Sudi-Sudi Ikut Saya...

Khamis, 14 Jun 2012

Ayam Bakar Ummi Style

Just sharing gambar n resepi yer, sbb saya pun tak ingat bila saya masak ayam bakar ni. Yang pasti masak masa cuti hujung minggulah.

Menggunakan pemanggang ajaib yang diimport khas dari Langkawi, memang mudah sangat kerja bakar membakar ni.

Kita bako ajer...he he he...


AYAM BAKAR
By Shikin

Bahan-Bahan
1/2 ekor ayam
3 senduk cili kisar
5 ulas bawang merah ~ blend
1/2 inci halia ~ blend
2 biji buah keras ~ blend
1/2 cawan santan pekat
2 btg serai dititik
garam dan gula secukupnya


Cara-cara membuatnya
  1. Basuh ayam bersih-bersih kemudian tos dan ketepikan.
  2. Panaskan kuali, masukkan kesemua bahan(kecuali ayam).
  3. Masak sampai pecah minyak. Masukkan ayam. Balik-balikkan. Tutup api.
  4. Angkat ayam, letak di atas bakas pembakar (saya balut dgn daun pisang dan aluminium foil)
  5. Bakar ayam sampai masak. 
  6. Boleh la makan lepas tu..
* Kalau rajin bolehla buat air asam @ sambal kicap sebagai pencicah.

Ni la rupa pemanggang ajaib tu...


 

2 ulasan:

  1. kalau ratah cmtu je pun sedap, tak yah ssh2 nk mkn ngn nasi....ihihihii

    BalasPadam
  2. Tul tu liza. 1/2 ekor ayam tu habis skali hadap jerr...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini