Sudi-Sudi Ikut Saya...

Selasa, 31 Januari 2012

Pes Sardin

Kalau nak makan sandwich sardin inilah cara yang saya gunakan untuk buat intinya.

Selalunya saya akan masak sardin tu dengan beberapa bahan yang lain untuk mengurangkan rasa kesardinannya.

Pernah juga buat inti yang tidak dimasak, cuma gaul dengan bahan-bahan tertentu seperti hirisan bawang, cili dan perahan air limau nipis.

Tapi rasanya saya prefer inti yang macam ni lagi...


Pes Inti Sardin

Bahan-bahannya
1 tin sardin (terpulang jenama apa yang disukai)
3 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar - potong dadu
1 biji cili merah - hiris dan cincang
2-3 biji cili padi (optional) - hiris halus
1 biji limau nipis
Garam

Cara membuatnya
  1. Tuang sardin kedalam pinggan. Buang tulangnya. Lenyek sampai hancur.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. 
  3. Tumis bawang besar sehingga layu.
  4. Masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan sardin yang telah dilenyek beserta kuahnya sekali. Kacau sebati.
  6. Masukkan pula hirisan cili merah, cili padi dan garam secukup rasa.
  7. Apabila bahan telah masak sebati, padamkan api.
  8. Masukkan perahan limau nipis secukupnya. Kacau sekejap.
  9. Inti telah siap, dan bolehlah dimakan dengan roti atau dijadikan inti bahan masakan yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini