Sudi-Sudi Ikut Saya...

Sabtu, 28 Julai 2012

Siakap Sweet Sour

Menu ulang tayang.

Kat rumah ni kalau beli siakap, sama ada masakan sweet sour atau 3 rasa. 

Inilah 2 resepi yang sering mendapat tempat dihati suami dan anak-anak dapur ummi. 

Agak klise kan??? Tak pernah lagi cuba masak dengan cara membakar atau mengukus siakap ni.

Mungkin di masa-masa yang akan datang ada kesempatan untuk mencuba menu-menu siakap yang lain pula...


Siakap Sweet Sour
by Shikin

Bahan-Bahan
1 ekor ikan siakap (berat lebih kurang 400-500gm)
1 labu bawang besar - potong dadu
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Sedikit tepung ubi
Sedikit Lada sulah
1/2 cawan air
Timun, Nenas, Karot secukupnya (potong dadu. untuk timun buang empulur tengahnya)
3-4 tangkai cili padi (optional-kalau nak pedas) - hiris
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung (optional) - bancuh dengan sedikit air. Tepung jagung ni bertujuan untuk 
memekatkan kuah.
Sedikit minyak untuk menumis


Cara-cara membuatnya
  • Siang ikan, basuh bersih2. Kelar ikut kesesuaian.
  • Taburkan garam, lada sulah dan tepung ubi, rata-rata ke atas ikan.
  • Goreng dalam minyak yang banyak, angkat dan ketepikan.
  • Dalam kuali yang lain,panaskan minyak, tumis bawang besar sampai layu. Masukkan cili kisar. Kacau sampai cili agak garing dan pecah minyak.
  • Masukkan kesemua jenis sos, kacau sebati. Masukkan juga cili padi hiris - jika ada. Kemudian masukkan air secukupnya. (Agak-agak lah, supaya cukup masa nak siram atas ikan nanti)
  • Masukkan timun, karot dan nenas. Masak sekejap.
  • Perasakan degan garam dan gula secukupnya. Boleh juga masukkan bancuhan air tepung jagung kalau nak kuah lebih pekat.
  • Padamkan api. Curahkan kuah keatas ikan yang diletakkan dalam pinggan.
  • Sedia untuk di makan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini