Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2012

Pucuk Paku Goreng

Imej
Pucuk paku goreng ni fevret En. Tahiri.  Selalunya saya goreng kering-kering sbb En. Tahiri tak berapa suka dengan sayur goreng yang berkuah. Kalau ada kuah pun cap cap aja. Pucuk Paku Goreng By Shikin Bahan-Bahannya 2 ikat pucuk paku - ambik bahagian yang lembut saja, basuh bersih dan toskan. Segenggam ikan bilis 2 ulas bawang merah - mayang halus 1 ulas bawang putih - mayang halus 1/2 biji bawang besar 1 biji cili merah - hiris 4-5 bili cili padi - hiris Minyak untuk menggoreng Cara-Caranya Panaskan minyak. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan. Tumiskan pula semua bawang dan cili sampai agak garing.  Masukkan pucuk paku. Goreng sekejap. Masukkan garam dan gula secukupnya. Masukkan ikan bilis. Gaul sebati. Padamkan api. Angkat dan hidangkan.

Siakap Sweet Sour

Imej
Siakap lagi yer...he he he...  Hidangan ni memang kegemaran kami sekeluarga.  Masak cara saya, bahan-bahan ikut apa yang ada.  So simple... Main campak-campak aja...tarraaa...dah pun siap. Jom tengok resepi... Siakap Sweet Sour By Shikin Bahan-Bahan 1 ekor ikan siakap - sederhana besar (dalam 500++gm berat dia) 1 biji bawang besar 1 biji cili merah 6-7 biji cili padi 1/2 biji lada benggala - saya guna lada benggala hijau, itu jer stok yang ada Sos cili, sos tomato, sos tiram - kuantiti saya agak2 ajer. Sesedap rasa heh heh.. Nenas - hiris nipis (agak-agaklah nak banyak mana) Timun - buang empulur tengahnya dan potong dadu ( saya guna 1/2 biji jer) 1 biji tomato - potong 4 @ 6 Garam dan gula secukup rasa Sedikit minyak untuk menumis Cara-Cara Membuatnya Bersihkan ikan, basuh dan toskan. Kelar-kelar ikan tu. Lumur dengan garam dan serbuk lada sulah. Taburkan tepung jagung rata-rata ke atas ikan.  Panaskan minyak dalam kuali. Gor

Tomyam Ikan Kuah Putih

Imej
Pertama kali saya makan tomyam isi ikan ni kat restoran Redza BKH.  Mula-mula rasa query juga bila rakan sekerja saya pesan tomyam ikan. Tomyam ni kuahnya putih. Macam letak santan or susu cair. Tak tau lah macam mana rasanya... Tapi bila dah makan, hmm...SEDAPnya...  Bila saya bawa En. Tahiri pula makan kat sana, dia pun puji kata tomyam tu sedap. Semangkuk tomyam dengan 2,3 keping isi ikan harganya RM6-7. Ok lah tu... Sekali En.Tahiri buat suggestion, "apa kata kita beli ikan, pas tu buat tomyam macam ni..." Heh...betul ka nak buat sendiri, tak pernah cuba tomyam ikan ni. Dah tu selalu masak tomyam kuah dia merah. Last-last saya cuba jugak, berdasarkan pemerhatian saya keatas bahan-bahan yang ada dalam mangkuk tomyam masa makan kat Redza hari tu.  Rasanya semua dah ok, cuma bila saya masukkan santan rasa dia lain macam sikit. Tapi bila dah sebati dengan kuah ok jer. Sedap kata En. Tahiri dan Aiman . Siap hirup sampai tinggal mangkuk. Aiman

