Sudi-Sudi Ikut Saya...

Ahad, 8 April 2012

Lagi-Lagi Kek Coklat

Kek coklat ni sebenarnya untuk majlis akikah anak kepada sepupu saya Nafsiah. Tak letak topping bagai sebab nak memudahkan proses penghantaran. Lagipun saya potong kecik-kecik siap-siap supaya senang nak dihidangkan kepada tetamu yang datang.

Masih menggunakan resepi kek coklat yang sebelum ni, cuma kali ni tak tau kenapa kek saya ni macam malas nak naik. Dah tu tinggi rendah pulak tu permukaannya. Hmmmm...

Apa pun, kek tetap licin...


Kek Coklat Kukus Mudah
Bahan A
1 cawan gula
1 cawan sebuk koko
1 cawan minyak mazola - sebab tak de stok minyak mazola, saya pakai minyak masak seri murni jer...
1 cawan air panas
1 cawan susu pekat/susu cair/susu segar
1/2 cawan milo
1 sudu kecil nescafe (saya x letak)
3 biji telur

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
-ayak bersama 2,3x

Cara memasak..
Satukan semua bahan A hingga sebati. Masukkan bahan B. Kacau rata. Letak dalam loyang dan kukus selama 1 jam.


3 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak ummi.Saya suka follow blog kak ummi..lebih2 lagi tengok kek coklat kak ummi yang sedaapp tu.Cuma nak tanya ,kalau kak ummi punye kek coklat..Selalu kak ummi guna susu yang mana. Sebab dalam resepi ada 3 jenis susu.Tq kqk ummi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Aisya. Thanks sudi jenguk blog akak ni. Kek coklat tu selalunya akak guna susu pekat sbb tu susu yg selalu ready stock kat rumah...hihihi.. Cubalah buat, kek ni mmg mabeless..

      Padam
  2. Aisya dah try buat kek coklat akak ni...memang sedap sangatttt.Penuh rasa coklat dan sangat moist...Banyak resepi yang sya dah try... yang ni terbaikkk.Aisya mohon guna resepi ni ya akak.Mudah murah rezeki akak sekeluarga.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini