Sudi-Sudi Ikut Saya...

Khamis, 15 Disember 2011

Sambal Sotong

Sambal sotong ni memang kegemaran anak-anak, tambah-tambah anak sulung saya Aiman. Aiman ni memang suka segala jenis sambal. Kalau ada sambal laju je dia makan. Siap tambah lagi tu...






Sambal Sotong
by Shikin

Bahan-Bahannya
300gm sotong - bersihkan dan potong ikut suka (kalau sotong kecik tak yah potong )
15 tangkai cili kering*
1 biji bawang besar* (*blend bersama)
1 biji bawang besar - potong bulat
air asam jawa
garam dan gula secukupnya
sedikit minyak untuk menumis
Cara-Cara Membuatnya
  1. Campurkan sotong, bahan-bahan blend, garam dan gula dalam satu bekas. Gaul sebati
  2. Masukkan juga air asam jawa. Perap bahan tersebut lebih kuran 30 - 45 minit.
  3. Panaskan minyak. Tumis bawang besar yang di potong bulat sehingga layu. Masukkan bahan-bahan yang telah di perap.
  4. Masak dengan api yang perlahan sehingga masakan garing dan pecah minyak.
  5. Rasa masam, masin dan manisnya. Kalau tak cukup boleh ejas sendiri.
  6. Padamkan api. Hidangkan.

Ahad, 11 Disember 2011

Bengkang Roti

Kalau beli roti kat rumah ni, selalunya tak habis di makan. Jadi terpaksalah umminya modified jadi benda-benda lain pulak. 

Kali ni saya modified jadi bengkang roti ... 

Resepi daripada emak saya. Biasalah resepi orang lama ni mana ada sukatan sangat, main agak-agak jer. Tapi saya dah cuba sukat bahan-bahan yang saya gunakan untuk membuat bengkang roti tersebut.

Hasilnya seperti dibawah :



Bengkang Roti

Bahan-Bahannya

1 buku roti - saya guna roti benggali
2 cawan santan
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
secubit garam


Cara-Cara Membuatnya
  1. Carik-carikkan roti dan rendam lebih kurang 20 minit. Kemudian toskan roti dan letak ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan santan, susu cair, gula, tepung gandum dan garam ke dalam mangkuk roti. Kacau sehingga adunan sebati dan tidak berketul-ketul.
  3. Sekiranya adunan agak pekat, tambah sedikit air ( tak perlu habiskan secawan air)
  4. Tuang ke dalam loyang.
  5. Bakar didalam oven dengan suhu 220c (atau ikut suhu kepanasan oven masing-masing) dengan api bawah selama 30 minit. Kemudian dengan api atas dan bawah lagi 15 minit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini