Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

My First Coklat Lolipop

Imej
Saja-saja mencuba buat coklat sendiri. Ini coklat paling mudah yang disediakan oleh seorang amatur macam saya. Just cairkan coklat yang dikehendaki, tuang dalam mould, tunggu beku dan sejuk, dah boleh ngap... Coklat Lolipop By Shikin Bahan-Bahan Coklat Susu Compound - saya guna jenama Berryls Coklat Warna - Saya guna warna dan perisa oren Coklat mould - terpulang kpd citarasa masing-masing. Ada macam-macam jenis acuan coklat dijual di kedai bakery. Batang lolipop secukupnya Cara-Cara Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler. Pastikan tiada air menitik didalam coklat. Tuangkan atau pipekan coklat kedalam mould. Kemaskan. Letak batang lolipop - jika berkenaan. Sejukkan. Keluarkan coklat daripada mould.  Bolehlah dimakan.

Kek Kurma

Imej
Buat untuk pot luck kat tempat keje... Masa saya potong, kek tu panas lagi sebab tu ia agak berderai..   Kek Kurma by Shikin  Inspired by Shahilwa My Resepi   Bahan-bahan ( 10 org makan ) 1 cawan kurma - buang biji 1 cawan gula pasir 4 biji telur 2 cawan tepung gandum 3/4 cawan minyak masak 1 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil esen vanila   Cara-cara blender telur dgn gula sehingga kembang, kemudian masukkan esen vanila dan seterusnya masukkan kurma. didalam bekas yg lain, ayakkan tepung dgn soda + baking powder masukkan bahan yg di blender ke dalam bekas tepung yg di ayak tadi. masukkan minyak...dan kacau hingga sebati. bakar pada suhu 150 darjah hingga masak...lebih kurang 50 minit kot. boleh la makan... 

Lengat Pisang

Imej
I ntai-intai gambar dalam folder komputer, jumpalah gambar lengat pisang ni. Dah lama buat, tapi tak sempat masukkan entry kat sini.  So, tepek resepi je lah ye sebab lengatnya dah lama habih... Lengat Pisang by Shikin Bahan-Bahan 12 biji pisang awak - kalau dapat yang ranum tu lagi sedap 1 cawan tepung gandum/beras 1 cawan santan  3/4 cawan gula pasir Cara buat Lecek pisang . (saya blend bersama gula sampai halus) Masukkan santan. Kacau sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Tengoklah kalau adunan dah pekat tak perlu habiskan kesemua tepung. Kalau masih cair boleh tambah tepung sikit lagi.(sambil-sambil tu boleh lah panaskan periuk kukusan) Tuang adunan kedalam loyang dan kukus selama 30-45 minit atau sampai kuih masak. Sejukkan sebelum dipotong.

Cucur Udang Dengan Kuah Kacang

Imej
Just nak post resepi ngan gambar sebab cucurnya dah lama habis.  Minggu lepas lagi buat ni, masa FIL datang kerumah. Dia memang suka ngan cucur udang. Buat pula tak banyak mana, dalam 3 cawan tepung. Dah berebutlah pulak budak-budak tu dengan abah dan tokwannya, pulun makan cucur udang yan ummi masak. Suami tanya "Awat buat sikit sangat??? " "Aihh bang kalau beli mau 3,4 ringgit banyak tu. Biasa beli 2 ringgit tak habis pun" jawab saya.  "Yang ni buat sendiri mana sama ngan beli punya." balas suami saya. Hmmm...Apa signalnya??? Cucur udang yang ummi buat ni sedap yerrr sampai jadi rebutan.... He he... perasan habis... Ok, jom tengok resepi kat bawah Cucur Udang My Style By Shikin Bahan- Bahan Untuk Cucur 2 cawan tepung gandum 1 cawan tepung kastad Udang Taugeh Kuchai/Daun Bawang Tauhu - potong 2 dan goreng garing Timun - hiris macam hirisan rojak buah Garam dan air suam secukupnya (Buat air garam. Masin dia tu, kira bagi sedang eloklah bila diban

Kari Ikan Jenahak

Imej
Kari ikan jenahak ni sebenarnya menu tengahari semalam. Memandangkan semalam cuti umum 1 Malaysia sempena Pertabalan Yang Di Pertuan Agung, saya masak lah special sikit untuk keluarga. Kari special ker?? Kira special lah sebab ia adalah one of my hubby favourite... "Sedap ker kari kin tu bang???" Hmm...en.suami makan sambil angguk-angguk...sedap lah tu kan... Resepi kat bawah yer Kari Ikan Jenahak by Shikin Bahan-Bahan Bahan Tumis 3 ulas bawang putih - dimayang halus 4 ulas bawang merah - dimayang halus 1 sudu besar halba campur 3 tangkai daun kari - dilurut daunnya Bahan Kisar 2 ulas bawang putih 4 ulas bawang merah 1 ulas bawang holand 1 sudu besar halba campur 2 bungkus rempah kari Air asam jawa secukupnya - Kisar semuanya sampai hancur Bahan Lain 1 ekor Ikan Jenahak (sederhana besar) Santan (lebih kurang RM2.00) Air secukupnya Sedikit minyak Garam secukupnya 2 biji tomato 10 batang bendi

Lagi-Lagi Kek Coklat

Imej
Kek coklat ni sebenarnya untuk majlis akikah anak kepada sepupu saya Nafsiah. Tak letak topping bagai sebab nak memudahkan proses penghantaran. Lagipun saya potong kecik-kecik siap-siap supaya senang nak dihidangkan kepada tetamu yang datang. Masih menggunakan resepi kek coklat yang sebelum ni, cuma kali ni tak tau kenapa kek saya ni macam malas nak naik. Dah tu tinggi rendah pulak tu permukaannya. Hmmmm... Apa pun, kek tetap licin... Kek Coklat Kukus Mudah by shikin Bahan A 1 cawan gula 1 cawan sebuk koko 1 cawan minyak mazola - sebab tak de stok minyak mazola, saya pakai minyak masak seri murni jer... 1 cawan air panas 1 cawan susu pekat/susu cair/susu segar 1/2 cawan milo 1 sudu kecil nescafe (saya x letak) 3 biji telur Bahan B 2 cawan tepung gandum 1 sudu kecil soda bikarbonat -ayak bersama 2,3x Cara memasak.. Satukan semua bahan A hingga sebati. Masukkan bahan B. Kacau rata. Letak dalam loyang dan kukus selama 1 jam.

Kek Batik

Imej
Dalam keterbatasan masa, mencuri ruang untuk menyediakan juadah santapan keluarga. Menggagahkan diri, hasil godekan di atas dapur, terhasillah kek batik ni. Kali ni guna resepi yang sedikit lain daripada biasa. Hasilnya...tetap mabeles.. Kek Batik by Shikin Bahan-Bahan 250gm butter 1 tin susu pekat 1 biji telur Serbuk koko/coklat masakan secukupnya - saya guna coklat masakan >< 100gm 1 bungkus Biskut Marie  (patah-patahkan) Cara-cara membuatnya Panaskan kuali, masukkan butter dan biarkan mencair. Masukkan pula susu pekat. Kacau sebati.  Masukkan pula serbuk koko/coklat masakan.  Kemudian masukkan telur. Kacau sentiasa supaya adunan tidak berketul. Kacau sehingga adunan agak pekat(pastikan api perlahan supaya adunan tidak hangus) Masukkan biskut marie. Kaup balikkan supaya biskut dan adunan coklat sebati. Tuangkan adunan kedalam loyang. Tekan-tekan dengan senduk supaya adunan mampat. Sejukkan dulu di dalam peti ais sebelum dihidangkan.

Nasi Goreng Sambal Belacan

Imej
Melayan permintaan Aiman yang nak kan nasi goreng pedas-pedas katanya.  Nasi Goreng Sambal Belacan by Shikin Bahan-Bahan 4 cawan nasi sejuk - ramas/relaikan 2 ulas bawang putih - mayang halus 3 ulas bawang merah - mayang halus 3 sudu besar sambal belacan - boleh ejas. Tambah @ kurangkan ikut tahap kepedasan yang dikehendaki. 2 biji telur Segenggam ikan bilis - belah dan buang perut Sayur-sayuran Garam secukupnya Sedikit minyak Cara-cara Panaskan minyak.  Goreng ikan bilis sampai garing. Ketepikan. Kemudian tumis bawang putih dan bawang merah sehingga berwarna keemasan. Masukkan pula sambal belacan. Perlahankan api. Kacau sampai sambal tadi garing. Pecahkan telur kedalam sambal, kacau rata. Masukkan garam secukup rasa. Masukkan nasi. Kacau supaya nasi sebati dengan sambal. Masukkan sayur-sayuran kalau ada. Teruskan menggoreng sampai nasi masak. Tabur ikan bilis yang telah digoreng. Padamkan api. Angkat nasi dan hidangkan. *resepi di atas cuma sebagai panduan. kuantiti bahan

Kerepek Ubi Kayu

Imej
Ubi kayu ni hasil tanaman suami saya, En. Tahiri. Saya buatkan kerepek ubi untuknya dengan penuh rasa kasih sayang.  He he...sebab lama dia duk tanya , "Ummi, ubi tu dah nak tua dah. Nak buat apa-apa ka? Saya pun jawab : abang cabutlah dulu ubi tu. nanti balik kerja kin buatla apa-apa yang patut" Kerepek Ubi Kayu by Shikin Bahan-bahan Ubi Kayu Garam  Minyak Cara-cara membuatnya Kopek kulit ubi kayu dan bersihkan. Kemudian sagat ubi nipis-nipis di dalam besen yang berisi air garam. Toskan ubi sekejap (Boleh juga sagat ubi terus kedalam minyak yang panas dan ditabur sedikit garam ) Goreng ubi dalam minyak yang banyak sehingga berwarna kuning keemasan.  Angkat dan toskan.  Simpan dalam bekas kedap udara.

Bihun Goreng...My Style...

Imej
Sesekali tukar menu, goreng bihun sebagai hidangan makan malam, ok la jugak kan... Siang malam asyik hadap nasik jemu juga tekak ni. Suami dan anak-anak pun layan jer... Boleh la pulak tak makan nasik malam. Tapi sekali sekala aje...biasanya nasik juga yang menjadi pilihan. Jom tengok resepi simple saya Bihun Goreng...My Style by Shikin Bahan-bahannya 1 bungkus bihun - rendam sampai lembut 3 ulas bawang besar - diketuk 5 sudu besar cili kisar 2 sudu besar cili sos 3 sudu besar sos tomato 1-2 sudu besar kicap mee 250gm sotong Garam dan gula secukupnya Sawi Minyak untuk menumis Bahan Tabur Daun sup dan daun bawang - hiris halus Cili Merah Bawang Goreng Telur rebus Cara-cara Panaskan minyak. Tumis bawang putih sampai kekuningan. Masukkan cili kisar dan masak sampai garing. Masukkan kesemua jenis sos dan kicap. Kacau sebati. Masukkan sotong serta garam dan gula secukupnya. Masukkan pula bihun. Kacau sampai bihun sebati dengan bahan tumis. Masukkan pula sawi. Teruskan menggoren