Sudi-Sudi Ikut Saya...

Selasa, 6 Mac 2012

Mee Bandung Simple

Mee bandung ni saya sediakan sebagai menu berbuka puasa kelmarin.

Balik dari kerja terus ke kedai, beli barang-barang yang sepatutnya, ambil anak-anak dari rumah pengasuh, sampai rumah pun dah pukul 6.

Bersihkan diri, solat, terus masuk dapur ummi, sediakan bahan-bahan untuk buat mee bandung ni.

Asalnya plan nak buat mee goreng, tetiba last minit teringin plak nak makan mee bandung.

Okla, mee bandung yang saya masak ni tidak menggunakan resepi khusus, cuma berdasarkan apa yang saya biasa buat sebelum-sebelum ni.

Sebab tu saya sebut mee bandung simple...my style yer...


Tengokla , mee pun main letak dalam mangkuk tabur bawang dan terus snap gambar. Tak dan nak berhias bagai...

Masa ambik gambar pun dah dekat sangat waktu berbuka... Haish...

Walaupun simple, nak letak la jugak resepinya kat sini.

Mee Bandung Simple
by Shikin

Bahan-bahannya
1 bungkus mee kuning
2-3 ketul ayam - potong kecil dan cuci sampai bersih
2 ketul tauhu - potong dadu
Rempah tumis 4 sekawan secukupnya
2 ulas bawang putih - dititik
2-3 sudu besar cili kisar - tambah kalau nak lebih pedas.
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1-2 sudu besar kicap pekat 
1 biji tomato - potong 6
1 batang karot - potong bulat
1 ikat sawi 
3 biji telur
2-3 liter air
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya
  • Tuang air dalam periuk, masukkan rempah tumis dan ayam. Reneh sehingga ayam lembut. (untuk dapatkan stok ayam). Padamkan api.
  • Dalam kuali, panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap pekat. Kacau sebati.
  • Tuangkan air rebusan ayam (dengan ayam sekali), biar mendidih.
  • Bila kuah dah mendidih, masukkan sayur-sayur yang  keras dulu (spt batang sawi dan karot). Masukkan juga tauhu dan telur. Letak garam dan gula secukupnya.
  • Bila telur hampir masak, masukkan mee kuning, daun sawi dan juga tomato, biarkan sekejap (jangan lama sangat, nanti mee kembang)
  • Rasakan masin dan manisnya. Kalau kurang boleh ejas sendiri yer.
  • Hidangkan bersama hirisan cili merah, bawang goreng dan limau nipis. 
* kalau nak kuah lebih pekat bolehla masukkan sedikit air bancuhan tepung jagung



    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Kongsi Resepi

    Terdapat ralat dalam alat ini