Sudi-Sudi Ikut Saya...

Selasa, 14 Februari 2012

Sandwich Goreng

Tak tau nak masak apa untuk makan malam kelmarin. Suami cadang supaya dibuatkan roti telur, tapi rasa dah biasa sangat.

Teringat dalam peti ais masih ada baki inti sardin yang saya buat baru-baru ni.

Teringat juga kesedapan sandwich goreng yang biasa saya makan kat kafeteria di tempat kerja.

Hati berkata-kata "Hmm...sandwich goreng ok jugak kottt..."

Sebelum ni pernah juga rasa teringin nak cuba-cuba goreng sendiri sandwich guna bancuhan tepung goreng pisang yang saya biasa buat. Tapi tak terlaksana sebab takut makan minyak pula roti tu.

Bila duk survey dalam internet jumpa resepi sandwich goreng ni diblog AlongRoz. Along kata resepi ni ok, sebelum tu Hasue pun dah buat . Jadi saya pun pakai resepi yang sama lah.

Alhamdulillah, menjadi... Tengok suami dan anak-anak pun makan dengan berselera. Masih panas-panas dan rangup-rangup gitu... Memang sedap. Insya Allah boleh buat lagi lepas-lepas ni.

Ok, saya letakkan pula resepi tu kat sini, tapi ada penambahan sikit berdasarkan apa yang saya buat.


Sandwich Goreng
by Shikin
Sumber: AlongRoz@HomeKreation
Sumber: MR_HaSue

Bahan-Bahan:

Bahan Roti
Roti putih
Inti Sardin
Planta/Mentega
Mayonis

Bahan Batter 
2 sb Majerin (saya letak 1 sudu shj)
6 sb Tepung Gandum*
1 sb tepung ubi (saya tambah)
1/4 st Garam* (* campur) 
Air
 
CARA2:
  1. Sapu roti dengan planta dan mayonis. Ratakan inti sardin diatasnya. Lipat 2 roti menjadi bentuk 3 segi. Ketepikan.
  2. Majerin di campurkan ke dlm tepung menggunakan garfu sehingga menjadi spt serbuk roti.
  3. Campurkan air sedikit2 sehingga menghasilkan satu bancuhan pekat.
  4. Celupkan roti sandwic & goreng dgn minyak dalam yg telah di panaskan sehingga masak & garing.
  5. Angkat & hidangkan dgn sos cili & mayonis.

2 ulasan:

  1. roti tu kena lenyek bagi mampat dak. ada org petua gitu, tp blm pernah buat roti goreng ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak lenyek dah k.zie. cuma lepas lipat 2, tekan-tekan sikit kat hujung roti, takut terbuka masa goreng. try la buat...

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini