Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

Homemade Coklat

Imej
Seronok bila sesekali bermain dengan coklat.  Teruja...tak sangka boleh buat coklat kegemaran sendiri...  Resepi coklat yang sangat ringkas gara-gara tuan punya blog tak pernah mengikuti kelas pembuatan coklat secara ekslusif.  Cuma lebur coklat, letak apa-apa yang disukai, kalau tak der apa nak letak biar coklat tu plain aja. Tuang dalam mould. Sejukkan sekejap dalam fridge, kemudian keluarkan daripada mould. Bolehlah nak hias ikut kreativiti masing-masing. Boleh jugak letak dalam papercup... Home Made Coklat By Shikin Bahan-Bahan Milk Coklat Compound Dark Coklat Compound Coklat Compoud berperisa yang digemari (ada macam-macam perisa dan warna kat pasaran, macam yang warna hijau tu saya guna mint flavour) Kekacang, rice buble, biskut oreo *optional ( untuk coklat plain tu sebenarnya saya letak rice buble kat dalamnya) *Untuk coklat : saya guna coklat compound jenis coin jenama Berryls. Cara membuatnya Cairkan coklat me

Strawberry Cheese Tart

Imej
Dah lama mengidam nak buat cheese tart ni. Tapi tahap keyakinan tak berapa tinggi, so hajat tu selalu tertangguh. Padahal acuan cheese tart dah dekat setahun saya beli. Tapi kali ni saya nekad, nak buat jugak cheese tart yang adorable ni. Biarlah jadi macam mana pun. Cuba  Setelah mencuba... tada... * * * * * * * * * Inilah hasilnya He he...terujanya. Nak cuba jugak? Jom kita semak resepi Strawberry Cheese Tart By Shikin Sumber : Kak Am Flora Bahan-Bahan Pastry 1biji telur 100gmbutter 75gm gula ising 200gm tepung gandum satukan semua bahan, uli sampai jadi doh bulat-bulatkan doh sebesar ibu jari dan tekan dalam acuan tart cucuk2 sikit dengan garfu bakar 15minit - 160c Krim Cheese 250gm cream cheese (yang halal) 60gm gula ising  i biji telur Filing (yang sesuai) pukul semua bahan hingga halus dan rata pipekan dulu strawberry filing kemudian tutup dengan krim cheese lorek sesuka hati (bole

Kepak Ayam Barbeku

Imej
Sebenarnya ini barbeku yang berlangsung pada malam raya pertama kat rumah saya. Dalam duk servey resepi barbeku kat internet rasanya ini yang paling mudah dan menjadi pilihan saya.  Alhamdulillah resepi mudah ni menepati citarasa. Habis 5 ekor ayam yang dibakar malam pada malam tersebut  .Tu tak masuk 6 bungkus bebola sotong,udang dan ketam serta 5 bungkus filamen ketam.  Bagaimanapun resepi dibawah ni saya ubahsuai dengan kesesuaian kuantiti ayam dan bahan-bahan lain yang nak diperap. So, pandai-pandai sendirilah yer... KEPAK AYAM BARBEKU By Shikin Resepi: Dayang Jack Bahan-bahan ( 3-4 orang ) 10 ketul kepak ayam 3 sudu besar sos barbeku (cap Life @ mana2 brand pun boleh) 1 sudu besar sos masam manis @ sos plum (madu di dlm sos ini akan memberikan kilatan pd ayam setelah dimasak) ½ biji lemon (ambil jusnya) (tak letak pun) 1 sudu makan serbuk lada hitam 1 sdt garam & gula 1 sudu besar minyak zaitun @ minyak masak Cara-cara Ayam dic

Chocolate Chips Cookies

Imej
Sempat jugak last minit buat biskut ni ... Chocolate Chips Cookies By Shikin Resepi: Nadia@MyResepi Bahan-Bahan 450gm tepung gandum 1 biji telur 250gm mentega 115gm gula halus 110gm gula perang 100gm coklat cip 3 sudu besar serbuk koko 250gm gajus (panggang dan cincang halus) - saya letak badam 1 sudu kecil baking soda Cara-Cara Pukul mentega dan gula sampai kembang Masukkan telur dan pukul lagi Masukkan tepung dan baking soda yang telah di ayak, sedikit demi sedikit dan juga coklat cip. Gaul sebati. Masukkan gajus. Bulatkan kecil-kecil dan tekan dengan garfu. Bakar dalam oven, pada suhu 160c (15 minit)

Almond Rocher

Imej
ALMOND ROCHER By Shikin Resepi : http://anyambakul.blogspot.com Bahan-Bahan 1. Dark/milk compaund (campur 2-2 sama byk) 2. Nutella 2sudu je(saya tak letak) 3. Badam potong 4. Coklat hiasan Cara Membuatnya badam ni masuk oven jap, bakar dlm 10minit kasi perang2 keseluruhan Coklat tadi cairkan secara double boiler tu, then masukkan badam, kacau rata *kuantiti tu pandai2 la anggar byk mane, xske coklat byk, buh skit je ^_^ then masukkan dalam papercup tabur la coklat hiasan kasi nmpak meriah, xletak pun xjejas ape2 :p (saya letak coklat putih) masukkan dalam peti, sejukkan dlm 10minit, terus keras coklat tu, boley taruk dlm bekas, tp guna coklat homemade ni, x boley letak kt tmpat2 panas ler, cair smula coklat tu,

Cornflakes Madu

Imej
  Biskut ni selalu jadi pilihan setiap kali tiba musim perayaan. Selain bahan-bahannya yang mudah didapati, ia juga senang dibuat. Tak perlu mixer bagai. Gaul dengan senduk pun jadi... Dan yang paling penting, rasanya yang sedap serta digemari anak-anak... Ce tengok resepi kat bawah... Corflakes Madu By Shikin Resepi :Umi-e My Resepi Bahan-Bahan 250gm cornflakes 125gm butter 1/2 cawan gula perang ( tambah kalau suka manis) 5 sudu makan madu ( boleh gak guna golden syrup) Manik warna warni untuk hiasan Cara-Cara Campurkan butter dan gula, masak atas api perlahan hingga gula larut bersama-sama butter. Masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair, kmdn masukkan madu. Aduk sampai rata. Masukkan dalam papercup. Taburmanik berwarna-warni. Bakar 10-15minit @ sampai kekuningan. Sejukkan. Simpan dalam bekas kedap udara

Suci Dalam Debu

Imej
Biskut ni hidangan wajib hari raya. Sejak-sejak pandai buat suci dalam debu, setiap kali raya saya mesti buat. Sempat lah habis 2 bungkus kulit popia bersaiz sederhana untuk dibuat kuih suci dalam debu raya kali ni. Alhamdulillah, boleh juga diedar-edarkan, sebalang untuk tok Aiman, sebalang lagi untuk dibawa pulang ke Gulau. Suci Dalam Debu by Shikin @ Dari Dapur Ummi Bahan-Bahannya 1 bungkus kulit popia (saiz sederhana) - kulit popia dipotong 4 secara memanjang dan dilipat 4 *updated - boleh juga digamkan dengan bancuhan tepung gandum bersama sedikit minyak masak untuk mengelakkan ia terbuka.   - goreng dalam minyak yang banyak sehingga berwarna kuning keemasan - angkat dan toskan Untuk bahan tabur 1 cawan nestum 1/2 cawan susu tepung 1/4 cawan gula - blend bahan-bahan diatas sehingga halus - golekkan kulit popia yang telah kering minyak tadi di atas serbuk tersebut - isikan di dalam bekas kedap udara

Biskut Suji Crystal

Imej
BISKUT SUJI CRYSTAL By Shikin Resepi: Kak Wan Sumber: AzlitaMasam manis Bahan A - Diayak bersama 250 gm tepung gandum 1 sudu teh serbuk penaik 1 sudu teh baking soda Bahan B 125 gm gula icing 1/8 sudu teh garam 100 gm badam kisar - di pangang (ita goreng tampa minyak dlm kuali) 1/2 sudu teh perisa vanila 200 gm minyak sapi - dicairkan dan disejukkan pewarna hijau, pink, dan kuning Satukan bahan A dan bahan B kecuali pewarna ke dalam sebuah bekas. Gaul perlahan-lahan hingga menjadi satu doh yang lembut Rehatkan adunan selama 20 minit atau lebih Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna secukupnya Susunkan doh-doh ini kepada satu doh yang panjang dan bahagikan doh ini kepada 10 gm setiap satu. Cara ita - Ita bulatkan setiap doh tu 3  gm setiap satu kemudian ita satukan dan bulatkan mejadikan bentuk guli. Susun doh ke dalam dulang pembakar Panaskan ketuhar. Bakar doh pada suhu 150 C selama 15 - 2

Biskut Bunga Cina

Imej
Biskut Bunga Cina  By Shikin Resepi : Kak Jee Bahan2nya: 2 cawan tepung jagung 1 cawan tepung ubi 100 gm butter 1 biji telor 90 gm gula caster Cara membuatnya: Mentega dibiarkan dalam suhu bilik. Lepas tu pukul sama gula sampai kembang. Masukkan telor dan pukul lagi sampai kembang. Sementara itu, ayak tepung jagung dan tepung ubi. Masukkan sedikit sedikit ke dalam bancuhan butter dan gaul perlahan sampai jadi doh.  Pastu gunakan acuan semperit dan tekan. Bubuh ceri di tengah.(Saya letak coklat cip) Bakar selama kira2 8 minit suhu 170 darjah. Sejukkan dan simpan. Kalau tak nak bubuh warna purple (ungu) bubuhlah sedikit pewarna kuning supaya nampak berseri sedikit biskut ni. Tapi kalau nak kekalkan warna putih pun apa salahnya. Selamat mencuba.

Baked Sandwich

Imej
Kalau ada roti yang tak habis, boleh transform jadik benda ni... Baked Sandwich By Shikin Sumber :  Madiha, Kak Rinnchan Bahan-Bahannya Bahan Kulit/Casing Roti gardenia secukupnya Bahan-bahan Inti 1 biji bawang besar, dicincang 2 biji bawang putih, dicincang 1/2 camca serbuk lada hitam 1 sudu besar sos tiram 200gm - 300gm isi ayam, dicincang 5 biji cendawan butang (dlm tin) , dipotong halus 1 biji telur Garam & gula secukup rasa Cheese secukupnya (MaDiHaA guna mozarella cheese) Kaedah penyediaan 1. Lenyek atau gelek roti hingga nipis masukkan dlm acuan dan buangkan tepi lalu dibakar 7 – 8 minit. (sila rujuk SINI   untuk kaedah menyediakan kulitnya ) 2. Tumiskan bawang-bawang. Masukkan sos tiram. Kacau sebentar dan masukkan lada hitam. 3. Masukkan ayam & cendawan. Tumis sehingga masak. (jika perlu tambahkan sikit air untuk bagi ayam betul2 masak) 4. Pecahkan telur dan kacau-kacau sehingga rata dengan ayam dan cendawa

Agar-AgarSantan Gula Merah

Imej
Agar-Agar Santan Gula Merah By Shikin sumber: Hana sumber: K.Nor@SecubitGaram Bahan-bahan 10g serbuk agar-agar  1/2 cawan gula merah  1/4 cawan gula putih 1150 ml air (800ml air shj) 120ml air campur 1 paket santan serbuk(Akak guna jenama KARA) (200ml santan) 1 biji telur dipukul dengan santan tadi secubit garam 1 helai daun pandan Cara-cara Masak air dengan gula dan daun pandan (kalau guna gula merah cap bintang tak payah tapis) bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut Kecilkan api kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih Tuang kedalam acuan yang anda suka Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk.

Sagu Gula Melaka

Imej
Dessert berbuka puasa petang. Sedap, rasa nyaman ja tekak makan sagu ni selepas seharian berpuasa. SAGU GULA MELAKA By Shikin Resepi : Rossitamz My Resepi Bahan-bahan ( 6 orang ) Bahan A : 2 cawan sagu 5 cawan air Bahan B : 3 cawan santan 1/2 cawan gula pasir 1/2 sudu kecil garam Bahan C : 1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah 1 cawan air 1 cawan air 1 helai daun pandan Cara-cara Cara-cara Adunan A : Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan. Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih. Buang daun pandan dan sejukkan. Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk. Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan

Sotong Lada Hitam

Imej
Menu ringkas untuk sahur pagi ni . Sotong lada hitam dan juga cendawan goreng. Sotong Lada Hitam By Shikin Bahan-Bahan 250g sotong 2 ulas bawang putih - dimayang 3 ulas bawang merah - dimayang 1 biji bawang besar - dihiris bulat 1 biji cili merah - hiris memanjang  1 inci halia - hiris memanjang 1 batang karot  1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar serbuk lada hitam Sedikit minyak untuk menumis Cara membuatnya Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah, dan halia sampai kekuningan. Masukkan sos tiram dan serbuk lada hitam. Kemudian masukkan karot. Kacau sekejap. Masukkan pula sotong yang telah dipotong bulat. Kacau sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Bila sotong dah nak masak masukkan hirisan bawang besar.  Kacau sampai bawang agak layu. Kemudian tutup api. Bolehlah dihidang.

Kari Kepala Ikan

Imej
Favourite En. Tahiri. Layan ajer... Kan "Syurga isteri dibawah telapak kaki suami". Apa saja permintaan beliau (suruh saya masak apa-apa laa...) selagi terdaya saya tunaikan. Resepi boleh tengok kat sini atau pun sini .

Maggie Goreng

Imej
Petang ni berbuka dengan Maggie Goreng.  Walaupun simple, ini menu kesukaan anak-anak dengan bapa dan mak anak-anak sekali . Kalau maggie bila-bila masa pun jalan... Maggie Goreng By Shikin Bahan-Bahan 5 peket Maggie - rebus maggie sampai kembang. Tos dan ketepikan. 2 ulas bawang putih - ketuk2 sikit 1 senduk cili kisar 1/2 senduk sos cili 1/2 senduk sos tomato 1/4 senduk sos tiram. Perencah Maggie(2 bungkus)  -  optional Kicap pekat ( ikut citarasa masing-masing, sama ada nak warna maggie gelap atau tak) Sotong, Ayam  (boleh juga letak bahan-bahan lain) - Kuantiti ikut suka masing-masing Sawi - cuci bersih2 dan  potong pendek-pendek Garam dan gula secukupnya. Sedikit minyak untuk menumis Cara-Cara Membuatnya Panaskan minyak. Tumis bawang putih sampai naik bau. Masukkan cili kisar. Biar sampai cili masak. Masukkan kesemua jenis sos, kicap dan perencah maggie. Kacau sebati. Bolehlah masukkan ayam dan sotong. Perasakan dengan garam dan gul

Puding Keju...Yummy...

Imej
Buat sebagai dessert untuk berbuka puasa petang ni.  Godek cepat-cepat sebab rushing ke KMP petang ni. Ada majlis berbuka puasa perdana. Tu yang main lambak dalam loyang jer, tak guna mould bagai dah. Tak dan... Pas tu potong guna pisau biasa, tak dak gerigi. Memang bentuk original nih... Apapun, rasanya tetap mabeles.. Puding keju ni sentiasa mendapat tempat dihati anak-anak dan suami. PUDING KEJU by Shikin resipi : AlongRoz sumber : K.Nor@SecubitGaram Saiz 8" persegi BAHAN2: 13g Serbuk Agar-Agar (saya guna serbuk agar-agar peket 10gm) 1 liter Air (guna 800ml air sahaja) 120g Gula (saya kurangkan kepada 100gm) 3 biji Telur 120-150g Biskut Cheese - blend halus 1 sb Tepung Kastad 400ml Susu Cair 200g Susu Pekat ( saya letak lebih kurang 150gm) 50g Mentega CARA2: Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur.Kacau selalu. Masukkan gula & kacau sehingga sebati. Pukul telur sehingga rata & campurkan bisk