Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

Kek Coklat Kukus Mudah...Again...n Again...

Imej
Buat lagi kek coklat kukus mudah ni. Dan kali ni dalam kuantiti yang agak banyak...(bila dah banyak tu paham-paham lah...mudah tu dah tinggal sket jer...) Sebenarnya ini projek julung kalinya untuk majlis perkahwinan adik perampuan saya Sarah. Sarah minta saya buatkan kek coklat ni dalam 500 cup untuk dimasukkan ke dalam goodie bags. Nasib baiklah adik sendiri yang minta, kalau adik orang tak kuasa dah buat banyak2 cenggini. Mak ooii...tabik dengan mereka-mereka yang rajin menerima tempahan banyak2. Saya buat 500 cup pun dah rasa nak terlentang. Siap ngadu kat En. Tahiri lagi..."tak jadi la nak ambik order banyak-banyak mcm ni...Tak tahan dolat" Apa pun it was a good experience... Layan gambar ekk...  Kalau nak resepi boleh ambik kat sini atau sini . Satu loyang untuk tuan rumah makan...he he Dah siap topping dan tabur gula Acuan yang banyak membantu...bila isi dalam cup tu tak la bersememeh sangat. Tunggu giliran untuk dikukus

Kek Batik Cream Crackers

Imej
Sesekali mencipta kelainan, nuat kek batik menggunakan biskut cream crackers. Biasa guna biskut marie kan??? Menggunakan resepi daripada Diana SkyBlue Kitchen. Thanks Diana n minta share resepi yer. Overall, ok jugak rasa kek batik dengan cream crackers ni. Anak-anak pulak makan tanpa komplen apa-apa. Siap memuji lagi. Maklumlah, kalau base coklat, apapun diorang suka. Bagi yang nak cuba buat, boleh tengok resepi kat bawah yer... Kek Batik Cream Crackers By Shikin Sumber : Diana Bahan² 6 biji telur 250 gm mentega 2 cawan tepung gandum 1 1/2 cawan gula 1 1/2 cawan milo 1 1/2 cawan Nestle nestum original  1 tin kecil susu pekat  Cream Crackers Hup Seng secukupnya Choc Rice secukupnya Cara ² Pukul gula bersama mentega hingga kembang. Kemudian.. masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan susu pekat dan pukul lagi. Tambahkan tepung gandum, milo dan nestum... Pukul adunan sampai ianya betul ²  sebati. Masak adunan menggunak

Menu Ulang Tayang...Kari Jenahak

Imej
En. Tahiri ni, sejak-sejak merasa sedapnya ikan jenahak dimasak kari, asal kari jer mesti ikan jenahak, nampak ikan jenahak jer mesti nak buat kari. Dan saya pulak, sebab dia suka makan kari jenahak, saya pun suka nak masakkan untuk dia. So, sila jangan jemu yer rakan-rakan sebab kari jenahak akan selalu enterframe dalam dapur ummi... Resepi boleh tengok kat sini atau sini .

Makaroni Bakar

Imej
Mencuba menu untuk santapan keluarga di petang hari. Alhamdulillah, sedap. Menepati selera seisi keluarga. Cuma En. Tahiri jer makan tak banyak sebab dia memang kureng sikit bab pasta-pasta nih... MAKARONI BAKAR By Shikin Sumber : Resepi Nannie BAHAN-BAHAN : 300 gm macaroni - direbus sampai kembang 500 gm ayam/daging cincang 2 cawan cheese monzarella/cheddar 30 gm butter 1 biji bawang merah 2 biji bawang putih 1 cawan susu segar 1 sudu teh lada sulah 1 sudu teh oregano/italian mix herbs 1 kiub pati ayam 4 biji telur Garam secukup rasa * Rebus makaroni sampai kembang dan toskan airnya. CARA MEMASAK : 1. Panaskan butter dan tumis bawang merah dan bawamg putih yang telah dimayang halus. Kemudian masukkan daging cincang dan biar sampai daging masak. 2. Masukkan lada sulah dan serbuk oregano , susu dan kacau , kemudian masukkan semua makaroni tadi dan kacau lagi supaya semua bahan sebati . Masukkan kiub pati ayam yang telah dihancu

Makaroni Bakar...Men-men ajerrr...

Imej
Heh... sempat lagi men-men tu yea... Ekceli, makaroni bakar ni lebihan makaroni goreng kelmarin. Saya upgrade sikit, tambah telur dan fresh milk, tabur dengan carikan cheesedale. And then bakarlah... Hu hu...abih jugak makaroni bakar men-men mcm ni pun...

Makaroni Goreng

Imej
Salam semua... Lamanya tak buat entry, alih-alih bila nak update blog,blogger dah berwajah baru ... Hmm...fenin-fenin gak sementara nak biasa. K la...takmo pot pet banyak2 coz nak masukkan resepi cepat-cepat. Makaroni ni saya goreng untuk acara makan petang dengan mak, abah dan adik-adik saya sempena cuti hari pekerja. Makaroni Goreng by Shikin Bahan-Bahan 1 bungkus makaroni (saya guna jenis spiral) - rebus sampai kembang dan toskan 300g daging kisar 2 biji bawang putih - cincang halus 1 labu bawang besar -potong dadu 5 sudu besar cili kisar 1/2 tin kecil tomato puri 2 sudu besar cili sos 1 sudu besar serbuk lada hitam 1 cawan air 2 batang lobak merah - potong dadu 2 tangkai cili merah - cincang 1 sudu besar mix herbs garam dan gula secukupnya sedikit minyak untuk menumis Cara Panaskan minyak,tumis bawang putih dan bawang besar sampai layu. Masukkan cili kisar.Masak sampai cili garing. Masukkan pula tomato puree dan s