Sudi-Sudi Ikut Saya...

Sabtu, 4 Ogos 2012

Cendawan Goreng Tepung Yang Simple

Goreng Cendawan pepagi ni. 

Salah satu feveret Aiman. Kalau cendawan goreng, dia memang suka.


Cendawan Goreng Tepung
By Shikin

Bahan-Bahan
Cendawan tiram
Tepung serbaguna / tepung ayam goreng
Mentega
Garam - jika perlu
Air


Cara-Cara
  1. Cendawan disiat kecil-kecil. Kalau tak mo siat boleh juga guna satu-satu, tapi trim sikit tangkainya. Basuh bersih-bersih dan toskan (keringkan airnya)
  2. Nak buat  bater pulak ,masukkan tepung, garam(jika perlu) dan mentega kedalam besen. Tuang air sedikit demi sedikit. Bancuh sehingga menjadi seperti adunan goreng pisang. Agak-agaklah... Jangan t cair atau pekat sangat.
  3. Nak goreng cendawan, panaskan minyak dalam kuali.
  4. Celup cendawan kedalam adunan bater tadi, masukkan kedalam minyak yang dah panas. 
  5. Goreng sampai berwarna kuning keemasan.
  6. Angkat dan toskan. Biarkan sejuk.
  7. Dah boleh makan. Nak cicah dengan sos pun boleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini