Sudi-Sudi Ikut Saya...

Ahad, 7 Oktober 2012

Kuih Bom

Kuih bom untuk kudapan dipetang hari. Buat santapan suami dan anak-anak yang pulang dari tempat kerja dan juga sekolah.


Kuih Bom
By Shikin
Resepi : Nanirostam

Bahan-Bahan
500 gram tepung gandum
100 gram gula pasir
1/4 sudu teh kecil garam
1/2 paket yis (dalam satu paket berat 11gm)
2 1/2 cawan air sejuk.

Cara-Cara
Campurkan kesemua sekali didalam mangkuk plastik dan kacau sehingga sebati menggunakan senduk kayu. Tutup dengan kain lembab dan biarkan diatas peti sejuk seperti gambar diatas sehingga adunan tepung tadi naik dua kali ganda.


Kaut dengan menggunakan tangan dan jatuhkan ke dalam kuali dengan tangan membentukkannya bulat-bulat. Balik balikkannya sehingga keperangan dan angkat serta toskan.


Sedap makan ketika masih panas. Boleh dicicah dengan sos, sambal dan pelbagai lagi... 

Saya cicah dengan lebihan kari ikan jenahak yang dipanaskan sampai pekat.

Hmmm...Asyik...

Tak sedar pun berbiji-biji dah  masuk kedalam mulut.... Aissshh...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini