Sudi-Sudi Ikut Saya...

Selasa, 12 Jun 2012

PUDING ROTI MARBLE...yang sedap...

Kali ni nak buat entry ttg Puding Roti Marble. 
Just sharing resepi n pic saja lah yea... 
Sbb pudingnya dah lam tenggelam dalam perut. 
Sedap! 
InsyaAllah boleh buat lagi lain kali...
Thank's utk pemilik resepi. Mohon izin share kat sini...



PUDING ROTI MARBLE
By Shikin
Sumber : Hana Myresepi
Bahan-bahan ( satu loyang )
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk. 
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.  
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. Matikan api.  
  4. Bahagi kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal. Dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. Kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. Sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. Ulang hingga habis! Ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.  
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

4 ulasan:

  1. saya try buat tp puding jd lembik...knp ye?

    BalasPadam
  2. Ainal : Cuba tambahkan qty agar-agar kepada 10g.

    BalasPadam
  3. - jenama agar2 serbuk ?
    - jika x guna agar2 serbuk boleh ganti dgn agar2 'strip' tak ? bagaimana cara & jumlah ,

    terimakasih

    BalasPadam
  4. selalu saya guna jenama bunga raya. boleh kalau nak ganti dengan agar2 strip cuma saya tak pasti jumlah bahan2 yang lain tu. kena ejas bagi sesuailah... :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini