Sudi-Sudi Ikut Saya...

Ahad, 5 Ogos 2012

Ketam Masak Lemak Dengan Nenas

Hari Ahad, off day...

Dah plan dengan En. Tahiri, nak ke sekolah Aiman, langsaikan yuran bulanan sekolah.

Lepas tu kami ke Mydin Alor Setar, tinjau2 barang yang berkenan. Hajat hati nak cari barang dapur sikit, sekali dengan lauk untuk bersahur malam nanti.

Menu pilihan, ketam, sebab nak digandingkan dengan nenas sebiji yang dah masak ranum atas kabinet dapur. Alhamdulillah, ada pun ketam kat Mydin ni. Besar2 pulak tu, saiz XL lagi (hi hi macam beli baju pulak).

Saya ambik sekilo lebih. Harga?? Abaikan... Nak makan, bayar aje lah...


Ketam Masak Lemak Dengan Nenas
By Shikin

Bahan-Bahan
1 kg ketam - bersihkan
1 biji nenas - buang kulit. Hiris nipis
1 ulas bawang putih*
4 ulas bawang merah*
1 inci halia*
1 sudu kecil serbuk kunyit*
4-5 biji cili merah* (bahan bertanda * blend sampai halus)
3 batang serai - dititik
1 mangkuk air
Santan - lebih kurang RM2
Garam secukup rasa.


Cara-Cara Membuatnya
Masukkan nenas, serai, bahan-bahan yang dikisar beserta air kedalam periuk. Masak dengan api perlahan sehingga nenas mengeluarkan airnya.
Masukkan ketam yang telah dibersihkan. Gaul sebati. Biarkan sejap.
Masukkan pula santan.  Kacau sentiasa. Api biar perlahan supaya santan tak pecah minyak.
Masukkan garam. Boleh juga masukkan sedikit gula. (selalunya kalau nenas manis gula tak diperlukan)
Boleh lah rasa kuahnya. Klau semua dah ok, padamkan api.
Sedia untuk dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini