Sudi-Sudi Ikut Saya...

Khamis, 14 Jun 2012

Bubur Pulut Hitam

Stok beras pulut hitam dah hampir berbubuk dalam kabinet dapur.

So, tindakan drastiknya masaklah apa-apa asal beras tu tak terbuang begitu saja. Yang paling senang, tentulah buat bubur.

Bubur cara saya pulak, tak der lah resepi secara terperinci. Masak stail orang tua-tua, asal sesedap rasa.

Kalau nak tengok bahan-bahannya kat bawah yerr...

Bubur Pulut Hitam
By Shikin

Bahan-Bahan
Beras Pulut Hitam ~ Saya guna 1kg. Basuh bersih dan rendam.
Santan ~ Beli santan RM3 rupanya tak cukup lemak untuk 1kg beras. Next time beli santan dalam RM5 atau 1/2 kg kot...
Susu Cair ~ Tambah sebab bubur tak cukup lemak (kurang santan)
Gula secukupnya ~ En. Tahiri suka bubur yang rasanya manis-manis buah, so saya buat mcm tu lah.
Sedikit garam ~ jgn bnyk sangat. Sekadar nak membangkitkan rasa lemak santan tu.
Daun pandan ~ utk aroma wangi. Saya tak letak sbb tak jumpa daun pandan. Ni kes buat bubur malam2 buta, mana nak cari daun pandannya.

Cara-Cara Membuatnya
  • Rebus beras pulu sampai kembang ~ kalau saya suka pulut yang tidak terlalu kembang sampai pecah memutih. Pulut mestilah lembut, ttp masih berbiji2. Hmmm...ikut citarasa msg2 lah...
  • Bila pulut cukup kembang masukkan gula, masak sampai gula hancur. Masukkan daun pandan.
  • Kmdn masukkan santan. Sentiasa kacau bubur spy santan tak pecah minyak.
  • Kmdn masukkan susu cair. Masak dan kacau lagi.
  • Kadar kepekatan atau kecairan bubur boleh ejas sendiri ye (tambah air). ~ saya suka bubur yang tak berapa pekat.
  • Taburkan sedikit garam.
  • Rasa elok2 bubur tu. Kalau dah cukup sedap boleh padamkan api
  • Kmdn apa lagi...santap la...sedap!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini