Sudi-Sudi Ikut Saya...

Ahad, 4 Mac 2012

Pulut Serikaya/Serimuka...1st trial...

Ini percubaan pertama saya buat pulut serikaya @ kat tempat saya dipanggil pulut sekaya.

One of my favourite dish, tapi jujur saya belum pernah membuatnya sendiri.

Memandangkan semangat nak mencubanya tengah meluap-luap, stok beras pulut pun banyak kat rumah (beli kat bukit kayu hitam dengan Ta baru-baru ni...) , saya pun BW dari dapur ke dapur mencari resepi pulut serikaya ni.

Jumpa satu resepi yang dikongsikan kat dapur Lina Pg, yang mana resepi asalnya daripada yatie memories. Belek-belek, bahan yang nak digunakan ada kat dapur saya.

Tinggal nak cari santan dengan daun pandan. Resepi asal guna gula melaka, tapi saya tukar dengan pandan sebab kalau pakai gula melaka nampak macam tepung talam la pulak)

Nak jadi ceritanya, dah bancuh adunan, daun pandan tak juga sampai. Sudahnya, saya tuang aja perwarna hijau epal yang ada dalam kabinet tu.

Nasibla...asalkan warnanya hijau.

Setelah siap semua bahan, proses mengukus pun bermula. Tak lama mana pun nak membuatnya. Tapi buat kuih tardisional ni memerlukan daya kesabaran  yang tinggi.

Hasilnya....



Ok la bagi saya yang tak pernah buat pulut serikaya ni. Resepi daripada Yatie Memories tu memang sedang elok jer, kalau betul-betul ikut sukatan yang diberikan.

Kalau ada yang tak kena tu, bukan masalah resepi tapi mungkin didorong oleh faktor-faktor persekitaran seperti menderhaka terhadap resepi dan sebagainya.
 
InsyaAllah, lepas ni boleh buat lagi.



PULUT SERIKAYA
by Shikin 
Resepi asal : Yatie Memories
Sumber : linapg

Bahan-bahan

* Bahan lapisan bawah
* 2 cawan beras pulut
* 1 1/2 cawan santan cair( biasanya santan ikut paras pulut dan lebihkan santan sikit je)
* 1/2 sk garam
* 1 sb minyak

Cara Untuk Lapisan Bawah
  • Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih. 
  • Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.(saya rendam semalaman)  
  • Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh. Alas loyang dengan plastik.  
  • Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.  
  • Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  • Keluarkan loyang dari kukusan, ratakan permukaan pulut tadi dan tekan2 pulut biar padat.
  • Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
Sementara menunggu lapisan bawah masak, bolehlah siapkan bahan2 utk lapisan atas.

* Bahan lapisan atas
* 1 cawan tepung gandum
* 1 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu besar tepung beras
* 3/4 cwn gula merah (tak letak, saya gantikan dengan pewarna hijau)
* 1/2 cawan gula pasir
* 2 biji telur gred A
* 2 cwn santan pekat
* 1 cwn air (utk di masak bersama gula merah dan gula pasir) (skip step ni)
* 1/2 sk garam
* sedikit coklat emulco(warna gelap sikit)(tak letak)

Cara Untuk Lapisan Atas
  • Masak gula merah dan gula pasir bersama 1 cwn air dan tapiskan....sejukkan sebentar. 
  • Satukan tepung gandum, tepung beras dan tepung jagung ke dlm mangkuk besar.  
  • Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam.  
  • Di ikuti dgn air gula yg telah sejuk.  
  • Masukkan telur dan gaul sebati...nak mudah blend semua bahan.
  • Masak di atas api sederhana sebentar dan sentiasa di gaul.(biar berwap saja)(Saya tuang terus kedalam loyang pulut)
  • Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. 
  • Kukus la selama 20 minit saja.
PERINGATAN...kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!! (yang ni lupa nak buat. duk berasap lagi dah potong. sebab tu pulut sekaya saya bersememeh semacam je...)
 
Potong menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dn licin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini