkan lala berkuah.
  6. Masukkan garam (jika perlu). Lala selalunya akan mengeluarkan rasa masinnya yang tersendiri.
  7. Angkat dan hidangkan

Ahad, 2 Oktober 2011

Puding Roti


Dah lama duk bertangguh nak buat puding roti ni. Asal nak buat aje, stok roti habis. Time roti berlambak-lambak, masa tak berapa mengizinkan pulak.

Alhamdulillah, kelmarin dapat jugak saya menghasilkan puding roti yang sekian lama menjadi pujaan hati. Makan masa minum petang.

Sedap...sangat sedap. He he he...serius tau memang sedap. En. suami pun suka. Anak-anak pun berebut-rebut nak makan.

Lain kali boleh buat lagi...dan tambah adunannya (sebab kalau ikut adunan di bawah ni, sekali hadap aje...tak sempat bawa ke malam)

Resepi daripada Hanis ni saya ambil dalam My Resepi. Tapi macam biasalah, berlaku juga penderhakaan sebab saya ejas ikut kesesuaian bahan-bahan di dapur saya. Minta izin untuk share kat sini pulak yea...

Puding Roti
by Hanis My Resepi
Sumber : Shikin
 
Bahan-bahan ( 3-4 orang )
4 keping roti, disapu mentega - saya letak 8 keping roti
450ml susu segar - saya guna susu cair
3 biji telur - saya guna 4 biji telur
25g gula
1 sudu besar tepung kastard
Chocolate Chips - yang ni saya tambah. Bila tabur atas puding roti tu nampak menarik sangat kejadiannya.

Cara-cara
  1. Potong roti sesuka hati dan susun di dalam loyang.
  2. Panaskan susu di atas api(jangan sampai mendidih).
  3. Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu yang telah dipanaskan.
  4. Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati.
  5. Tuang campuran atas susunan roti. Biarkan selama 15min supaya roti kembang.
  6. Bakar 20-30min pada suhu 180. Kemudian sejukkan.
Sekali hadap tinggal separuh

Sabtu, 1 Oktober 2011

Kerabu Suhun

Tiba-tiba teringin pulak nak makan kerabu suhun.Serius...memang teringin sungguh.

Sebenarnya saya tak pernah buat kerabu suhun ni. So, memang tak de lah resepi dalam simpanan. Tapi zaman sekarang ni nak cari resepi yang berkenan bukannya susah sangat. Apalagi...gugel aje lah...

Ada banyak resepi yang keluar bila saya gugel dalam internet. Tapi yang menjadi pilihan saya resepi kat bawah ni. 

Hasilnya...hmm menarik dengan kombinasi masa, masin dan pedasnya serta aroma daripada hirisan bungan kanta dan daun kesum. Pendek kata memang sedap lah... Saya makan ratah-ratah jer... Suami pun angkat kening...hmmm ok la tu...

Terima kasih kepada Dilla yang share resepi kerabu suhun ni dalam blognya. Minta izin share kat sini pulak ye...
 

KERABU SUHUN by Dilla
Sumber : Shikin
Bahan: 
-tentulah Suhun  
-Udang 
-Sotong (tak letak)
-Bawang putih (2-3 ulas) 
-Daun ketumbar  (tak letak)
-Bunga kantan 
-Daun Kesum 
-perahan air limau nipis (ikut tahap kemasaman yg korang suka) 
-garam & gula secukup rasa 
-optional: -Celery (tak letak) 
-lobak merah (tak letak)


Cara-cara:

1-Celur suhun dalam air yg menggelegak selama beberapa minit sehingga suhun menjadi lembut. Tapi AWAS!!! Jangan terlalu lembut. Kemudian toskan dan masukkan ke dalam mangkuk hidangan.

2-Semua jenis sayur-sayuran dihiris nipis. Masukkan ke dalam mangkuk hidangan bersama suhun.

(Daun ketumbar, daun kesum & bunga kantan tak perlu ada sekaligus. Boleh pilih salah satu, salah dua atau kesemuanya dalam kerabu korang)

3-Panaskan minyak masak, dalam 3-4 sudu makan.

(Bergantung kepada kuantiti udang & sotong yang digunakan)

4-Tumis bawang putih yang telah dicincang halus hingga bertukar warna. Tapi jangan sampai jadik warna coklat i.e. hangus. Huhuhuhu...

5- Masukkan udang & sotong. Goreng hingga udang & sotong jadi agak layu.

6- Masukkan gorengan udang & sotong ke dalam mangkuk hidangan yg telah berisi suhun & sayur-sayuran.

7- Masukkan perahan air limau nipis, garam & gula secukup rasa.Gaul hingga serasi semuanya.

8- Makan. YUM - YUM...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini