Sudi-Sudi Ikut Saya...

Ahad, 22 Julai 2012

Roti Jala Dengan Kari Ayam

Menu berbuka puasa hari kedua.

He he...dah kena semangat menjala la pulak semenjak dua menjak ni. Sekejap-sekejap nak menjala. 

Tapi tengok kepada stail jala tu tak berapa nak mantop lagi. Maklumlah ...penjala amatur. Kena banyak training lagi nih...


Roti Jala
Bahan:-(Saya buat half dari adunan di bawah ni)
  • 750 - 850 ml air
  • 410 ml susu cair (tak masuk pun)
  • 600 gm tepung gandum
  • 2 biji telor
  • 3 - 4 sudu makan minyak
  • 1 sudu teh garam
  • sedikit pewarna kuning (saya letak juga perwarna hijau)
  • 2 helai daun pandan - untuk merenjis
Cara-Cara:-
  1. Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang ditengah-tengah tepung.
  2. Masukkan telor dan pukul dengan hujung garfu.
  3. Tuangkan susu, letak sedikit pewarna kuning dan air. Bancuh sampai larut kemudian tapiskan.(saya bahagi dua adunan, satu letak warna kuning, satu lagi warna hijau)
  4. Panaskan kuali leper, celup daun pandan ke dalam minyak dan renjiskan/lenser sedikit ke atas kuali.
  5. Tuangkan adunan roti jala menggunakan acuan bercorong membentuk jala.(Saya guna acuan muncung tiga. Lorek2 je atas pan tu)
  6. Masak 2 - 3 minit, bila dah lekang dari kuali, lipat empat dan angkat. Boleh jugak angkat dulu dan gulung seperti kuih dadar.
*Nota - bila letak adunan dalam acuan, kalau adunan keluar x laju, tambahkan sikit air dalam adunan dan kacau adun semula.


Kari Ayam My Style
By Shikin

Bahan-Bahan
1/2 ekor ayam (potong kecil @ ikut suka)
2 bgks serbuk kari daging
2 senduk kerisik
Santan (saya guna santan dalam RM2.00)
2 ulas bawang putih - dimayang
3 ulas bawang merah - dimayang
1/2 biji bawang besar - dimayang
1/2 inci halia - hiris memanjang
2 tangkai daun kari dilurut
Rempah 4 sekawan secukupnya (bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan biji pelaga)
2 biji kentang sederhana besar (potong dadu)
Garam
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-Cara
  • Gaul serbuk kari dan kerisik dengan sedikit air hingga jadi paste. Masukkan ayam, perap sebentar.
  • Panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah 4 sekawan sampai naik bau, masukkan bahan-bahan dimayang serta daun kari.Biar hingga kekuningan.
  • Masukkan ayam yang telah diperap dengan rempah.Masak sehingga pecah minyak.
  • Tuangkan sedikit air (qtty air bergantung dengan kadar kepekatan yang dikehendaki). 
  • Masukkan kentand. Biarkan mendidih.
  • Tuangkan santan kedalam periuk. Masukkan garam secukup rasa.
  • Api perlahan ye supaya santan  tak pecah minyak. Biarkan kuah mendidih. 
  • Tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini