Sudi-Sudi Ikut Saya...

Isnin, 11 Jun 2012

Puding Pelangi Huru Hara

Resepi puding ni dah lama masuk dalam waiting list saya. Dah berabuk pun dalam folder draft tu.

Biarlah...yang penting resepi ni tak basi yer. Masih boleh dicuba pada bila-bila masa.

Sebenarnya saya buat puding pelangi ni dan juga puding roti marble (entrynya kemudian ya) untuk dihidangkan kepada tetamu masa majlis akad nikah adik saya, Sarah. 

Dah lama dah... Tapi, baru hari ni sempat nak buat entry. 

Nak buat puding pelangi ni memang mudah bahan dan cara memasaknya. Cuma mungkin saya tersalah teknik masa tuang adunan ke dalam loyang kut. Sebab tu lah huru hara pelangi saya jadinya

Tapi still menarik. Dah ala marble la pulak.

Ok lah, jom kita tengok resepi...

Dah tak dak rupa pelangi dah...
PUDING PELANGI
Sumber : HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 10g serbuk agar2
  • 650ml air
  • 200gm gula pasir(kalau nk kurang manis wat dlm 180gm)
  • 60gm mentega
  • 1 biji telur
  • ½ tin susu cair
  • 1 sudu makan tepung custard
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh)
Puding pelangi dgn bengkang roti. Menunggu giliran utk di serve kan kpd tetamu.

Cara-cara:
  1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
  2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
  4. Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
  5. Sengetkan loyang/apa2 bekas puding sedikit (contoh bekas square 7x7in) Biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dengan apa2 untuk tinggikan).
  6. Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
  7. Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bolehlah dipotong dan dihidangkan.
*saya buat dua adunan yang mana sedang elok ajer bila diisi dalam loyang saiz 10 x 10 macam kat bawah ni.

Loyang 10"x10"

2 ulasan:

  1. xpe la huru hara pun, janji sedappp....hihihihi

    BalasPadam
  2. Liza : Alhamdulillah, rasa sedap & memikat selera. Mujurlah tak huru-hara mcm rupanya .

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini