Sudi-Sudi Ikut Saya...

Sabtu, 23 Jun 2012

Cakoi



First time cuba buat cakoi ni. Sebelum ni kalau nak makan beli aje kat pasar malam. Tu pun jarang-jarang . Tak tau kenapa. Tapi memang jarang beli lah. 
 

Tapi saya pernah makan kuih cakoi yang dimasak oleh emak rakan sekerja dan juga sahabat blogger saya Ta. Bila makan kuih yang emak Ta buat, saya pun teringin nak buat sendiri. jadi saya minta resepi drpda Ta. 

Emak Ta pulak bukan takat bagi resepi, sekali dengan sebungkus yeast. Cuma tulah tak sempat nak buat asyik tak sempat aja kin yea.... Last-last yeast tu pun expired ...sori Tok Yah...memang tak sempat nak buat  pun.


Tapi semangat nak buat cakoi tetap membara. Jadi saya belilah sendiri yeast kat pasaraya. Cuma time nak buat tu baru perasan resepi yang Ta bagi saya dah hilang.

Terpaksalah menggugel pulak utk dapatkan resepi baru. Dan saya  rasa resepi ni yang agak mudah kot. Sebenarnya lebih kurang resepi mak Ta, tapi takut tersalah pulak. Jadi, saya cuba je lah..

Cakoi 
By Shikin 
Sumber : Mamafami


Bahan-bahan: 
400gm tepung gandum
1 cawan air 
1 susu besar marjerin (cairkan) 
1 sudu kecil garam 
3 sudu besar gula 
1 sudu besar susu pekat manis 
1 biji kuning telur 
2 sudu teh yis kering 
½ sudu the baking soda 
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Caranya:
  1. Campurkan air, marjerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan baking soda di dalam mangkuk dan kacau sebati  
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga boleh diuli 
  3. Uli doh hingga lembut dan tak melekat di tangan.Doh mestilah lembut 
  4. Rehatkan doh selama1/2 jam dan tutup dengan plastik bersih 
  5. Roll doh nipis lebih kurang 1/2cm berbentuk rectangle 
  6. Potong doh lebih kurang 1 inci setiap strips 
  7. Bila dah potong tarik sikit dan cantumkan bahagian hujung dengan hujung.(tak tau le nak citer camner alah…kita tindihkan antara satu sama lain then cantum)~ saya tak cantum pun. Just goreng sebiji-sebiji cam tu jer. 
  8. Lepas tu goreng dengan api yang sederhana hingga kekuningan. 
  9. Bila sejuk bolehlah dihidangkan dengan sambal atau kaya.~ cicah kopi susu pun sedap...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini