Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2012

Siakap Goreng Bercili

Imej
Balik kerja, godek esbok, jumpa la sekor ikan siakap. Hmmm...Siakap...Nak masak apa ya... Goreng rangup, tuang sambal. Sedap tu Siakap Goreng Bercili by Shikin Bahan-Bahannya 1 ekor ikan siakap 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 5 sudu besar cili kisar - boleh tambah kalau nak kuah banyak dan lebih pedas 2 sudu sos cili 1 sudu sos tomato 1/2 cawan air Lada sulah Tepung ubi Garam dan gula secukupnya Minyak untuk menggoreng dan menumis Timun, karot, nenas - potong dadu (kalau x de boleh letak hirisan bawang besar) Daun bawang/daun sup(jika ada) - untuk hiasan Cara-cara Bersihkan ikan, kelar-kelar sikit. Taburkan garam dan lada sulah. Taburkan pula tepung ubi rata-rata. Goreng ikan dalam minyak yang banyak sehingga berwarna kuning keemasan.( boleh buat deep fryer) Angkat dan toskan. Keluarkan separuh minyak bekas gorengan ikan tadi, tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah di mayang halus. Masukkan cili kisar, masak sehingga cili pec

Home Made Fishball Sup

Imej
Home Made Fishball Sup by Shikin Bahan-Bahan 4-5 ekor ikan - saya gunakan 4 ekor ikan rambai dan 2 ekor ikan kembung 7 ulas bawang merah - 5 ulas ditumbuk dengan isi ikan, 2 ulas lagi dimayang halus 2 ulas bawang putih - mayang halus 1 ulas bawang besar - mayang halus 1 sudu besar serbuk lada hitam 1 batang karot - potong ikut suka 1 bungkus suhun Sedikit tepung ubi Garam secukup rasa Minyak Air 2-3 tangkai daun bawang Cara-cara membuatnya Asingkan isi ikan daripada tulang. Letak tepi. Ambil 5 ulas bawang merah, tumbuk bersama isi ikan tadi dalam lesung. Masukkan garam dan serbuk lada hitam secukupnya. (Boleh juga diblend kering.) Alihkan bahan-bahan tumbuk tadi kedalam mangkuk, masukkan sedikt tepung ubi, gaul sebati (tepung jangan banyak sangat supaya bebola ikan tak terlalu keras.) Dalam periuk, panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang sudah dimayang sampai naik bau. Masukkan air secukupnya. Apabila air telah mendidih, bulat-bulatkan isi ikan tadi sebesar duit syililng 20 sen

Udang Goreng Tepung

Imej
Udang Goreng Tepung by Shikin Bahan-Bahannya 1/2 kg udang 1 biji telur 1 sudu teh garam 1 sudu teh lada sulah Tepung serba guna secukupnya - saya gunakan tepung goreng ayam  yang di beli di kedadai. Cara-Cara Membuatnya Udang dibuang kulit, basuh bersih dan toskan. Pecahkan telur dalam mangkuk. Masukkan garam dan lada sulah. Pukul sehingga sebati. Ambil udang, celupkan dalam adunan telur kemudian golekkan atas tepung. Pastikan semua bahagian udang disaluti tepung. Goreng dalam minyak yang banyak dan panas sehingga berwarna kuning keemasan. Angkat, toskan minyak. Sedia untuk dimakan. Boleh dicicah dengan sos ataupun dimakan macam tu saja.

Siakap Sweet Sour

Imej
Hari ni saya nak masukkan resepi ikan siakap sweet sour yang saya masak baru-baru ni.  Selalunya resepi sweet sour yang saya masak menggunakan bahan-bahan yang mudah yang tersedia di dapur. Siakap Sweet Sour by Shikin Bahan-Bahan 1 ekor ikan siakap (berat lebih kurang 400-500gm) 1 labu bawang besar - potong dadu 2 sudu besar cili kisar 2 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos tiram 1/2 cawan air Timun, Nenas, Karot secukupnya (potong dadu. untuk timun buang empulur tengahnya) 3-4 tangkai cili padi (optional-kalau nak pedas) - hiris Garam dan gula secukup rasa 1 sudu besar tepung jagung (optional) - bancuh dengan sedikit air. Tepung jagung ni bertujuan untuk  memekatkan kuah. Sedikit minyak untuk menumis Cara-cara membuatnya Panaskan minyak, tumis bawang besar sampai layu. Masukkan cili kisar. Kacau sampai cili agak garing dan pecah minyak. Masukkan kesemua jenis sos, kacau sebati. Masukkan juga cili padi hiris - jika ada. Kemudian masukkan air secukupnya. (

Menu di hari Jumaat

Imej
Minggu lepas kami habiskan masa di Jitra. Tak balik ke kampung pun. Sebab hari Sabtu Deena terlibat dengan sukaneka, manakala abahnya pula ada acara merentas desa kat sekolah. Dah ada kat rumah hujung-hujung minggu tu bolehlah masak yang special sikit yer ker? untuk keluarga. Menu sajian kami seisi keluarga adalah siakap masam manis, udang goreng tepung,   home made fishball sup dan telur dadar.  Seronok bila tengok suami dengan anak-anak makan berselera sekali tengahari tu. Ya lah, bukan selalu kan ummi masak beria-ia macam ni.. Saya letak gambar dulu, resepinya kemudian ya... Ikut putaran jam : Siakap sweet sour, udang goreng tepung, telur dadar dan home made fishball sup.

Agar-Agar Santan Gula Melaka

Imej
Agar-Agar Santan Gula Melaka by Shikin Sumber : Yatie Memories Bahan-Bahan: 10gm serbuk agar-agar 1 cawan gula pasir 3 cawan air 200 ml santan kotak+ 50 ml air 1 biji telur dipukul dengan santan tadi secubit garam 1 keping gula melaka (potong kecil-kecil dan masak dengan satu cawan air) 2 helai daun pandan Caranya: Masak air dengan gula pasir dan daun pandan. Bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut. Masukkan daun pandan. Kecilkan api. Masukkan air gula melaka. Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih.Guna api sederhana je dan sentiasa di kacau. Bila dah siap, tutup api dan bolehlah di tuang ke dlm acuan kegemaran. Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk!

Serawa Pisang

Imej
Pisang yang ditanam oleh en. suami. Betul-betul diluar pagar rumah. Tapi tak payah ambik galah untuk tolong jolokkan. Memang dah lama saya duk intai dengan hasrat yang menggebu di dalam hati. "Dah masak nanti pisang tu akan ku buat serawa pisang" Alhamdulillah hasrat tercapai. Hampir 3 sikat pisang tu saya buat serawa. Tu pun ada belen 3 sikat lagi. Tengoklah nanti nak buat apa. Tiada resepi khusus tak sempat nak sukat yang saya gunakan untuk membuat serawa pisabg ni, just buat ikut instinct dan sesedap rasa. Serawa Pisang by Shikin Bahan-Bahan Pisang (saya guna 3 sikat pisang awak yang baru masak) Santan (daripada 11/2 biji kelapa - agak-agak tenggelam sikit pisang-pisang tu bila dah masuk dalam periuk) Sagu biji ( saya beli RM1.00. Rebus sampai kembang. Kemudian toskan airnnya dan basuh dengan air sejuk) Gula secukup rasa Sedikit garam ( untuk membangkitkan lemak santan) 3-4 helai daun pandan (simpulkan) Cara-Cara pisa

Pisang Goreng

Imej
Memenuhi permintaan En. Tahiri yang teringin nak makan pisang nangka dan pisang awak goreng. Pagi-pagi lagi saya dah bangun dan sediakan bancuhan tepung, dan mula menggoreng pisang yang dah hampir masak ranum. Banyak juga yang dapat jadi sebahagiannya saya bawa ke tempat kerja. Boleh gak jamu kengkawan... Pisang Goreng by Shikin Bahan-bahan Pisang (apa saja jenis pisang yang boleh dimakan. kali ni saya guna pisang nangka dan pisang awak) 2 cawan tepung beras 1 cawan tepung gandum 1 cawan tepung ubi 1-2 sudu besar marjerin/mentega 2-3 sudu besar bijan garam air secukupnya Cara-cara pisang dibelah 2 @ 3 memanjang (kalau saya, suka belah nipis-nipis. sedap dimakan bila goreng garing2) dalam satu bekas, campur kesemua tepung, garam dan marjerin tuangkan air sedikit demi sedikit bancuh adunan sehingga kadar kepekatan yang dikehendaki taburkan bijan secukupnya celup pisang kedalam tepung goreng dalam minyak yang banyak apabila pisang berwarna keemasan, angkat dan toskan. lebih

Kari Ikan Berangan

Imej
Menu tengah hari jumaat   Kari Ikan Berangan by Shikin Bahan-Bahannya Ikan berangan - basuh bersih-bersih 2 bungkus serbuk kari - bancuh dengan air asam jawa, ketepikan Santan secukupnya 5 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 3 tangkai daun kari air asam jawa bendi tomato minyak untuk menumis Cara-cara panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari sehingga naik bau masukkan rempah, kacau sehingga pecah minyak tuangkan santan, kacau supaya santan dan rempah sebati masukkan ikan, biar seketika masukkan bendi dan garam.alu suka boleh masukkan 1 sudu kecil gula. apabila kuah mendidih masukkan tomato. rasa asam garamnya, kalau tak cukup boleh ejas sendiri. padamkan api. hidangkan dengan nasi putih. hidangan sampingan... Tauge Goreng

Sandwich Goreng Lagi

Imej
Breakfast di pagi Jumaat.  Sandwich Goreng by Shikin Bahan-Bahan: Bahan Roti Roti putih Inti Sardin Planta/Mentega Mayonis Bahan Batter  2 sb mentega Majerin 2 cawan Tepung Gandum* 1 cawan tepung beras    1 cawan santan 1 titik perwarna kuning 1/4 st Garam* (* campur)   Air CARA2: Sapu roti dengan planta dan mayonis. Ratakan inti sardin diatasnya. Lipat 2 roti menjadi bentuk 3 segi. Ketepikan. Satukan kesemuajenis tepung, garam dan mentega. Tuangkan santan dan juga air sedikit demi sedikit. Bancuh sehingga adunan tidak berketul dengan kepekatan yang sesuai. Celupkan roti kedalanm adunan tepung Goreng didalam minyak yang banyak dan betul-betul panas sehingga berwarna kuning keemasan. Angkat roti daripada kuali, toskan minyak. Sedap dimakan semasa masih panas.

Menu Ulang Tayang

Imej
Wordless wednesday.... Layan gambr ekk walopun tak berapa menarik.

Agar-Agar Santan Pandan

Imej
Agar- agar ni digandingkan dengan mee bandung untuk juadah berbuka Isnin lepas, tapi baru sempat buat entry hari ni.  Tu pun kena seludup broadband dari rumah (sorry ye En. Tahiri...) memandangkan line interner kat ofis ni dah ada sekatan baru. Kalau dulu dia sekat website macam youtube, FB etc. Tapi sejak seminggu ni, dengan private blog pun dah tak boleh nak surf dah... Hu hu  Ok la. Biaq pi la kisah line tenet kena banned tu, dah keja depa nak buat lagu mana lagi kan. Balik ke kisah agar-agar santan ni(kalau kat tempat saya agar-agar lumut), saya ambik resepinya daripada Yatie Memories.  Cuma tu lah kepala agar-agar saya tu tebal sangat, sampai tak nampak layer yang bahagian bawah. Tak tau lah apa silapnya. Ni bukan salah resepi yer, mungkin teknik dan cara pembuatan saya yang tak kena. Yang pasti, rasanya memang sedap. Sumber : Yatie Memories Bahan-Bahan: 10gm serbuk agar-agar 1 cawan gula pasir 4 cawan air 200 ml santan kotak+ 50 ml a

Mee Bandung Simple

Imej
Mee bandung ni saya sediakan sebagai menu berbuka puasa kelmarin. Balik dari kerja terus ke kedai, beli barang-barang yang sepatutnya, ambil anak-anak dari rumah pengasuh, sampai rumah pun dah pukul 6. Bersihkan diri, solat, terus masuk dapur ummi , sediakan bahan-bahan untuk buat mee bandung ni. Asalnya plan nak buat mee goreng, tetiba last minit teringin plak nak makan mee bandung. Okla, mee bandung yang saya masak ni tidak menggunakan resepi khusus, cuma berdasarkan apa yang saya biasa buat sebelum-sebelum ni. Sebab tu saya sebut mee bandung simple...my style yer... Tengokla , mee pun main letak dalam mangkuk tabur bawang dan terus snap gambar. Tak dan nak berhias bagai... Masa ambik gambar pun dah dekat sangat waktu berbuka... Haish... Walaupun simple, nak letak la jugak resepinya kat sini. Mee Bandung Simple by Shikin Bahan-bahannya 1 bungkus mee kuning 2-3 ketul ayam - potong kecil dan cuci sampai bersih 2 ketul tauhu - potong dadu R

Pulut Serikaya/Serimuka...1st trial...

Imej
Ini percubaan pertama saya buat pulut serikaya @ kat tempat saya dipanggil pulut sekaya. One of my favourite dish, tapi jujur saya belum pernah membuatnya sendiri. Memandangkan semangat nak mencubanya tengah meluap-luap, stok beras pulut pun banyak kat rumah (beli kat bukit kayu hitam dengan Ta baru-baru ni...) , saya pun BW dari dapur ke dapur mencari resepi pulut serikaya ni. Jumpa satu resepi yang dikongsikan kat dapur Lina Pg, yang mana resepi asalnya daripada yatie memories. Belek-belek, bahan yang nak digunakan ada kat dapur saya. Tinggal nak cari santan dengan daun pandan. Resepi asal guna gula melaka, tapi saya tukar dengan pandan sebab kalau pakai gula melaka nampak macam tepung talam la pulak) Nak jadi ceritanya, dah bancuh adunan, daun pandan tak juga sampai. Sudahnya, saya tuang aja perwarna hijau epal yang ada dalam kabinet tu. Nasibla...asalkan warnanya hijau. Setelah siap semua bahan, proses mengukus pun bermula. Tak lama mana pun nak membuatnya. Tapi buat