Sudi-Sudi Ikut Saya...

Ahad, 8 Januari 2012

Masak Lemak Ketam Dengan Nenas


Memanfaatkan hujung minggu di rumah selalunya kat kampung, saya dan suami ke Nat Tok Jalai mencari lauk untuk santapan tengahari. 

Keluar dari rumah memang bercadang nak cari ketam. Alhamdulillah, jumpa. Kami beli sekilo. Ketamnya taklah besar sangat. Adalah dalam 15 ekor.

Tercapailah hajat nak masak lemak ketam dengan nenas. 

Ok, jom kita tengok bahan-bahannya...


Masak Lemak Ketam Dengan Nenas

Bahan-Bahannya
1 kg ketam - bersihkan
1 biji nenas sederhana besar - buang kulit dan matanya. Potong ikut kesesuaian.
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
5 biji cili merah* (bahan bertanda * dikisar sehingga halus)
3 batang serai - dititik
Santan secukupnya daripada sebiji kelapa - asingkan patinya

Cara-Cara Membuatnya
  1. Masukkan bahan-bahan kisar , serai dan nenas didalam periuk. Panaskan api, masak sehingga air nenas keluar dan sebati bersama bahan-bahan kisar.
  2. Masukkan pati santan, masak lagi.
  3. Masukkan ketam, gaul sehingga sebati .
  4. Masukkan pula santan cair. Biarkan mendidih.
  5. Akhir sekali perasakan dengan garam.
  6. Sedia untuk dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini