Sudi-Sudi Ikut Saya...

Khamis, 2 Ogos 2012

Ayam Kampung Masak Kuning

Memenuhi permintaan suami.

En. Tahiri, subuh-subuh pun layan kategori masak-masak lemak ni. Memang favourite dish dia.

Teringat masa arwah emak mentua masih ada, asal balik kampung jer mesti dia hidangkan lauk ni.

Saya tahu En. Tahiri mesti sentimental sangat bila makan Ayam Masak Kuning ni. Mesti dia teringatkan arwah mak.

Semoga lauk bersahur pagi ni dapat mengurangkan rasa rindu dia pada arwak mak walaupun masakan saya tidaklah sesedap masakan ibunya...

MASAK LEMAK AYAM KAMPUNG My MIL Style
By Shikin

Bahan-bahannya
1 ekor ayam kampung
3 ulas bawang putih*
5 ulas bawang merah*
1 labu bawang besar*
5 tangkai cili padi* 
1 inci kunyit hidup* (bahan yang bertanda * dimayang halus)
1 keping asam gelugur
1 inci halia - dititik
2 inci lengkuas - dititik
2 batang serai - dititik
3 cawan santan daripada 1/2 biji kelapa 

Cara membuatnya
  1. Ayam dipotong mengikut kesesuaian dan direbus separuh empuk
  2. Masukkan semua bahan yang dimayang dan dititik, perlahankan api dan reneh seketika
  3. Masukkan santan dan asam keping , reneh sehingga ayam empuk.
  4. Perasakan dengan garam
  5. Sedia untuk dihidang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini