Kek Batik Coklat

Buat lagi kek batik coklat yang mabeles rasanya. Tu pun sebab nak ngebihkan stok biskut Marie yang berkurun dalam tupperware...

Kek Batik Coklat
By Shikin
 
Resepi Asal : Mylla@myresipi.com
Sumber : HaSue@sue-hasue.blogspot.com

 
Bahan-bahan:

* 200gm millo > boleh letak lebih sikit jika suka
* 250gm butter/marjerin
* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis > boleh kurangkan sedikit
* biskut meri secukupnya

 
Cara-cara
  1. Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil sekali...
  2. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan kacau(guna hand whisk) sehingga milonya hancur
  3. Seterusnya masukkan serbuk koko.... kacau tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lg....
  4. Setelah pekat(membentuk kerak halus),padamkan api.
  5. Susun biskut meri di dalam loyang(lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan setelah sejuk)lapis ngan adunan coklat,susu biskut meri lagi,sendukkan adunan coklat.Ulang langkah ini selapis demi selapis sehingga habis...
  6. Siap...dan biarkan semalaman.... potong dan hidangkan...kalau mahu cepat keras masukkan dalam peti sejuk dan bila keras potong dan hidangkan...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Makaroni Goreng