Sandwich Goreng

Imej
Balik kerja, selepas bersihkan diri dan solat asar, saya terus masuk dapur. Terus siap-siapkan bahan untuk buat sandwich goreng. Hujan pulak petang-petang ni, memang kena sangatlah bila layan sandwich goreng panas-panas. Kiranya En.Tahiri balik dari sekolah aja terus hadap sandwich tu lah... Sandwich Goreng by Shikin Bahan-Bahan: Bahan Roti Roti putih Inti Sardin Planta/Mentega Mayonis Bahan Batter  2 sb mentega Majerin 1 1/2 cawan Tepung Gandum* 1/2 cawan tepung  ubi 1/2 cawan tepung jagung 1 titik perwarna kuning (optional) 1/4 st Garam* (* campur)   Air   CARA2: Sapu roti dengan planta dan mayonis. Ratakan inti sardin diatasnya. Lipat 2 roti menjadi bentuk 3 segi.(Kali ni saya potong 4, sapu inti sardin dan mayonis, tangkupkan 2) Ketepikan. Satukan kesemua jenis tepung, garam dan mentega. Tuangkan  air sedikit demi sedikit. Bancuh sehingga adunan tidak berketul dengan kepekatan yang sesuai.(boleh guna handwhisk utk mendapatka

Bihun Tomyam

Imej
Kalau buat tomyam, selain makan dengan nasi boleh juga dimakan dengan mee, bihun atau pun kue teow.   Cuma celur bahan-bahan tadi dan curahkan kuah tomyam panas-panas ke atasnya. Hmmm...memang sedap.   Resepi tomyam boleh tengok kat sini .

Tomyam Seafood

Imej
Jom pekena tomyam hari ni. Tak payah travel ke Thailand pun, makan kat Malaysia jerrr.. Sebenarnya tak lah susah sgt nak buat tomyam ni. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan, lebur sampai semuanya masak. Yang penting rasanya mesti balance. Pedasnya, masamnya...tapi semua tu ikut citarasa masing-masing yer... Tomyam Seafood By Shikin Bahan-Bahannya Udang dan Sotong (boleh juga gunakan ayam @ daging @ campur semua sekali, tapi better diasingkan.) 3 sudu besar pes tomyam 2 biji bawang besar - hiris bulat. Kalau dapat bawang bombay lagi best sbb rasa dia manis 5-10 biji cili padi - ketuk2 sket utk mendapatkan rasa pedas yang menyengat 3-4 batang serai - hiris 2,3 secara menyerong 1 inci halia - hiris 2 inci lengkuas - hiris 3-4 helai daun limau purut - lurutkan daripada batangnya 1 batang seleri - hiris 2 biji tomato - potong 4 karot, bunga kobis, putik jagung secukupnya - potong sesuka hati Perahan limau nipis - ikut kemasaman yang dike

Pisang...Oh...Pisang...

Imej
Pisang tu dah 2 minggu terperuk dalam peti ais, dah nak naik lebam pun. Tak tau nak buat apa (sebenarnya mcm2 nk buat tp masa sangat kritikal) saya buat lengat jer. Mudah dan cepat. Dan yang paling penting pisang tu tak di bakulsampahkan macam tu aja...  Realiti hari ni, kdg2 tengok senang2 jer makanan dibuang kedalam tong sampah. Sedangkan pada setiap makanan tu ada keberkatannya...Jadi usaha sedapat mungkin menghabiskan makanan yang dimakan supaya ia tak menjadi habuan cik tong ya.. Lengat Pisang by Shikin Bahan-Bahan 12 biji pisang awak - kalau dapat yang ranum tu lagi sedap 1 cawan tepung gandum/beras 1 cawan santan  3/4 cawan gula pasir Cara buat Lecek pisang . (saya blend bersama gula sampai halus) Masukkan santan. Kacau sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Tengoklah kalau adunan dah pekat tak perlu habiskan kesemua tepung. Kalau masih cair boleh tambah tepung sikit lagi.(sambil-sambil tu boleh lah panaskan periuk kukusan) Tu

Lauk Simple-Simple Jer...

Imej
Biarpun kalut tetap juga nak masak hidangan makan malam untuk keluarga. Asalnya En. Tahiri suggest supaya beli jer lauk siap dimasak kat Mama Widuri atau Lan Tabur, tapi tekak saya ni dah rasa mengkelan sangat nak telan lauk2 kedai.r Last2 saya suruh En. Tahiri beli lauk basah, nak masak sendiri. En. Tahiri beli ayam Taiwan sekor.   Apalagi...zup zap zup zap...nah...sup ayam ngan ayam goreng.  Tempe plak mmg dah sedia ada dalam peti ais...hurmmm...nak masak apa ya... Ahh...goreng pun sodap ni... Simple ajer kan?? Tapi jangan...En. Tahiri ngan anak2 makan sampai tinggal pinggan. Mulut pulak riuh berkicau, sedap ummi...sedap... Erkk...ye ke??? Mestila sedap kan...bukan sbb lauk tp sbb air tangan ummi...tu yang korang suka tu...he he TEMPE GORENG BEREMPAH By Shikin Bahan-Bahan Tempe - potong ikut suka. saya potong nipis-nipis utk mendapatkan tempe goreng yang rangup Ikan Bilis - bersihkan, basuh dan tos. Bawang Besar - hiris bulat Ci

Mee Goreng Mamak My Style

Imej
Mee goreng mamak cara saya, penggunaan bahan-bahan mengikut apa yang ada di dapur saya. Mee Goreng Mamak My Style By Shikin Bahan-Bahan 1 bungkus mee kuning 3 ulas bawang putih- diketuk 2-3 ketul ayam - potong kecil karot - potong memanjang kobis -  dihiris 1 sudu besar rempah kari daging cili kisar* sos cili* sos tomato* kicap pekat* garam dan gula* air (jika perlu) minyak masak* (bahan-bahan * gunakan secukupnya  ikut keperluan masing-masing) Cara Membuatnya panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih sampai naik bau kemudian masukkan cili kisar, tumis sampai cili agak garing.  masukkan kesemua jenis sos, kicap, serbuk kari serta garam dan gula secukupnya masukkan daging ayam dan tuangkan sedikit air. masak sehingga daging ayam lembut masukkan mee kuning. gaul supaya mee sebati dengan bahan2 tumis beberapa ketika. taburkan pula karot dan kobis secukupnya. teruskan menggoreng sehingga mee masak dengan sempurna. Sa

Bingka Ubi Kayu

Imej
Dah dekat seminggu En. Tahiri cabut ubi pulut yang ditanam di depan rumah. Hari-hari dia asyik tanya, "nak buat apa ubi tu??" Saya pulak sebab rasa tak dan sangat jawab, "nanti la bang, tunggu hari cuti..." Ironinya, cuti hujung minggu baru-baru ni pun tak sempat buat. Ntah apa  yang disibukkan sangat... Kelmarin bila dia call saya kat ofis dan tanya lagi, saya cepat-cepat jawab, "ok, abang beli la santan 1/2 kilo. Ptg ni balik keje kin buat..." Saya tau, suami saya mesti suka bila dengar jawapan saya tu (ye lah dah seminggu ubi tu duk tergolek dalam besen, lama-lama takut masuk angin. Langsung tak boleh guna) Maka , petang tu, saya usahakan juga untuk membuat seloyang bengkang ubi, itupun dengan bantuan En. Tahiri.(thanks e. suami yang budiman, kamu memang selalu suka membantu bila saya sibuk2 kat dapur) BENGKANG UBI by Shikin Bahan-bahan 2kg Ubi Kayu - disagat/diperah air. Air perahan ubi dibiarkan seketika sehingga hening d

Marble Cheese Brownies

Imej
Intai dalam dapur CMG macam menarik ajer MCB ni. Stok cream cheese plak mmg ada lagi dalam peti ais tu.  So, pakai jadi la... Saya buat ni khusus untuk dihidangkan kepada temen-teman sekerja yang bertandang ke rumah saya baru-baru ni. (ziarah hari raya edisi terlambat.. he he.. tak pe lah lambat sikit kan... better late than never...)  Tapi MCB saya tak secantik MCB Che Mat yerrr... tengok lorekannya tu, he he...  Apapun rasanya memang mabeles. Kalau makan yang baru keluar daripada peti ais tu memang best rasanya.  Kalau dah lama duk kat luar pun ok gak..., tak tahan pulak dengan cheseenya yang meleleh-leleh. So...yummy... Nak try??? Jom tengok bahan... MARBLE CHEESE BROWNIES By Shikin Sumber : CMG BAHAN-BAHAN BROWNIES :-) 250 gram mentega 1 cawan serbuk koko 1/2 cawan susu sejat (mat guna "IDEAL") 1 1/2 cawan gula halus (mat guna 1 1/4 cawan) 3 biji telur gred B 1 1/2 cawan tepung gandum* 1 camca teh baking powder* 1 camca teh soda bicarbon

Mee Kari

Imej
Mee Kari untuk dijamu kawan-kawan yang datang bertandang sempena ziarah Aidilfitri baru-baru ni. Mee Kari My Mom Style by Shikin @ Dari Dapur ummi Bahan-Bahannya Mee - mee kuning secukupnya (celur di dalam air panas dan toskan) Kuah 2 ulas bawang putih* 5 ulas bawamg merah* 1/2 inci halia* ( bahan-bahan bertanda * dikisar atau ditumbuk) 3 bungkus serbuk kari ikan 2 bungkus serbuk kari daging 6 cawan santan ( drpd sebiji kelapa) 1/2 ekor ayam 1kg kerang (rebus dan ambil isinya sahaja)- kali ni tak letak 5 keping fish cake + fishball kacang panjang / sawi garam secukup rasa Bahan Hiasan   Daun Bawang, Daun Sup, Cili Merah (dihiris) Taugeh (dicelur) Telur ( direbus) Bawang Goreng Tauhu (Goreng dan hiris nipis) Isi ayam - rebus dan carik Cara-cara membuatnya Leburkan bahan-bahan kisar bersama-sama rempah dan 2 cawan santan Biar sehingga pecah minyak dan bau rempah hilang Masukkan baki santan, kerang dan ayam. Biar mendidih. Masukkan fish cak

Blueberry Cheese Tart

Imej
Buat lagi cheese tart yang sgt sedap rasanya. Kali ni taruk filing strawberry pulak. Fuh! Mabeles...  Mak ooii... tolong la... asyik cheese tart bagai ni. Badan pun dah jadik lain macam... Tart shell tu memang dah redy stock (buat banyak-banyak hari tu), just godek cream cheese jer. Cepat sikit keje. Anak-anak pun duk keliting hujung meja, tak bergenjak...apalagi duk intai cheese tart ummi la tu... Blueberry Cheese Tart By Shikin Sumber : Kak Am Flora Bahan-Bahan Pastry 1 biji telur 100gm butter 75gm gula ising 200gm tepung gandum satukan semua bahan, uli sampai jadi doh bulat-bulatkan doh sebesar ibu jari dan tekan dalam acuan tart cucuk2 sikit dengan garfu bakar 15minit - 160c Krim Cheese 250gm cream cheese (yang halal) 60gm gula ising  i biji telur Filing (yang sesuai) pukul semua bahan hingga halus dan rata pipekan dulu strawberry filing kemudian tutup dengan krim cheese lorek sesuka hati (bole guna filing @

Kari Udang Thai

Imej
Request daripada abah dan mak. Sebenarnya sedang demam dan sakit-sakit badan. Tapi demi insan-insan tersayang kugagahkan  jua... ^__^ Kari Udang Thai By Shikin Resepi : Majalah Saji (x igt keluaran bila, dh lama dah...) Bahan-Bahan 600gm udang besar (dibersihkan) 2 sudu besar minyak masak 3 batang serai 4 hiris lengkuas 4 helai aun limau purut 150ml susu cair + 150ml air (dicampurkan untuk dadih) 2 labu bawang besar* 3 biji tomato* (potong 4) 3 sudu besar jus limau nipis sedikit daun ketumbar garam dan gula secukupnya 1/2 sudu teh serbuk lada hitam 10 tangkai cili kering #  8 biji cili merah# 5 biji cili padi # 10 ulas bawang merah# 10 ulas bawang putih# 1/2 sudu besar belacan# (bahan # dikisar halus) Cara-cara panaskan minyak, tumis bahan giling hingga wangi masukkan serai,lengkuas, daun limau purut dan susu cair yang telah dicampur dengan air. biarkan mendidih masukkan udang masukkan bawang besar, tomato dan perasa bila udang masak, masukkan